Jumaat, 27 Ogos 2010

Berbuka Puasa

Semalam dapat jemputan berbuka puasa dari company mr. hubby (maintenance dept. only). Selalunya company ini hanya anjurkan majlis berbuka puasa untuk staffnya sahaja but for this year, company ni invite all family members. Tapi taklah di Pan Pacific KLIA (seperti tahun2 yang sudah), kali ni cuma di Norfatehah Tomyam, Nilai. Apa2 pun terima kasih diucapkan kepada boss mr. hubby kerana sudi invite akak n anak2.




Tengah menunggu waktu berbuka





Adli bergambar bersama big boss mr. hubby (yang pakai t-shirt biru tu...)


bukan main lagi Najwa, berkepit kat ayahnya






Kad Raya






Alhamdullilah. Kita sebagai umat islam sudah selamat berpuasa selama 17 hari semoga kita semua dapat mengimarakkan bulan puasa ini dengan segala kebaikan.






Jeng...jeng...jeng aku dapat kad raya pertama tahun ini






tuuuuuu dia -------------->






kad ni dari puteriku Najwa.






Terima kasih Najwa........

Khamis, 19 Ogos 2010

Anak - Anak Kunci

Just to Share.




Saya jumpa artikel ni kat teratak Abu Umar dan saya copy n pastekan kat sini untuk dishare bersama2......



Masa berlalu begitu pantas, terlalu banyak yang ingin kita kejar tanpa disedari banyak pula yang kita abaikan.



Inilah realiti kehidupan kita hari ini. Hanya keimanan yang akan meletakkan kita pada jalan yang betul. Hanya keimanan yang akan membina neraca yang benar dalam menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa pula yang perlu kita abaikan.



Fenomena lemahnya iman melahirkan beberapa suasana atau budaya baru. Anak2 dibiarkan terlantar keseorangan tanpa belaian kasih sayang. Ibu bapa yang tertewas dengan godaan dunia membiarkan anak-anak mereka mengurus hidup mereka sendiri. Asal daftar saja tahun satu anaknya akan diberikan kunci rumah.










Membesarlah anak2 zaman ini sebagai 'anak-anak kunci'. Mereka pergi ke sekolah, apabila pulang kunci rumah sudah tersedia di dalam kasut atau di celah2 pasu bunga dan sebagainya. Mereka mendapatkan 'kunci' mereka untuk membuka pintu kehidupan yang kosong dan kesunyian.



Rumah tersergam indah bak istana tetapi sunyi dan hampa dari sentuhan kasih sayang dan keperihatinan. Jiwa 'anak-anak kunci' ini terbiar kosong. Jiwa yang kosong tanpa bimbingan dan didikan ini disediakan pula dengan set home theatre dengan skrin 24". Akhirnya mereka dididik dan ditarbiyyah oleh media massa yang hanya mengajar mereka keseronokkan dan kehidupan yang tidak ada hubungan dengan hari pertemuan mereka dengan Allah SWT.


Inilah generasi yang sedang terbangun. Jiwa mereka dibiarkan kosong tanpa sentuhan kasih sayang. Dunia mereka adalah kesunyian dan kehampaan. Ibubapa sibuk mencari kekayaan atas nama kepentingan 'keluarga tercinta'. Mereka curahkan kemewahan kebendaan sedangkan mereka abaikan kasih sayang yang akan membentuk jiwa kemanusian. Mereka limpahkan kesenangan dan kebebasan tanpa kawalan tetapi mereka lupakan tanggungjawab dan didikan. Inilah generasi masa depan. Generasi yang terbiar kosong jiwa dan perasaan mereka.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jabulani

Walaupun World Cup dah habis, tapi penangan bola jabulani masih kuat lagi. Adli cukup sibuk suruh saya belikan bola jabulani untuknya. Pantang nampak kedai Al-Ikhsan mesti suruh singgah/masuk, nak nengok2 aja bola jabulani katanya, tapi lepas tu merengek suruh saya belikan. Harga sebiji bola tu aja mencecah RM200.00. Bagi saya harganya cukuplah mahal. Saya cakap katnya tak payahlah, daripada Ma belikan bola jabulani ni lebih baik Ma bawa abang ngan adik gi makan2. Bukannya tak nak belikan yang original ni, cuma Adli kurang jaga barang2 mainannya. Sekejap aja dah rosak....



