Selasa, 22 Mac 2016

Cukup Membimbangkan

Assalamualaikum,

N3 tanpa gambar kali ini. Khas buat my hero Tengku Ahmad Adli.

Walaupun hari ini adalah hari lahir mu Adli tapi mama tetap nak membebel kat kamu.....

Walaupun dah 16 tahun hari ini dan lesen motor yang kamu minta tidak dapat mama tunaikan sehinggalah kamu berkerja nanti dan mempunyai wang sendiri pandai-pandai lah nak mohon lesen motor CC kecik or besar...... sekarang ni sorry!!!!

Dah berkali-kali mama ingatkan, jangan bawa or bonceng motor orang keluar dari taman perumahan kita, tapi kamu tak dengar kata....... 2 kali dah kamu bonceng motor kawan keluar dari kawasan perumahan kita, bukan dekat kamu pergi, kamu pergi sampai ke Dataran Nilai without lesen si pemandu tu dan semalam sekali lagi kamu buat hal walaupun dah dimarahi hari tu. Semalam lepas sekolah dengan alasan untuk membeli barang-barang PVMA kamu bonceng motor kawan kamu sekali lagi ke Giant Nilai pula. Kamu tahu tak lepas mama call kamu, tak senang hati mama dibuatnya..... tak sabar-sabar rasanya nak balik kerumah nak slow talk dengan kamu lagi.......... mama risau Adli kalau terjadi apa-apa ke atas kamu.... Kamu tak nampak ke rakan sekolah kamu yang kemalangan tahun lepas depan sekolah! Kan dah terincot-incot jalannya. Fikirlah sayang mama........... mama marah ada sebabnya, bukan marah saja-saja tau, bukan mama benci tapi marah mama marah untuk menyedarkankan kamu.

Selasa, 15 Mac 2016

Kenduri @ Rantau

Assalamualaikum,

Pergi kenduri ni Sabtu lepas, schoolmate en. suami kahwin kan anaknya....... Majlis kat Dewan Rantau, sebelum tu belah pagi majlis nikahnya kat Masjid Baru Rantau........
pelaminnya.......
kalau dah kenduri kat Rantau, dah tentu-tentunya Tok Mat akan ada.........
duduk semeja ngan orang-orang kampung......
Tok Mat minum cendol ajer
banyak kenduri nak poie katanya.........
mula-mula kita minum cendol songkok tinggi dulu
sedapppp cendol ni.......
kalau mana-mana kenduri kahwin kat area Seremban or Rantau cendol songkok tinggi ni mesti ada.......
kenduri kat Nilai tak jumpa lagi cendol songkok tinggi ni..........
pengantin lelaki adalah seorang tentera
so perarakannya pun cara tenteralah
pengantin lalu bawah pedang
group SM Rantau

Jumaat, 4 Mac 2016

Kacang Pool @ Medan Selera Salak

Assalamualaikum,

Hari tu ada one of the lecturer kat faculty ahkak tanya, "Medan Selera Salak kat mana?" 
so ahkak tanya balik kenapa cari Medan Selera Salak? 
Dia jawab kat situ ada orang jual Kacang Pool!!!!. 
Ahkak mentionlah medan selera salak tu kat Pekan Salak Lama kat tempat pasar malam rabu dan pasar tani hari ahad........

Tapi dia masih lagi tak pergi kat Medan Selera tu.......
Ahkak dah pergi semalam.... kebetulan pula bawa si hero ke klinik sebab asyik deman dari hari Isnin........ sebelum ke klinik kita singgah breakfast kat situ dulu...... kita cari kacang pool yang dah lama sangat mama teringin nak merasanya........

Ini first time merasa kacang pool tau!!!!
Yang original kat JB pun belum pernah cuba lagi, so tak boleh nak comment apa-apalah...........
ini gerainya
senang ajer nak cari gerai ni........
antara menu yang ada kat gerai ni.......
mula-mula order nasi lemak
nampak banner ni, my hero suruh order lempeng
order lempeng pisang, 
dah habis makan baru hero cakap dia nak lempeng kelapa.....
bila tanya tak mau cakap, jadi mama order ikut tekak mama lah...........
next time kita pergi lagi gerai ni ya Abang........
ini lah rupanya kacang pool yang ahkak order
sekeping lagi.......
dah lama teringin nak mencuba kacang pool ni.......
akhirnya dapat walaupun bukan kat Larkin........
bolehlah kat tekak ahkak
nak comment tak boleh sebab ini baru kali merasa dan tak pernah makan yang kat JB tu.......
haaaaaa seeee licin......
itu maknanya sedaplahhhhhhhhh

Green Lamb in the Green Plate

Assalamualaikum,

Ini adalah Morroccon Food cooked by my BIL. BIL adalah orang Morrocco.
inilah green lamb tu.....
jangan tanya resepi kat ahkak ya!!!!
sebab ahkak tak tengok dia masak pun.......
ahkak tolong apa yang patut ajer.........
green lamb ni makan dengan roti, sedapppppppp
lepas tu ada salad
salad tu tomato, bawang dan ada beberapa lagi bahan-bahannya.........
salad tu ratah gitu ajer pun sedapppppp
tapi yang sejuknya tau....... setelah di peram dalam peti sejuk selama sejam dua.......
Yang ini Couscous
Couscous ini adalah makanan ruji orang Morrocco. Ianya di kukus tau!!!
Serbuk couscous ini ada dijual di pasaraya-pasaraya kat Malaysia.
Ianya di kukus bersama-sama labu, carrot dan ada dua tiga jenis sayuran lagi yang ahkak tak ingat.
Selalunya kan kalau kita kukus, kat bawahnya air kan, tapi untuk masak couscous ni kat bawahnya kita letak lamb yang dimasak dengan rempah-rempahnya. Wap dari lamb tulah yang akan meresap kat dalam couscous tu.........
yang ini ahkak tak merasa sebab tak berapa gemar............

Rabu, 2 Mac 2016

Tok Long Yang Uzur

Assalamualaikum,

Biarlah gambar yang berbicara
bergerak menuju HTJ Seremban