Rabu, 31 Januari 2024

Bahayanya Typo

 Assalamualaikum,

Chatting pagi ini bersama Najwa.... 
aduhai anak... kesitu pula ayatnya...
Silap satu huruf jadi lain maksudnya.....
Selalu pagi jarang chat dengan dia
Pagi ni chat sebab takut dia terlajak tido 
sebab dia bangun sahur pukul 5 pagi
Takut dia terlelap selepas sahur

Dia post dekat insta storynya
Maka Mak Ngah nya pun

Berbalas chat dengan Mak Ngahnya.....

Majlis Bacaan Yaasin Dan Tahlil Dan Family Gathering

 Assalamualaikum,

Sabtu hari tu ada majlis bacaan yaasin dan tahlil berserta family gathering kat rumah Mak Su di Senawang... 

Sepatutnya nak buat majlis ini kat Linggi, kat rumah kampung....... tapi semuanya takut kalau-kalau ada ular lagi kat dalam rumah tu....... sebab hari tu bomba tak dapat tangkap, tah mana menghilangnya......

Jangan lah  takut nak balik rumah kampung, nanti tinggal gitu jer...... sayang rumah tu........

Ok kita tinggal kan kisah rumah kampung tu...... jom cerita pasal kenduri ini.....

Antara Menunya......

Nasi lemak
yang lambak pun ada......
dah tak larat nak membungkus....

Ayam goreng berempah...

Rendang ayam....

Nasi Impit......

Ada juga kuih muih
tak snap pula
antara kuihnya
cara berlauk
koci
karipap
talam durian
talam biasa dan pelbagai lagi....

tukang membungkus nasi lemak
abaikan meja yang penuh tu.......

anak dara berdua ini dah makan dulu kat dapur.....

antara tetamu yang hadir, besan Kak Ngah


jiran belakang rumah 

jiran kiri kanan rumah Mak Su

Adik-adik ahkak


My Aunties

Adli dengan sepupunya


Ahad, 28 Januari 2024

Bungkus Ajer

 Assalamualaikum,

Khamis kan cuti dan malas sungguh nak masak. Nak rehatkan badan sebab dari Isnin hingga Rabu memang sibuk sangat....  so kita bungkus jer lauk nasi kandar... lauk jer, nasi kita masak....
Kuah nasi kandar

Ayam 

Sayur

Beli lauk nasi kandar ini dekat dengan Klinik Kesihatan Salak
Kat Nilai pun ada, tapi kita gemar yang kat Salak lagi...
Tokey  ini bersaudara, dulu meniaga atas nama nasi kandar lawood kat Desa Cempaka
Sekarang ini atas nama nasi kandar Kak Dah kat BBN
yang kat Salak ni tak pasti apa nama kedainya....

Najwa balik bawa sushi pula


Malam ahkak buat nasi goreng jer....

Sabtu, 27 Januari 2024

Adli Ke Proton Service

Assalamualaikum,

Adli ke proton service untuk mencari barang untuk kereta Najwa...
cap brake oil boleh hilang... tak tahulah macam mana boleh hilang cap tu... nasib boleh beli cap tu ajer, tapi kena tunggu dalam 2 minggu lah.... kena order.... kalau tak 1 set tu jer RM400.... untuk cap tu hanya RM25 sahaja.

Order form

Pusat servis proton Nilai

Hantar whatsapp
Mamaaaa, abang booking ini juga 
M: Gatal hang yaaaa 

Cantik juga S70 ini....
Tolong lah jangan berhutang lagi ya ahkak 
Cukup, cukup, cukup....

Terima Kasih Atas Pemberian

 Assalamualaikum,

Dapat sekotak limau mandarin dan 
sekotak air buah kundur seasons
Kali ini kotak warna kuning
Selalu bukan ke kotak merah.....

Dah hasil dalamnya
Tetap warna biasa
Ingatkan kuning warnanya....
Heheheheeee

Dalam sekotak tu, ada yang manis dan yang masam juga

Terima kasih sekali lagi kepada yang memberi.....

