Selasa, 28 Februari 2017

Ke M.O.P.D, HTJ Seremban

Assalamualaikum,

Selasa 7 February 2017 aku ke MOPD, HTJ Seremban. 
Pergi sebab my gegirl dirujuk ke sana. Sehari sebelum tu aku bawa gegirl ke Klinik Kesihatan Salak and
after dah buat ECG dan sebagainya, Doc terus refer dia ke pakar. Doc suruh scan jantung sebab menurut doc injap my gegirl ada problem.

Tahu ajerlah kan kalau dah ke gov. hospital bukan boleh terus dapat jumpa doktor so kena tunggu sehingga tarikh pertemuan tu....... next appointment adalah pada 23 March 2017 nanti dan mama harap adik boleh bertahan........ Bila dia mengadu sakit dada ahkak dah meleleh, nak bawa dia ke emergency HTJ dia tak nak, takut katanya......... kalau serius mama akan terus masukkan ke wad........

Pesan juga kat dia jangan lasak-lasak sangat kat sekolah. tak bagi dia masuk kawad kaki tapi dia adalah komander so macam mana?????? Risau mama ni adik hoiiiiiiiiiii...................

Isnin, 13 Februari 2017

Cuti Tahun Baru Cina - Ahad

Assalamualaikum,

Sepatutnya hari kedua raya cina tu kita orang lepak-lepak ajer kat kampung tapi oleh kerana sepupu ahkak nak gi menghantar anaknya ke Tangkak so kita orang pun plan nak follow, nak gi makan-makan kat Muar. Berjanji dengan sepupu dan Mak Su akan berjumpa di cafe kopi 434 Muar.........

Sementara menunggu Mak Su dan anak-anaknya sampai, kita orang berhenti makan dulu dekat dengan perhentian bas Muar tu...........
isi perut dulu 
gerai makan ni berhampiran dengan sungai Muar
menunya:
asam pedas ikan, sayur taugeh, telor dadar..........
tiga kereta dari kampung.........
highway agak sibuk dan ada tempat-tempat yang jammed juga lah.........
lepas makan kita orang gerak ke Kopi 434
masa ni Mak Su dan anak-anaknya dah sampai dari Tangkak.......
hajat di hati nak minum kopi dan makan roti bakar tapiiiiiiiiii 
cafe nya tutup pula
so yang dapat hanya beli kopi  sahaja........
lepas keluar dari Kopi 434 tu kita orang lepak-lepak kat tepi sungai Muar dulu.........
masa ni air hampir sama paras dengan tembok tu..........
air pasang besar kot masa ni.............
Si Danial ni asyik nak ketepi tebing tu ajer.......
takut dia terjun ajer kat dalam sungai ni
dia ni terlalu aktif..........
pemandangan jambatan Muar dari tempat lepak kami.........
Lepas puas duduk lepak kat tepi sungai, kami mula gerak ke Dataran Tanjung Emas untuk misi mencari mee bandung.......
sebelum tu kami singgah zuhor dulu kat masjid yang berdekatan dengan dataran Tanjung Emas
ramainya orang masa ni
kena menunggu untuk dapatkan meja kosong
kami..........
and another group
Mak Su dan anak-anaknya serta adik ahkak dan suaminya...........
dua meja panjanglah...........
mee bandung muar
ABC
dan
lychee kang
my sis beli perencah Mee Bandung...........
selepas makan mee bandung singgah dataran sekejap, ada jualan kat situ
gerak balik selepas tu dan sampai Linggi dalam pukul 6 petang and malam tu gak semua gerak balik kerumah masing-masing..............

Isnin, 6 Februari 2017

Cuti Tahun Baru Cina - Sabtu

Assalamualaikum,

Gerak balik kampung on Saturday tu walaupun hari Sabtu tu ada kenduri kahwin anak Mak Cik aku kat Rumah Rakyat Pengkalan Durian.

Janji dalam whatapps group nak gerak before 7 am dari rumah masing-masing and as usual ahkak lah yang sampai dulu dan kena bersihkan rumah kampung tu.......... penat tau......... cukup banyak habuk dan sampah kat dalam rumah tu, dapur kena cuci, ruang lepak kena sapu dan moop, pinggan mangkuk ada yang kena basuh balik sebab berhabuk........... last sekali balik masa hari raya qurban..........

After kemas, lebih kurang pukul 1 tengahari baru gerak ke rumah mak cik, betul-betul datang sebagai tetamu.......... heheheheeeeeeeeeeeee.
bila dah pergi ke kenduri sedara mesti lah terjumpa sedara yang dah bertahun tak ketemu..........
macam-macam cerita yang timbul......
seronok pula bila berjumpa ni............ 

Sebelah petangnya pula kat rumah kampung kami buat bbq dan steamboat......... makan anak beranak, sepupu sepapat ajer...............
sambil menunggu kambing siap dibakar, anak-anak leka bermain badminton
since Mak Su dah bersihkan perkarangan rumah arwah Nenek so senang lah anak-anak ni bermain........
bukan anak-anak ajer, omak sedara pun sekali tumpang bermain badminton.
riuh sekejap perkarangan rumah
abang eimran
picture yang kat belah atas tu adalah rumah arwah nenek (rumah baru setelah rumah lama hangus di jilat api, tahun berapa tak ingatlah tapi yang pastinya masa tu ahkak masih solo lagi) dan juga merupakan tempat ahkak dibesarkan........ 
ahkak dibela oleh arwah nenek dari kecil sebab ahkak merupakan cucu sulong....
picture yang kat bawah tu adalah rumah arwah bonda kami...........
sebelah menyebelah ajer.........
selain bbq kambing yang marvellous ada juga steamboat hasil air tangan adik yang kat Kajang .........
penuh semeja...............
dan ada juga birthday kek untuk mereka yang lahir in January.........

Jumaat, 3 Februari 2017

Aktiviti-Aktiviti My Hero di PBDB Sepanjang 2016 - Part 3

Assalamualaikum,

Sambungan dari Part 1 and Part 2.

6. Hari Sukan Negara........

    Terlibat juga dalam acara ni..........



kalau tak silap ni dia orang kat Gemencheh..........

Hari Sukan SMKDC

Assalamualaikum,

Ini cerita tahun lepas, in October rasanya.

Ni masa sukan sekolah. Kelas my hero buat jualan.......... laku lah juga nampaknya... Jualan dari kelas PVMA.........

Ada sandwich, spaghetti, lempeng dan air........ Lempeng cecah sambal, sedaaaappppppp......




Khamis, 2 Februari 2017

My Gegirl

Assalamualaikum,

Kali ni kita cerita pasal my gegirl pula.
gambar tahun lepas
berjaya membawa pandu puteri ke tempat ke2 pertandingan kawad kaki
my gegirl komander pasukan kawad pandu puteri
tahun ni, 2017 telah dipelawa untuk joint pasukan KRS dalam pertandingan kawad kaki
she referred to me about KRS ni.......
ahkak hanya cakap fikir dan terpulang pada adik..........
tapi kat dalam hati mak nya ni dah fikir kos seragam KRS (tak sebut pun depan dia) sebab takut dia kecewa nanti............
tapi akhirnya dia tetap kekal kat Pandu Puteri sebab guru-guru penasihat Pandu Puteri mahu dia kekal sebagai komander..........
Guru kelas my hero siap suruh my hero pujuk my gegirl untuk kekal di Pandu Puteri........
Hebat adik sebagai komander dan mama juga berharap agar adik hebat dalam pelajaran adik juga.........

Hope untuk tahun ni dia tak sakit tekak lagi...............