Akhirnya Adli berjaya dapatkan bola jabulani. Tapi bukan yang original lah... harganya pun RM25.00. Cukup happy walaupun bukan yang original. Bola tu siap dia simpan kat dalam rumah.... Najwa pun tak boleh usik bolanya......



Walaupun dia happy dapat bola tu, tapi masih juga menyebut nak yang kat Al-Ikhsan tu..........

nilah bola jabulani yang diidam2kannya (tapi ni bukan original punya)




aksi2nya ketika bermain kat kampung






Rabu, 11 Ogos 2010

Najwa

Ni saya nak bercerita pasal Najwa yang masih tak kebah dari demamnya. Bila petang aja dia mula demam. Hari Selasa saya bawa Najwa gi klinik, ambil darah. Plateletnya 209. Doktor cakap, plateletnya tak cantik. Kena berjaga2. Doktor tak mention pun yang Najwa kena denggi, cuma doktor suruh berhati2. Doktor ni buat aku susah hati aja........ Balik dari klinik, saya terus belikan 100 plus, buah kiwi dan suruh dia makan. Punyalah susahnya dia nak minum 100 plus tu... buat saya naik angin aja. Kita nak elokkan dia dari sakit dia tak mau pula minum....... Insyaallah, hari ni saya akan buatkan sup ketam untuk nya. Cepatlah sembuh Najwa, jangan buat mama susah hati...............








gambar2 diwaktu sihat.... bukan main berposing lagi

(semoga Najwa cepat sembuh, mama rindu akan gelak tawa Najwa)



Hari ni Najwa tinggal ngan abangnya...... Abangnya yang akan monitor suhunya..... Sekolah depa (SRAIST) cuti hari ni sempena 1 Ramadhan.....

Selamat Menyambut Ramadhan



Selamat menyambut ramadhan kepada sahabat semua.


'Ku mengharapkan
Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui
dengan sempurna'

Isnin, 9 Ogos 2010

Nilai UC Graduation Ceremony 2010

Hari Sabtu yang lepas, 07.08.10 aku kena kerja. Selalunya aku bekerja hanya 5 hari seminggu, tapi Sabtu, 07.08.10 kena datang kerja, compulsory lagi tu. Sabtu lepas adalah Graduation Ceremony 2010 Nilai Uni. College.


Aku terpaksa tinggalkan Najwa yang tengah demam tu ngan abangnya, Adli kat rumah. Mr. hubby pun kena kerja Sabtu lepas, so tinggallah dia orang berdua aja. Adli lah yang kena monitor suhu Najwa. Aku just call, beri instruction dari office. Thanks Adli kerana jaga adik yang tengah demam tu.


Aku kena ada kat office seawal 6.30 pagi. hari biasa pun tak pernah sampai office seawal ni. Nasib baiklah ni setahun sekali aja. Berkorbanlah sikit ya ....... hehehe. Aku kena jaga kat registration counter untuk graduan mendaftar, tu sebab kena datang awal. Sebaik habis aja majlis konvo ni, aku pun terus balik ke rumah, tak tunggu jamuan pun.. risaukan Najwa yang tengah demam tu....



gambar ni di ambil dari tingkat satu NUC President Hall






Parents yang hadir pada hari konvo

Sambutan Hari Jadi Kawan Baik Najwa

Pada hari Khamis lepas, 05.08.10 kawan sepermainan Najwa telah mengadakan sambutan majlis harijadi. Rumah kawan Najwa ni satu lorong ngan rumahku (lorong 21) Majlis ni diadakan pada sebelah malam, selepas Maghrib. Kanak2 yang hadir pada majlis tu pun terdiri daripada budak2 lorong 21 sahaja.





kanak-kanak yang hadir











Birthday Girl




Adli walaupun belum elok demam pegi juga. Joint sekali. Hilang demamnya bila berjumpa kawan2nya, almaklumlah seminggu tak boleh keluar rumah bermain.



