Jumaat, 29 Ogos 2014

Hantaran dari pihak lelaki

Assalamualaikum,

WhatsApp dari adik aku di Miri. Hanya menunggu gambar dari dia orang ajer lah........

Ini sebahagian daripada hantaran dari pengantin lelaki. Pengantin lelaki, Azrul Hafiz Azhar adalah anak buah aku, anak sulung kakak aku. Nikah dengan orang Miri.........

Khamis, 28 Ogos 2014

Kena Culik/Budak Hilang

Assalamualaikum,

Mengigil aku bila anak bujang aku cakap kawan baiknya kena culik. Kejadian ini berlaku pagi semalam, semasa dia orang main bola sepak kat padang belakang perpustakaan Desa Cempaka. Dia orang ini sesi petang, so sebelah pagi tu dia orang pergi main bola dulu sejam dua sebelum ke sekolah.

Yang peliknya, masa budak tu ikut "Ustad" tu sorang pun tak perasan. Dia orang sedar bila nak balik, si Amierul ni tak ada kat padang. Dia orang terus ke rumah si Amierul  dan bertanya pada ibu budak tu kalau dia dah sampai ke rumah. Kecohlah juga pagi semalam kat area Cempaka tu........ Budak tu keluar bermain tanpa bawa sesen pun duit dan handphonenya pun tinggal kat rumah.

Nasib baik "Ustad" tu tak bawa jauh, dia tinggalkan budak tu kat Zemart. Dan kebetulan pula cikgu SMKDC sesi pagi (lepas sekolah sesi pagi) terus ke Zemart dan terjumpa budak ni. Nasib baiklah cikgu sesi pagi tu kenal dia, kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi sebab budak tu macam blurr ajer bila dijumpai............

"Ustad" tu pakai kereta Myvi biru dan orang yang menculik tu macam "Ustad" kata si Amierul.
haaaaaaa inilah budak yang kena culik semalam tu.....
selalu juga dia datang ke rumah aku, sebab dia kawan baik dengan anak bujang aku.........

Dua hari sebelum kejadian ni, ada juga en. suami bagi tahu aku kat Taman kami tu ada 2 orang budak hilang. Dah jumpa ke idak tak tau lah aku..........
sorang hilang masa gi tengok bola kat Seremban dan tak balik-balik, manakala yang sorang tu aku tak pasti pula macam mana puncanya.......
Menakutkan...............
tak habis-habis kes culik ni
tak kan lah sampai la ni si penculik tu tak dapat tangkap, terutama van putih tu.........
ada udang disebalik mee ker???

Alhamdulillah, Rombongan Cik Kiah dah selamat sampai di Miri

Assalamualaikum,

Baru ajer terima mesej kat FB yang mengatakan rombongan Cik Kiah seramai lebih kurang 40 orang dah selamat mendarat di Miri Airport. Rombongan ini terdiri dari adik beradik aku, mak-mak saudara dan neighbour my sister yang turut serta ke majlis pernikahan dan persandingan anak buah aku (anak sulung kakak aku). Nikah ngan orang Miri.
upload gambar luggage lagi........
seawal 12 tengah malam depa dah berada di KLIA2. Flight pukul 7 pagi tadi........
Antara mereka-mereka yang berada di dalam penerbangan pagi tadi..........
yang kiri: Mak De, Kakak aku (yang nak menerima menantu tu), adik aku Ita, Mak Su aku yang baru sampai dari Poland tengah malam tadi dan terbang pula ke Miri dan yang akhir tu adik aku blogger Yati....... yang menanti di Miri adik aku yang berkhidmat kat Brunai tu........... 
aku tak follow sebab Putri aku nak menduduki UPSR. aku menunggu majlis di Mantin ajer nanti..........
Flight tengahari ni anak-anak bujang akak aku pula yang akan berlepas ke Miri dan doakan semuga selamat sampai............. Amin............

Rabu, 27 Ogos 2014

Penangan Smartphone

Assalamualaikum,

Dah tak boleh terjun ke pool so masing-masing dengan smartphone ajerlah........ ingatkan anak-anak, omak pun sama........ Jangan marah ya, nanti lekas tua...........

Cerita hari Ahad lepas

Assalamualaikum,

Ahad lepas putri ku Najwa telah merengek-rengek kat ayahnya nak gi swimming. Kalau kat aku sure tak bolehnya sebab satu, dia nak pereksa dah dan keduanya, aku nak berehatlah pula pada Ahad tu sebab Sabtu nya aku bekerja sebab ada convocation dan kaki aku rasa nak tercabut dah disebabkan berdiri dari 7 pagi hingga ke pukul 12 tengahari meng handle graduans...........

At last ayahnya ajak gi swimming kat rumah Mak Ngah ajer. Pergi pun dah tengahari dan sampai-sampai ajer KL hujan pun turun dengan lebatnya. Ribut kau..........
antara gambar yang sempat di snap sementara menunggu Mak Ngah nya sampai........
sekeping lagi gambar angin kencang melanda KL..........
selfie lagi sementara menunggu Mak Ngah nya sampai dari Mantin..........
dan kesudahannya hingga ke malam tak dapat terjun pool sebab masih hujan.......
Adam Danial melalak sebab tak dapat swimming..........
next time lah kita swimming ya sayang-sayang ku termasuklah anak-anak buahku.........