Khamis, 25 Januari 2024

Masak Lemak Cili Api Ikan Sungai

Assalamualaikum,

Ahad hari itu masak gulai ikan baung masak lomak cili api.

Masak lomak cili api ahkak ini tak secantik masakan Suria Amanda lah
Kalau tengok SA masak tu berselera dengan pekatnya dan warna kunyitnya tu...
Ini nak kena belajar dengan SA ni....

Selain ikan baung 
Masak sambal sotong petai
Untuk yang tak makan baung.....

Baung ini ahkak dengan Najwa jer yang makan

Adli Ke Melaka

 Assalamualaikum,

Sabtu hari tu Adli ke Melaka menghadiri jemputan kenduri kahwin kawan satu sekolah masa di Nilai. 

Hantar whatsapp bukti kan yang dia dah sampai kat rumah pengantin

Bergambar dengan pengantin 
Kawan-kawan pengantin yang hadir
Ada dari Nilai, JB dan Singapura
Dari JB dan Singapura tu sebab dah bekerja kat sana
Anak-anak teruna ini masa zaman sekolah selalu lepak kat rumah
Ahkak jenis yang tak benar anak keluar bebas
Tapi kalau kawan nak datang kerumah, ahkak tak kisah....
Mereka ini duduk sekitar taman perumahan kami....


Malam tu dia orang bermalam di Melaka
Ahadnya berjalan sakan dia orang kat Melaka.......

Cendol BMI Nilai

 Assalamualaikum,

Kat Nilai ini ada 2 cawangan cendol BMI ini.... satu kat Pekan Nilai dan satu lagi kat Messa Mall. Selalu pergi yang kat Messa Mall sebab dekat dengan rumah...

Sabtu hari tu kami ke AEON Nilai dan lepas tu en. Suami ajak ke Pekan Nilai, pekena cendol dan mee goreng katanya.... kami follow jer....

Parking kat sebelah Masjid Pekan Nilai
Sebelum pekena cendol, anak dara suruh bergambar dulu kat tugu tu...
Entah mengapa mengetap bibir lah pula....

Cendol  with jagung

Cendol with pulut

Maggi goreng Najwa
Mee goreng en. Suami tak snap pula

Rojak dah RM7.00 ya

Cendol bmi pekan Nilai 

Ahad, 21 Januari 2024

Najwa: Minggu Ke Tiga Di Hostel

 Assalamualaikum,

Isnin

Dinner
Pizza jer

Rabu

Ke program hangout club fair
Najwa joint kelab bola tampar

Petang tu minta kebenaran nak pergi My Town
Pergi dengan rakan sebilik
Pergi makan kat Dubuyo

Singgah beli ini

Ini air yang dia beli 

Peminat green tea

Balik ke hostel hadap jammed 
Orang balik kerja kan
Dekat pukul 8 baru sampai 
Terkejar-kejar untuk Maghrib 

Khamis
Buat mushrooms soup 
Cicah roti
Makan ini ajer katanya
Sebab rabu dah makan besar (dubuyo)
Nak jimat duit katanya

Jumaat balik Nilai. Hadap jammed juga kat Mex. Lenguh kaki katanya.... hai adik, kereta auto pun sakit kaki ke...

Buah Harga Kayangan Dah Kembali

 Assalamualaikum,

Rabu ke pasar malam Pekan Salak. Mencari makanan untuk makan malam.... malas lah pula nak memasak... Beli simple- simple ajer....

Nampak Buah ini
Favourite buah
Terus beli
Beli setengah kilo jer
Buah baru keluar ini mahal lah harganya

Beli anggur juga
Adli seorang jer yang makan
Tak berani nak makan takut gula tinggi

Beli ini juga
Semua beli setengah kilo jer
Adli dan En. Suami tak berapa makan longan ini
Yang gemar Najwa, tapi dia kat hostel
Najwa balik hari Jumaat dapat lah merasa kundang siam dan longan tu....