Isnin, 28 November 2022

Aktiviti My Putri: Ke UiTM Shah Alam

 Assalamualaikum,

Cerita My Putri lagi. Kali ini ke UiTm Shah Alam untuk program yang dihadiri oleh PM ke 9, Dato' Ismail Sabri. Program yang dinamakan Idea  Bina Negara Keluarga Malaysia.

Dalam bas
KUPTM dan KPTM
KPTM sahaja

Kat sinilah PM announce  elaun MARA akan di naikkan dan Alhamdulillah janji di kotakan. 
October hari itu dapat elaun yang baru, hampir RM1000.
Mewah budak-budak  ini...
Degree nanti sambung kat KUPTM lah sayang. 
Dengarnya KUPTM dah naik taraf ke UPTM (University Polytech Malaysia).

Selasa ini My Putri start intern.
Intern kat Nilai.
Salah sebuah bank terkenal.  
Apply kat HQ dan Alhamdulillah dihantar dekat Nilai.

Dan result for Semester 6 dah keluar...
Alhamdulillah GPA atas 3.50.
Alhamdulillah juga sepanjang semester 1 hingga 6 GPA nya atas 3.50.

Tapi sayang tak tercapai hajatnya nak buat degree kat oversea.
MARA hanya taja untuk budak 3.90 ke atas sahaja.
Tak apalah sayang, kat Malaysia pun boleh continue degree.

Sabtu, 26 November 2022

Lawatan Sambil Belajar My Putri Ke Bank Negara

Assalamualaikum, 

Mama simpan kat sini untuk tatapan mama dimasa depan. Saat anak-anak menuntut ilmu. Si Hero tak suka forward gambarnya. My putri jer yang rajin forward gambar aktiviti nya. 

Ok, sambung cerita My Putri.

Pelajar-pelajar Islamic Banking and Finance, KPTM  ke Bank Negara untuk lawatan sambil belajar. 



Rakan-rakannya 
Satu kelas satu rumah juga
My Putri

Islamic Banking and Finance students
KPTM Bangi

Who's next???
InsyaAllah 
Tengku Ain Najwa...
Kena belajar sampai PhD lah ya....

Aamiin 

Selasa, 22 November 2022

PRU 15

 Assalamualaikum,

19 November 2022 hari mengundi. 

Bagi anak-anak, ini kali pertama dia orang mengundi. Mereka mengundi  di Nilai, Ayahnya  di Nyatoh, Rantau manakala Mamanya di Linggi.

Mula-mula di Nilai.

Di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai
Mama tunggu dalam kereta ajer.

Hero dan My Putri disini. 
Pukul 9 pagi kami dah sampai.

Punyalah panjang beratur 
My Putri kat saluran 7
Manakala Hero Kat saluran 6

Yang dibulatkan tu lah bilik tempat untuk My Putri mengundi.
Dia orang selesai dalam pukul 11 pagi
After solat Zuhor kami gerak ke Nyatoh, Rantau pula.

En. Suami kat sini 
Lepas selesai En. Suami mengundi, kami singgah rumah MIL.
Dalam pukul 4 petang gerak ke Linggi pula untuk turn ahkak...

Ahkak disini 
Sekolah Kebangsaan Linggi 
Saluran 3, di tingkat 1
Selesai mengundi, singgah rumah kampung sekejap.

Sabtu, 19 November 2022

Aktiviti Anak-Anak

 Assalamualaikum,

Both of them ke Ikea. Naik komuter from Nilai hingga Kajang, then naik MRT ke Cheras yang hentiannya dekat Dengan Ikea.

Pergi berdua ajer, ahkak tak follow sebab badan masih tak sihat lagi disebabkan covid.

KTM Nilai

MRT Kajang




Hasil  memborong di Ikea 

Jumaat, 18 November 2022

Akhirnya Ahkak Tewas Dengan Si Covid

 Assalamualaikum,

Akhirnya tewas juga dengan si covid.  

Balik dari Kelantan pada hari rabu dan masuk kerja pada hari khamis  one of our colleagues tengah demam masa tu and tak ambil MC pun, siap terlentuk kat mejanya. Memang teruk demamnya. Suruh buat swab test pun tak mahu, siap marah kita pula and dia kata dia tak sakit pun. India biasalah kan. 

Hari jumaat tu pula our HOD dah start demam and ahkak masih sihat lagi. Ahkak mula demam pada hari ahad dan terus sakit-sakit badan. Pergi panel klinik dan doktor bagi ubat demam serta MC untuk hari Isnin. Ahad tu belum buat swab test lagi, sebab ingatkan macam demam biasa. Masuk ke petang ahad tu badan makin teruk sakitnya dan tak larat nak hantar my putri balik ke Southville, maka en. Suami terpaksa menghantar my putri. Slowly jer dia drive, kata my putri. Ahkak tak ikut, sebab tak larat lansung nak bangun. 

