Sabtu, 29 Disember 2012

Nasi Lemak Nabil lagiiiiiii

Assalammualaikum,

Atas permintaan anak-anak, kami ke Nasi Lemak Nabil kat Mambau...... Sebenarnya nama warung ni ialah Warung Nasi Lemak Hajjah Halimah (kalau tak silap akulah.....) tapi si Nabil ni kalau tak silap aku mengikut cerita orang-orang Mambau pernah bekerja di sini...... tu sebab orang panggil Nasi Lemak Nabil........ Warung nasi lemak ni terletak berdekatan dengan rumah rakyat Mambau, tepi jalan ajer....... Sambal nasi lemaknya memang terbaik....... warung ni dibuka selepas pukul 8 malam.......
 licin ..........
 kepedasan.......

Jumaat, 28 Disember 2012

Tetamu bermalam kat rumah kami

Assalammualaikum,

Menerima tetamu pada hari Ahad lepas.... after selesai kenduri kahwin kat KOSASS baru tetamu ni bertandang ke rumah kami.... lebih kurang pukul 8 malam baru dia orang sampai..... siap bawa makanan dari kenduri kahwin tu...... Lepas panaskan kesemua bekalan yang dibawa dan siap-siap makan kami bawa tetamu ni berjalan-jalan ke KLIA..... tak tahu nak bawa kemana dah.... kat Nilai ni bukannya ada tempat-tempat yang menarik pun..... nak bawa kat Nilai 3, sure dah tutup kesemua kedai-kedai kat Nilai 3 tu..... bawa dia orang tengok kapal terbang ajer.......
Oh yaaaa!!! tetamu kami ini dari Teluk Intan, Abang sepupu en. suami yang dah lebih sepuluh tahun tak balik ke Negeri Sembilan..... Mereka bermalam kat rumah aku semalam ajer sebelum gerak balik ke Kg. Kuala Sawah pada hari Isnin..... Jadi bila dia orang dah balik ke Kuala Sawah pada hari Isnin, so maka en. suami aku pun akan balik ke kampungnyalah jugak....... Lepas Maghrib hari Isnin tu (selasa cuti krismas) kami pun bergerak balik ke kg. en. suami......... Waris-waris Linggi, jangan marah ya!!!! sebab asyik balik ke Kuala Sawah ajer.........
lepak-lepak kat anjung tinjau......

Khamis, 27 Disember 2012

Cendol @ Seksyen 1, Bangi

Assalammualaikum

Lepas kenduri kahwin kat Dewan KOSASS, UPM kami terus ke Mines, konon-kononnya nak ke Big Bad Wolf tu.... tapi tak kesampaian coz kenderaan tak boleh masuk pada hari Ahad terakhir tu sebab dah FULL..... dah lah jammed panjang dekat depan MANCY (kalau salah nama kedai yang jual kain langsir tu tolong betulkan ya!!!) Sampai-sampai ajer kat junction nak ke Balakong dengan Mines tu dah kena diarahkan mengikut Jalan Balakong, tak dibenarkan langsung memasuki persimpangan Mines. So dah tak boleh nak gi Big Bad Wolf aku ajaklah en. suami ke Bangi. Ke Bangi Utama..... saja-saja jalan cuci mata....... cuci mata ker???? terbanglah jugak ongkos aku..... terbeli Jubah........auwwwwwww....... tak apalah nanti boleh pakai masa annual dinner 28.12.2012 ni..... tapi sebelum ke Bangi Utama, en. suami ajak pekena cendol kat Seksyen 1 berhadapan pasar Seksyen 1 tu........ dah lama tak pekena cendol seksyen 1 katanya........
ni aku punya... cendol biasa ajer......
 cendol campur katanya...... en. suami dan Adli yang empunya..... Najwa ambil cendol biasa ajer.....
 mamak ni hanya berniaga menggunakan lori ajer......
en. suami order rojak jugak........ sedapppp......
ini anak aku yang snap...... ada orang yang menconteng kat meja........

Majlis kenduri kahwin kat Dewan KOSASS, UPM

Ahad yang lepas kami ke Dewan KOSASS (Dewan Sultan Alaeddin Suleiman Shah) memenuhi jemputan kenduri kahwin sedara en. suami. Kami sesat kat dalam UPM, kawasannya besar sungguh.

Kosass merupakan kolej yang menempatkan pegawai kadet pasukan latihan pegawai simpanan yang terdiri daripada pelajar UPM sendiri.
 tak banyak snap gambar, tak ada mood....... pengantin nun jauh di atas pentas tu..... sedang makan beradab.... tak ada pelamin pun..... tak bersanding just makan-makan ajer......
 

Rabu, 26 Disember 2012

Game kat PSP

Assalammualaikum,

Sekarang ni aku tengah duk gian main game ni..... Game kat PSP anak-anak aku...... seronok pulak mainnya sampai en. suami dah berleter dah...... anak-anak pula cakap "mama lebih sayang kan game tu ajer" "kita orang mama tak peduli pun"...... hai anak-anak mama, mama main PSP ni selepas segala kerja rumah dah siap terutama sekali dah siap masak tauuuuuuuuu........ dah nak tido baru mama main....... tau tak!!!!!!!

