Jumaat, 26 Mei 2017

Kolej Komuniti Jelebu

Assalamualaikum,

My Hero ke Kolej Komuniti Jelebu bersama-sama dengan rakan-rakan dari Tingkatan 4 PVMA dan Tingkatan 5 PVMA dengan di iringi oleh guru kelas masing-masing dan juga guru kaunseling SMKDC. Kelas PVMA ini adalah kelas Penyajian Makanan.









Velodrom Nasional Malaysia di Nilai

Assalamualaikum,

Semalam juga telah dirasmikan Velodrom Nasional Malaysia kat Nilai. Velodrom ni bersebelahan dengan stadium tertutup Nilai......... Satu lagi mercu tanda kat Nilai............
ucapan oleh Dato' MB Negeri Sembilan
 ada persembahan .......

Azizul Hasni Awang & the gang sedang menguji trek


 My Hero yang pergi ke Velodrom semalam

Tempat lepak terbaru di Nilai

Assalamualaikum,

Semalam, 25.05.2017 dengan rasminya telah dibuka satu lagi tempat menghabiskan duit iaitu Mesamall. Mesamall ni berdekatan dengan office ahkak........... Menurut my colleague banyak kedai yang belum buka lagi. Construction kat tingkat atas yakni apartment/condominium tu masih berjalan lagi, tak siap sepenuhnya. Cineplex belum beroperasi lagi. Lepas ni orang-orang Nilai kalau nak gi tengok wayang tak payah lagi pergi ke Alamanda, IOI Mall or ke Seremban 2, dah ada yang dekat dah..........

Kalau nak ngeteh boleh lah pergi ke Coffee Bean or Starbucks. Nak beli barang dapur Jaya Grocer ada, tapi pilihan ahkak tetap kat Zemart, CS or Mydin, murah pun murah......... Jaya Grocer expensive sikit sebab barang-barangnya kebanyakkan dari oversea.

Since dah buka Mesamall ni, jadi payah kami nak keluar dari simpang empat kat office tu...... Jadi sibuk jalan kat situ.

Ahkak belum pergi lagi ke situ, gambar-gambar ni ahkak ambil dari kawan.
Mesamall dari seberang jalan.

kedai-kedai yang terdapat kat dalam Mesamall setakat ni..........




pemandangan di dalam mall

Sekarang kat Nilai dah banyak shopping complex. Coming soon AEON pula akan dibuka, dan berdekatan dengan Nilai juga kat Kota Warisan, tak lama lagi akan ada pusat beli belah macam JPO. Kat sini nanti akan dikenali sebagai Kuala Lumpur International Outlet. Mitsui pun dah menambah bangunan baru nampaknya.
Nilai dah tak seperti tahun 98 semasa ahkak mula-mula pindah kesini, masa tu satu shopping complex pun tak ada....... yang ada hanya pasaraya Grand Union........ dulu kalau nak shopping kena turun ke Seremban or ke Puchong, sekarang kat depan office pun dah ada tersergam indah Mall, duit ajer yang masalahnya..........

Rabu, 24 Mei 2017

Kenduri Tahlil @ Linggi

Assalamualaikum,

Ramadhan semakin menghampiri............

Setiap tahun sebelum Ramadhan kami adik-beradik akan buat kenduri tahlil untuk mereka-mereka yang telah pergi menghadap ilahi............

Seperti biasa kami buat kenduri kat rumah kampung, kecuali tahun lepas ajer buat kat rumah my sis kat Bandar Sri Sendayan..........

Makanan order ajer kat Taman Tuanku Jaafar, dah 2 kali ambil kat Kakak ni......... Depa sanggup hantar sampai ke Linggi...........

Kenduri buat sebelum Zuhor. Tapi sebelum bermulanya tahlil, yak ni sebelum tok imam datang kami celebrate birthday untuk mereka-mereka yang lahir pada bulan April..........


Decoration yang sempat di buat


antara kek yang disediakan..........


another kek. Meraikan 3 orang yang mana lahir pada bulan April.


birthday untuk 2 hero ni........ dan


Mama Ngah dia orang, yakni My kakak...........


selain kek ada chesse tart,


ada kuih koci juga..........

Jamuan Birthday ni kita orang anak beranak, sepupu sepapat ajer yang celebrate.............

rupa kek yang telah dipotong....
sedap keknya
order dekat Panchor Jaya kalau tak silap......
order by Mak Su...........

Kek yang satu lagi, white colour tu pun sedap
tuuuu my kazen beli kat Harold Bakery.........

seronok menikmati kek kat tangga serambi..........

Dalam pukul 12 bermula lah bacaan yaasin dan tahlil...... Lauk pauk lupa pula nak snap...........

ini lauk kat dalam pinggan ahkak, ada sambal tumis udang, sambal tempoyak, ayam goreng berempah, gulai labu dan ulam-ulaman..........

My gegirl dengan Nek Cu, both Nek Cu...... dua-dua pun pakai colour biru............

hero-hero ni suka sangat makan kat tangga serambi

adik lelaki

anak-anak buah
cucu my sis........

Isnin, 22 Mei 2017

Naib Juara Kawad Kaki Peringkat Sekolah

Assalamualaikum,

My hero mewakili pasukan pengakap lelaki dalam pertandingan kawad kaki, and mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu dan pasukannya terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Masa kat daerah pun kalau tak silap ahkak dapat tempat kedua juga.......