Ini lah hasil swab test dirumah.
Terus call klinik Salam Nilai untuk set appointment untuk buat RTK.
Hasilnya positif covid.
Quarantine for 5 days.....
My HOD pun positif covid and quarantine juga 

Hari ke 4 buat swab test sendiri dan hasilnya, negative...

Seksanya bila kena covid ni ya..
Tak  larat nak bangun...
Cukup lah sekali jer....
Seksa rasanya......

Rabu, 16 November 2022

Glasshouse Little Klebang

 Assalamualaikum,


Ke Klebang pula pada Sabtu, selepas balik dari Kelantan. Menerima undangan dari sepupu en. suami.

Highway Seremban - Melaka
Banyak kenderaan
slow ajer.........

ke glasshouse little Klebang
guna waze, tah apa jalan yang dibawanya......
melalut jer......
kalau ikut Linggi-Lubuk China-Masjid Tanah-Sungai Udang-Klebang kan senang
Jalan yang biasa kami guna ke Melaka
ini waze suruh masuk Sungai Udang-Ayer Keroh, melalut lah jadinya
tapi akhirnya sampai juga walaupun terlambat....

Balik dari kenduri singgah sini......
anak dara yang request......
ikutkan..........

sekeping gambarnya walaupun dia tak suka gambarnya dipaparkan di sosmed.....

Ahad, 6 November 2022

Terengganu/Kelantan: Day 4 (Last Day)

Assalamualaikum,

Selepas shopping di  Pasar Payang, balik  ke hotel, kemas-kemas, mandi untuk segar kat badan sebelum gerak balik.


Singgah Kemaman untuk menikmati satar 
Hampa.... kedai satar famous tu tutup (kedai Aziz Satar)
So kita makan kat gerai lain
Sedap juga....
Ruang udara Kuantan 
Temerloh (atas jambatan highway)
Sebelum tu singgah R n R Temerloh 
Menikmati gulai ikan patin 

Berhenti juga kat Genting Sempah
Lurus-luruskan kaki

Lalu Karak dengan berhati-hatinya 
Lepas tu kami singgah kat R n R Gombak untuk Maghrib 

Terlepas simpang ke highway MRR2 
Hajat nak masuk MEX (Putrajaya highway)
Terpaksa masuk Bandaraya KL
First time mandu dalam KL
Waze ajer
Alhamdulillah sampai rumah around 10pm...

Alhamdulilah juga ahkak lepas memandu ke Pantai Timur diusia 50+++ tanpa pemandu kedua.

Ke Selatan Tanah Air sudah, ke Pantai Timur pun sudah, next, one day ke Utara pula kita ya.... moga diri ini sihat hendaknya.....

Terengganu/Kelantan: Day 4

 Assalamualaikum, 

Hari ke 4 di  Terengganu. Bermalam semalam di Terengganu. Budget Hotel jer.


Mencari sarapan di Pasar Payang 
Banyak kedai jualan belum buka lagi

Selepas sarapan tembak sekeping dua gambar 

Hasil tangkapan di Pasar Payang 
Dah jom check out
Gerak balik ke Nilai 

Kelantan/Terengganu: Day 3

 Assalamualaikum,

Hari ke3 di Kelantan. My putri  exam MUET hari ini, 11.11.2022 di SMK Zainab 1. Sesi pertama iaitu Speaking.

Exam habis dalam pukul 1.

Lepas exam dan solat kami gerak ke Terengganu pula.



Kami bermalam di Terengganu. Hotel berdekatan dengan Pasar Payang.

Kelantan: Day 2

 Assalamualaikum,

Hari ke 2 di Kelantan.



Akhirnya sampai jua di tempat viral
Kopitiam Kita 
Ramainya orang kat situ
Bagi ahkak biasa saja rasanya 

Lepas breakfast kami ke Pasar Siti Khadijah 
Cuci-cuci mata 

Lalu sini tapi tak berhenti
Just snap dari dalam kereta jer 
Bazar Tengku Anis 
Kalau tak silap 

Ke Pantai Cahaya Bulan pula
Dari Pantai Cahaya Bulan kami gerak ke Pengkalan Kubor pula
Ke kawasan bebas cukai 

Idaman setiap wanita 


Hasil memborong di Pengkalan Kubor 
Coklat ajer 2 plastik 
Dah moh balik 
Nasib tak kena cukai