Burger King

Assalammualaikum,

Ke Burger King Jumaat lepas. Pergi pun ke BK selepas membeli barangan sekolah kat Hari Hari, 9 Avenue. Dah tak tau nak makan apa so BK ajerlah kita orang terjah.......
 3 ajer.... kenapa 3??? sebab en. suami tak follow..... pergi lepas kerja....

Isnin, 24 Disember 2012

New Look

Assalammualaikum,

Gambar terbaru Ain Najwa..... Macam Dora kata ayahnya....... ini semua mama punya pasal lah ni katanya.....  Sebenarnya dia nak gunting rambut style K Pop, aku suruh nyonya kedai gunting tu guntingkan pendek rambutnya.... cukup bengang dia kat aku....... sekarang ni duk asyik tanya kat aku "okay tak rambut adik ni..... tak cantiklah adik..... aku cakap, apa nak risaukan, kan adik pakai tudung bila keluar rumah!!!

Sabtu, 22 Disember 2012

Roda Panas (Hot Wheels)

Assalamualaikum,

Ini adalah antara koleksi hot wheels Adli...... sekarang ni pantang ke Tesco or AEON Seremban mahupun ke MPH Seremban sure dia akan pergi membeli hot wheels....... tak habis-habis dengan koleksi kereta hot wheelsnya.... rimas aku....... kopak duit aku duk membeli kereta hot wheels ni.......

Hari tu masa aku balik kampung, aku ada tunjukkan gambar ni pada Adam Daniel, sepupunya..... dahlah si Adam Daniel ni mengerang kat Abang Adlinya nak kan kereta hot wheels tu...... sian Adam, Abang Adlinya ini kedekut, Adiknya, Si Najwa nak usik pun dah terjerit........

Jumaat, 21 Disember 2012

Hanya Gambar saja hari ini....

 Ini Jumaat lepas......
Surat kebenaran dari Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan



Ahli Jawatankuasa Surau Al Ikhlas bergambar bersama rombongan dari Jabatan Agama Negeri Sembilan

 Selepas solat Jumaat ada makan-makan untuk VIP


Ini gambar hari ini, Jumaat 21/12/12
anak-anak Desa Cempaka balik dari solat Jumaat.....  Jemaahnya terdiri dari Cempaka 2, 3, Court, Cempaka Satu dan Cempaka Puri....... 

Aku balik tengahari tadi untuk memastikan anak bujang aku menunaikan solat jumaat......

Rabu, 19 Disember 2012

Bersantai @ Presint 6, Putrajaya

Assalammualaikum,

Ke Presint 6, Sabtu yang lepas...... Kami memang selalu kesini kalau nak swimming, selalu pergi swimming waktu malam kali ni pergi waktu siang pula.... Kolam renang kat Presint 6 ini di buka hingga ke pukul 10 malam ya..... Hari Isnin pool ni tutup ya!!! Masa aku pergi ni pool untuk kanak-kanak ditutup untuk renovation so sukalah putriku dapat mandi kat pool orang dewasa...... dan aku pastikan supaya dia tidak pergi  sampai yang kedalaman 2.0 m tu...... Pergi waktu siang ini ramainya orang yang berenang.......
 
masa aku snap gambar ni belum penuh lagi pool tu....... sebab kami orang yang terawal pada sesi petang......

Jumaat, 14 Disember 2012

Akhirnya........

Assalamualaikum,

Alhamdullillah, akhirnya, hari ini Jumaat 14/12/2012, Surau Al Ikhlas Cempaka 2, 3 & Court, Nilai mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk menunaikan solat Jumaat. Maka hari ini rombongan dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan seramai 30 orang akan berada di surau al ikhlas bagi merasmikan dan pentauliahan solat Jumaat di surau kami......  dengan mendapat kebenaran dari jabatan agama N.S. maka anak- anak Cempaka mudahlah untuk menunaikan solat Jumaat..... tak perlu lagi ke Masjid Bukit Kadir ataupun ke Masjid Kuarters KLIA...... sebelum ni jauhkan anak-anak nak gi sembahyang Jumaat..... kalau tiada orang yang bawa, tak pergilah dia orang...... Mulai hari ni tak ada alasan lagi dia orang untuk tidak menunaikan solat jumaat........
Banner telah dipasang beberapa hari yang lalu di laluan utama untuk memberi tahu penduduk setempat.......
 Malam semalam telah diadakan mesyuarat (AJK ajer).... en. suami jadi bilal hari ni.......

Kepada AJK Muslimah surau Al Ikhlas, selamat bertugas menyambut tetamu VIP hari ni (ada makan-makan untuk VIP ni)..... Saya minta maaf, tak dapat hadir kerana bertugas.......