Najwa pula Demam


Kesian Najwa, dia pula demam. Menyangkit dari Adli. Najwa demam sejak jumaat lepas. Selsema dan batuk sekali. Hari ni, Najwa tak gi sekolah, sebab belum kebah dari demam. Harap2 esok Najwa sihat dan hari selasa boleh gi sekolah. Cepat sembuh ya Najwa. Mama sayang Najwa.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Tali Pinggang Kuning II

Alhamdullillah, akhirnya Najwa lulus ujian penggredan taekwondo (tali pinggang kuning II). macam tak caya aja Najwa boleh lulus. Kalau tengok dari video yang Adli ambil masa ujian hari Sabtu lepas, cacar marba aja gerak tangan dan kakinya - iaitu masa ujian "take off by number" (betulkan ya kalau saya salah tulis/sebut, sebab taekwondo punya bahasa ni kurang faham).



tengoklah tu, orang lain semua berdiri tegak dengan tangan lurus ke bawah, Najwa boleh mengepak pulak dia.....




boleh tersengih lagi....



yang sebenarnya, sebelum ujian tu Najwa ada cakap kat ku, yang dia tak confident nak buat ujian ni, dia tak confident ngan "take off by number" tu.... disebabkan dah bayar for the test, aku suruh juga dia pergi ke ujian tu....



Minta maaflah ya, nak muat naik video kat n3 ni tak dapatlah, dah beberapa kali cuba, ambil masa yang lama lak......

Rabu, 4 Ogos 2010

Kesian...... Adli Demam




Kesian Adli. Dia demam since Saturday. On and Off aja demamnya... Balik dari rumah Mak Ngahnya kat Pandan, demam balik. Hari Isnin Adli tak ke sekolah sebab masih demam lagi dan bawa dia ke klinik. Dah ambil darah takut2 kalau denggi. Alhamdullillah, plateletnya ok. Dia kena demam ni after balik dari sekolah ganti. Kat sekolah masa tu ada acara sambutan hari kanak2 peringkat sekolah. Hari Selasa tengok ok aja, so saya suruh dia ke sekolah. Dalam pukul 11.00 pagi dia talipon, kata dia demam balik. nasib baik ubat ada dibekalkan padanya dan saya suruh dia makan ubat tu. Pukul 5.00 petang, ambil dia dari sekolah dan rasa badannya masih panas lagi. Hari ni dia tak ke sekolah, demam balik since malam tadi. Selsema dan batuk sekali. Hari ni En. hubby kena ambil cuti pula, jaga Adli. Harap2 esok Adli sihat. Dapatlah ke sekolah macam biasa..... Cepat sembuh ya Adli. Mama sayang Adli..........

Selasa, 3 Ogos 2010

Hari Kanak2 Peringkat Sekolah

Pada hari sabtu lepas, 31 Julai 2010, kat sekolah anak2 ku diadakan acara hari kanak2 peringkat sekolah - SRAI Salak Tinggi. Berbagai2 acara diadakan. Antaranya senam robik, peraduan mewarna bagi tahap 1 iaitu untuk Tahun 1, 2, dan 3. Peraduan melukis bagi tahap 2 iaitu untuk Tahun 4, 5 dan 6. Pertandingan pakaian beragam. Ceramah mengenai bulan ramadhan dari ustad jemputan. Pada hari itu juga telah diadakan solat hajat bagi pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Solat hajat ni diadakan di surau sekolah. Kebanyakan yang menunaikan solat hajat ni adalah ibu bapa kepada pelajar tahun 6.











hanya dapat snap gambar Adli masa senam robik, Najwa, tak tau kat row mana dia bersenam robik......


ni masa kat dalam dewan, dengar ceramah mengenai bulan ramadhan.