Jumaat, 29 April 2016

Advance Birthday Gift From My Hero

Assalamualaikum,

Terharu mama kau ni..........

Walau tak semahal mana tapi ingatan terhadap mama tu yang penting.........

Awat terlalu awal sangat............

Terima kasih sayang.........

beli kat Lazada katanya........

Terima kasih sayang............

Selasa, 26 April 2016

D'kok Eco Camp

Assalamualaikum,

Ini aktiviti si bujang pada hari Sabtu dan Ahad lepas. 

Program ini adalah anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bersama Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan. di mana Persatuan Belia Dinamik Barat Negeri Sembilan telah menghantar seramai 42 peserta ke kem ini. D'Kok Eco Camp ni terletak kat Kampung Talang Kuala Pilah....

My hero berada di camp tu selama 3 hari 2 malam. Berbagai aktiviti yang dijalankan, sampai tengah malam lah katanya........ dan group nya sesat lah kat dalam hutan Talang tu........kena tunggu kat dalam hutan tu selama 1 jam, tunggu hingga orang datang selamatkan......... Ahkak cakap kat dia, "nasib baik tak terserempak dengan rimau kat hutan pilah tu"! Babi hutan adalah terserempak katanya. Nasib baik tak disondol dek babi hutan tu..........

Gambar-gambar kat bawah ni adalah pada hari terakhir kat camp tu, paste dari FB D'kok sahaja sebab my hero cakap sesampai ajer kat sana kesemua phone diambil, so dia orang tak dapatlah nak bergambar sakan........  Patutlah ahkak duk call dari hari Jumaat malam sampai ke Ahad tak dapat-dapat, rupa-rupanya handphone kena simpan.......... ingat kan tak ada line kat Talang tu....... tak pasal-pasal duk mengutuk Kg. Talang........ Sorry orang kampung Talang..............

so layan ajerlah gambar my hero kat sana..........








Selasa, 12 April 2016

Walimatulurus @ Bukit Jelutong, Shah Alam

Assalamualaikum,

Majlis kenduri ni berlansung pada penghujung bulan March sama hari dengan hero aku ke event im4u kat Seremban. Jadi kami bertiga ajer ke Bukit Jelutong. Ini atas jemputan rakan sekolah en. suami. Anak rakan sekolah en. suami yang kahwin. Actually rakan sekolah en. suami ni menetap kat Kluang, Johor tapi majlis persandingannya kat Bukit Jelutong pula...... ramai lah rakan-rakan ibu pengantin perempuan dari Sekolah Menengah Rantau yang hadir.

Pengantin ini yang viral kat FB tempohari. Viral sebab seiras Nelofa...
Majlis berlansung kat dewan Crystal kat Pusat Perniagaan Bukit Jelutong
kerusi meja pun crystal....... hehehe
pelamin
semeja dengan rakan-rakan sekolah en. suami........
perarakkan masuk pengantin ke dalam dewan.....
haaaaaaa ni lah pengantinnya........
ada rupa Nelofa ker????
pengantin
en. suami bergambar dengan rakan-rakan sekolahnya
jumpa Wak Doyok kat majlis ni........
tak snap pula gambar si Wak Doyok...........
lepas majlis tu kami terus ke Klang
terus ke GM
jalan-jalan cuci mata.........
konon nak cuci mata ajer.......
hampehhhhhhhh terbeli juga........
heheheeeeeeee
perempuan lah katakan............
kalau tak menyopping tak sah.........

Jumaat, 8 April 2016

im4u - Persatuan Belia Dinamik Barat Negeri Sembilan

Assalamualaikum,

My hero sekarang ni joint belia - im4u tuuuuu....... dan aktiviti pertama yang dia joint ialah masa Walimatulurus Perdana di Masjid Sikamat Negeri Sembilan pada penghujung March hari tu sebagai sukarelawan........ masa hari berlansungnya acara tu dapat lah seorang sehelai tshirt im4u, ada 2 warna, satu hijau dan satu lagi pink....... my hero dapat yang hijau......... ada bas dari im4u disediakan untuk mengangkut dia orang.......... dari Nilai ramai juga yang pergi........
mendengar taklimat/tugasan sebelum acara bermula
ada tempat tidur disediakan
dia orang pergi dari hari Jumaat dan balik pada hari Sabtu petang
antara kerja-kerja yang dia orang kena buat
kat atas tu bahan-bahan untuk dimasak
memotong nenas
membasuh kacang panjang
masak kari daging dan berbagai tugasan lagi

Ahkak dapatlah merasa lauk pauk tu, sebab di bekalkan oleh penganjur kat budak-budak im4u tu.....

Kalau tak silap ahkak ada 7 pasang pengantin yang diraikan.
pembawa bunga pahar dan bunga mangar

Dah selesai majlis bersanding, dia orang kena mengemas pula.........

layan gambar-gambar masa dia orang mengemas pula.....

Sebelum balik ke destinasi masing-masing, bergambar dulu...........

Gambar  dari Insta


Balik rumah keletihan......... penat katanya..........

Angkek Tangan, Angkek Tangan, Angkek Tangan Waghih Nismilan

Assalamualaikum,

Meh belanja satu lagu Waghih ............


copy dari tourism ns....

Rabu, 6 April 2016

Over Dose @ Pasar Malam Cempaka

Assalamualaikum,

Lama juga rasanya tak mengepost n3 kat blog. Bukannya apa, hanya virus M melanda.... Ni virus R datang balik tu yang cuba mengupdate secepat dan sebanyak mungkin n3.

Ni cerita penhujung March hari tu, masa tu hero tak ada kat rumah, dia sekarang ni joint iM4U so sekarang ni apa-apa aktiviti belia yang berdekatan dia pergi lah, itu pun jika dapat approval dari ahkak lah......

Since dah tinggal berdua, so my Putri ajak lah pergi ke pasar malam Cempaka tu semata-mata nak cari air Over Dose ni!!!  Ok jugalah rasanya......... dan sekarang ni setiap jumaat mesti nak ke pasar malam cempaka tu semata-mata untuk dapatkan air over dose ni.......

 inilah rupanya air over dose tu
ada berbagai perisa
sedap lah juga, tak terlalu manis.........
I like............

Kalau dah ke pasar malam bukan air ajer yang dicari, dah tentu-tentunya terbeli benda yang lain juga.
beli juga coklat ni........
dan
juga coklat ni......
ada juga beli cadbury tapi dah habis, tak sempat nak snap gambar
Tiga jenis coklat ni RM10
dia jual 3 peket RM10, boleh campur-campur.........
Coklat Daim tak ada malam tu..... selalunya ada...........