Khamis, 13 Disember 2012

Ke Dewan MPS

Assalamualaikum,

Sabtu malam Minggu lepas kami sekeluarga ke dewan MPS, dapat jemputan kemajlis kenduri kahwin sepupu sepapat en. suami. Majlis ni waktu malam ya....... 
 pelamin yang simple......
 bergambar dihadapan kereta pengantin...........
 si adik pun tak nak ketinggalan bergambar.......
door gift dari pihak pengantin......

Selasa, 11 Disember 2012

Barangan dari Morocco

Assalammualaikum,

Baru dapat barang-barang ni semalam.... tu pun sebab BIL sibuk nak pasang aircond kat rumah nya kat Nilai tu..... kalau tak sampai, expired lah barang makanan tu......... apa-apa pun terima kasih.........
 
ini pula barang-barang for my sis and bro, also dari Morocco...... so yang empunya barang, sila lah datang kerumah hamba ya untuk mengambilnya...... sebelum makanan tu expired tau........ cepat-cepat....... kalau rajin balik kampung, Sabtu aku bawakan......

Isnin, 10 Disember 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalammualaikum,

Cuti sekolah ni anak-anak bertuah aku sekarang ni sibuk duk belajar menunggang motor. En. suamilah yang rajin melayan dia orang. Kalau aku sorrylah.... tak akan ku bagi bawa motor der...... en. suami jugalah yang jadi instructornya...... belajar waktu malam selepas Isyak.......... Si adik masih lagi ayahnya memboceng kat belakang, belum lagi dilepaskan bawa sorang-sorang...... Si abang dah boleh bawa sendiri tanpa ayahnya duduk kat belakang.... tapi jantung aku bila si abang bawa sorang- sorang rasa nak terkeluar dik risaunya tak senang aku menunggu kat rumah..... Sejak dah pandai bawa motor sorang-sorang ni, dah nak motor ajer kerjanya....... lupa basikalnya....... Nak ke kedai pun dengan motor........ Sorry ya abang, mama tak akan bagi abang bawa motor ayah der....... nangislah, mama tak akan layan der...... dah patah riuk sok mama juga yang susah........
Aku memang tak lepaskan dia orang bawa motor..... takut, sebab kat area taman aku ni kereta mahupun motor laju-laju ajer...... hari tu basikal si adik dilanggar dek motor...... dah tu motor tu belah ajer..... bengkok basikalnya.... kalau aku tau orang yang melanggar tu memang aku tenyeh habis-habis budak tu...... selamat budak tu, sebab anak aku tak nak bagi tau aku siapa yang melanggar dia orang........

Jumaat, 7 Disember 2012

Durian oh Durian

Assalammualaikum,

Anak dara aku ni memang hantu durian. Pantang nampak durian ajer dia akan duk tanya aku, "mama dah gaji ke belum???" bilalah adik dapat makan durian ni???? oleh kerana dah asyik duk bertanya so aku bawalah dia pergi makan durian kat Jalan Salak Sepang berdekatan dengan Taman Salak Permai. Belikan untuk dia sorang ajer coz abangnya tak berapa gemar.... Beli pun sebiji ajer coz menunggu yang kat kampung tu gugur, dan supaya dia tak kempunan...... Ibulah katakan, tak sampai hati.........

La ni, durian kat kampung dah gugur and semalam kawan sekerja en. suami yang baru pulang dari Jengka bagi kat 10 biji, sampai tak terlarat pulak dia makan...... tak bagi dia makan banyak-banyak, takut demam..... bukan ajer durian yang dia makan, dengan rambutan sekali...... aku siap kopek kan durian dan rambutan dan letakkan kat dalam peti ais, bila aku pergi kerja dia orang melantaklah....... aku dah naik boring dah, hari-hari sambal tempoyak (lada merah + cili api ditumbuk dan digaulkan dengan durian fresh dan dimakan dengan nasi)..... Minggu ni tak nak balik kampunggggggg....... kang balik mesti makan durian lagi....... next week aku kena gi check up....... tolonggggggggg, aku tak nak makan durian and rambutan buat masa ni......... tak boleh nak kawal nafsu makan  buah-buahan ni, terliuq nengok nya........

Khamis, 6 Disember 2012

Setara 5

Assalammualaikum

Management telah bermurah hati mengadakan Staff Gathering kerana Nilai University berjaya mendapat setara 5...... jamuan telah diadakan di Nilai Spring Resort Hotel (adik-beradik ngan company tempat aku bekerja)..... tak ada dia orang nak buat kat tempat lain der...... balik-balik Nilai Spring Resort Hotel nilah.......
 

FLC 2012

Assalammualaikum,

Cerita yang dah basi..... event ni awal November yang lalu, baru hari ni nak post n3..... sibuk bercutilah........ Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok ajerlah gambar-gambar kat Nilai Spring Resort, gambar makanan ajer yang aku snap...... tak kuasa aku nak snap gambar participants......
 seperti biasa committee members pergi makan dulu...... nak pastikan makanan tu okay or not.....
 antara makanan yang dihidangkan...... makanan kat Nilai Spring Resort ni tak adalah sedap manapun......
 ni waktu minum petang..... committee members gak yang mulakan dulu.......
antara hidangan waktu dinner........