Isnin, 25 Ogos 2014

Jemputan Kenduri Kahwin @ Spanish Villa, Tasik Jaya

Assalamualaikum,

Majlis kenduri kahwin Siti Aeisha Joharry dengan pasangannya telah berlansung pada 16 August yang lalu. Siti Aeisha ni dulu adalah lecturer kat faculty tempat aku bekerja dan sekarang dah berhenti dan sedang menyambung pelajarannya ke peringkat phd di Australia. 

Majlis perkahwinannya telah berlansung di Spanish Villa, Tasik Jaya.
Ada dua jenis masakan, satu style kampung dan satu lagi briyani.
kami ke style kampung and gulai daging salainya memang sedap
cendol pun sedap.....
pengantin dengan kawan-kawannya
nasib baiklah cuaca mendung ajer masa tu, kalau tidak mampus kepanasan berdiri kat tangga tu.
pelamin kat tingkat atas.......
pelamin dari dekat.
anak-anak geram ajer tengok pool tu......
nak berendam ajer ingat nya.......

Jumaat, 22 Ogos 2014

Jamuan Raya @ Office

Assalamualaikum,

Cerita tentang jamuan raya anak-anak dah dipostkan dan now cerita tentang jamuan hari raya mama nya pula........

Jamuan ni pun diadakan pada hari Jumaat lepas, kami order ajer.........

Tahun ni, tahun sebelum-sebelum ini dan juga mungkin tahun seterusnya (kalau panjang umur dan masih bekerja lagi kat sini) our faculty (yang beragama islam) jugalah yang kena organise jamuan ni........ 

Sebenarnya aku ngan HOD dah senyap dah sebab malas nak organise, tapi ada pula yang bertanya dan mengatakan budget ader, so nak tak nak kena lah organisekan juga jamuan ni, tapi kali ini kami tambah committee dari setiap faculty..........

Antara menunya ialah:
roti jala
kuah kari ayam
nasi impit
kuah lontong
kuah kacang
lemang
rendang
kuih muih dan buah-buahan
by 3 pm tetamu/staff dah mula sampai
buat 2 side supaya tak beratur panjang
antara staff yang hadir
sedang menjamu selera
Mr. David from our faculty
lecturers from our faculty

puas hati sebab semua enjoy dan makanan pun habis, walaupun ada yang komplen mengatakan tahun ini punya makanan kurang sedap...... tekak masing-masing........ 
padahal kami cater pada orang yang sama juga......

Khamis, 21 Ogos 2014

Jamuan Hari Raya Najwa @ SKDC

Assalamualaikum,

Jumaat yang lepas  pihak sekolah SKDC juga mengadakan sambutan hari raya untuk murid-murid dan guru. Yang sekolah rendah ni murid-murid dikehendaki membawa makanan. Sooooooo si ibu kenalah malam tu membuat puding untuk sang putri......... berbagai menu yang senang dia bagi idea kat aku suruh masak....... Alhamdulillah, licin bekalannya............
siap bawa kamera dan monopod sekali ke sekolah.....
talipon, pihak sekolah tak benarkan bawa......
selfie lagi...........
kawan-kawannya..........
 lagiiiiiiiiiiiii
 one more..........
 lagiiiiiiiii..........
sakan dia orang bergambar..........
 dan lagi...........
 kawan-kawannya..........
 antara classmatenya.........
salah sorang dari mereka tu adalah artis 
(pelakon tambahan ajer kot, tak pasti pula akak)
 sajer ajer aku tempelkan gambar ni.......
bila dia dewasa nanti kalau dia baca blog ibunya biar dia ingat kenangan pahit manis dia di sekolah.......

yang baju kelabu tu, yang ada bag pack kat belakangnya tu suka sangat cari pasal dengan my putri........ selalu sangat kacau Najwa sampai aku suruh Najwa bagi tahu pada cikgu kelas dan minta cikgu kelas tu tukarkan tempat Najwa dari  duduk sebelah menyebelah ke tempat lain.
sampai cikgunya cakap dekat budak lelaki tu "kamu gaduh-gaduh dengan Najwa ni maknanya kamu suka kan dia" ohhhhh tidakkkkkkk......... aku dah bagi tahu Najwa, jangan nak bercintan-cintan masa sekolah lagi, kalau mama tau siap Najwa mama kerjakan!!!!!
ini masa untuk belajar bukan cintan-cintan.......

Rabu, 20 Ogos 2014

Jamuan Hari Raya @ SMKDC

Assalamualaikum,

Jumaat lepas kami tiga beranak sibuk dengan jamuan hari raya....... anak-anak kat sekolah merekalah manakala aku  jamuan hari raya kat office........

First kita upkan n3 my hero punya jamuan hari raya.......... dia orang kena bayar seorang RM5 untuk makanan, sebab kali ni dia orang buat bukan dekat bilik darjah masing-masing, kali ini disatukan di dalam dewan dimana budak sesi pagi dan petang sama masanya..........

Makanan mungkin di cater dari luar kut..... sebab mak pelajar tak perlu sertakan makanan seperti tahun-tahun  yang sudah......... selamat sikit tak payah nak fikir buat kan makanan untuk jamuannya..........
antara kawan baik my hero........
my hero.........