Memaparkan catatan dengan label puasa/raya/raya haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa/raya/raya haji. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mei 2026

Balik Kampung Sekejap

 Assalamualaikum,

Semalam kami balik kampung. Balik hari. Balik ambil daging korban yang telah disimpan oleh adik lelaki kami di dalam peti sejuk rumah kampung. Peti sejuk rumahnya penuh. Dia pun korban. 
Adik kami Ita, korban pada raya ke 2. Tapi dia dah serahkan daging tu pada akak dan adik akak Yati sebab dia beraya di Jepun. 
Sabtu baru ada masa untuk balik ambil daging.
Khamis dan Jumaat kami kerja.
Kak Ngah pun korban juga. So peti sejuk rumah kampung penuh dengan daging....

Sebelum sampai Linggi, kami sarapan dulu di Rasah Kemayan. Kedai ini viral juga, selalu lalu kat Tiktok akak.

Kita try sini dulu
Sedap or tak, seperti yang di viralkan

Gigih ku mencari kedainya...
Tak pernah masuk Rasah Kemayan...
Maklumlah kawasan T20 dan ke atas
Demi kacang pool ku gigihkan mencari kedainya....
Ada mee rebus Muar, tapi tak ada pula yang order...
Kami makan....
Nasi lemak ayam untuk Adli
Ayamnya masin pula

Nasi lemak kerang untuk Najwa
Sedap kat tekak saya

Kacang pool untuk akak
Ok di tekak akak tapi sejuk pula kacang pool nya
Kalau panas, sedap

Titab share ber 3

Order kena scan ya

Lepas sarapan, kami terus balik Linggi...
Since akak tak ada kunci rumah, so terus ke rumah adik lelaki akak kat Pilin.

Plan awal, lepas ambil daging kami akan kerumah adik lelaki akak tu untuk lunch disana...

Since akak kat situ, adik akak Yati dan Kak Ngah terus ke Pilin juga... 
Melepak pula di Pilin...

Antara menu yang dimasak oleh SIL
Ada sayur juga
Najwa sampai minta kat Mak Langnya untuk bungkus kurma tu
Sedap sangat Mak Langnya masak


Adik akak Yati dengan anak-anaknya 
Air Jagung ya by Abang Lang (anak adik akak)

Dalam pukul 5 petang kami gerak ke Linggi
Ambil daging
Betul-betul ambil daging jer
Lepas tu terus balik ke rumah masing-masing....





Rabu, 27 Mei 2026

Selamat Hari Raya Aidiladha

 Assalamualaikum,


Tahun ini kami tak beraya di kampung...

Jumaat, 17 April 2026

Ahad Gantung Periuk

 Assalamualaikum,

Sabtu, seharian kat rumah Kak Ngah....
Malam ada jamuan raya Surau taman kami.... kira gantung periuk juga lah kan...
Ahad ada jamuan raya juga.... tengahari, en. Suami punya sedara buat makan-makan kat Angsamas, Rantau....
Sayur campur
Ayam masak merah
Kari daging
Nasi putih

Nasi impit 
Kuah kacang
Rendang

Spaghetti 
Ada 3 jenis
Tak rasa, sebab dah kenyang makan nasi
Nasi impit dan juga Kuih-kuih 

Kerabu Mangga
Sedap kerabunya...
Ada Satay, tak ambil sebab dah full...
Kat sini tak boleh lama-lama, sebab Adli ada jemputan open house juga kat Nilai..

Petang 
Jiran setaman jemput ke rumah terbukanya

Nasi Hujan Panas

Kuih muih
Alhamdulillah atas rezeki yang diberi

Sabtu ini, 18.4.26 ada dua jemputan juga
Dua-dua di KL
Masuk KL ini cukup malas
Malas nak hadap jammed....
satu jemputan kenduri kahwin, waghih juga
Majlis di jalan Puchong KL

Satu lagi di Taman Ukay Bistari, Ampang
Waghih juga
Dua-duanya sedara rapat...

Masih berbelah bagi, nak pergi ke tidak esok...
Or kita wakilkan adik-adik yang duduk KL jer pergi....
Aci tak.....

Jamuan Raya Di Mantin

Assalamualaikum,

Sabtu lepas Kak Ngah buat open house. So kami berkumpul di Mantin pula...

Ramai tetamu Datin Juriah... kena tunggu meja kosong baru boleh makan... kak ngah invite kawan-kawan mengajinya.... tu yang penuh...

Caterer yang sama masa di Linggi pada hari raya ke 2...
Ramai kawan-kawan Kak Ngah cakap sedap makanan caterer ini....
Selain makanan dari caterer, kawan-kawan mengaji kak ngah juga bawa makanan
Setiap yang hadir membawa makanan, potluck lah.....
Ada laksam
Mee kari
Kuih muih traditional 
Lemang
Rendang ayam
Rendang daging
Nasi impit
Roti jala
Kari kambing
Buah-buahan 
Meja yang sini untuk potluck





Waghih Linggi yang hadir


Pinggan saya
Share berdua dengan Najwa
Bukan sekali hadap macam Mr. Pov ya...
Ambil satu-satu dulu, after sejam baru makan another juadah pula
Kita kan sampai habis majlis..... relek-relek jer
Laksam tak ada pula gambarnya....





Kami..
Adik beradik
Kakak ipar
Sepupu Lisa
Najwa
Menantu Kak Ngah Emma

Dan
Salam Takziah buat Emma dan keluarga  atas kembalinya kerahmatullah kakak beliau akibat terkena renjatan elektrik Water heater shower baru-baru ini.... dalam minggu ini rasanya....
News mengenai jururawat di Machang baru-baru ini...
Alfatihah....

Rabu, 8 April 2026

Jamuan Raya Fakulti Robotic Dan Faculty Aviation

 Assalamualaikum,

Dapat jemputan Jamuan Raya.



Lontong dari Mizan

Nasi Daging dari Pn. Hana


Pulut kuning dari Dr. Iza....
Sempena completed/graduation PhD nya....


Ada sambutan birthday juga