Ahad, 22 Jun 2025

Suatu Ketika Dulu

 Assalamualaikum,

Mengemas rumah, nak buang barang-barang yang tak pakai, terjumpa pula name card/business card masa bertugas di KBB.....

Setelah 27 tahun meninggalkan KBB, masih cantik lagi name card ini tersimpan....



Simpan kat sini buat kenangan....


Isnin, 16 Jun 2025

Service Pertama Si Maroon

 Assalamualaikum,

Sabtu hari tu bawa si Maroon service... service pertama buat si Maroon.... 

Kena booking dulu ya....


tukar minyak hitam jer... tu pun kena RM180..... 
pihak Proton hari tu ada suruh tukar beberapa barang, tapi kami tak tukar lah.... baru sebulan dah disuruhnya tukar..... tak ada jalan jauh mana pun si Maroon tu... pergi kerja balik kerja jer...
Next service baru tukarlah....

Isnin, 9 Jun 2025

Hari Raya Qurban Kami

Assalamualaikum,

Raya haji kami raya kat rumah masing-masing. Rumah kampung tak buka....
Lepas sembahyang raya kami sekeluarga gerak balik Kuala Sawah, rumah MIL...

Sampai-sampai kena masak
Adik ipar yang di PD tu pun baru sampai, tak sihat pula tu....

Ohh kome, deghoyan dah berbuah (lirik lagu asal dah berbunga ya)
Nanti boleh buat tempoyak....

Lapas makan tengahari
Lepas kemas dapur
Ahkak, Adli dan Najwa gerak balik Sendayan pula
En. Suami tido kampung

Sedara kami yang datang berziarah....

Adik kami Ita qurban tahun ini....
Itu yang dia suruh kami datang ambil daging....

Sabtu, 7 Jun 2025

Ole-Ole Dari Cameron

Assalamualaikum,

Baru ada kesempatan nak post n3.... ahkak is busy to release result students.... banyak prosesnya before release results.... Dean's List pun ramai, walaupun kat NU GPA above 3.70 untuk melayakkan dapat Dean's List.... kalau program Aircraft Engineering, GPA 3.85 baru layak untuk Dean's List..... melalut lah pulak..... ok sambung balik cerita ole-ole yang dapat.....

Ini dia ole-ole dari Cameron Highland
Dia tahu ahkaknya gemar asam strawberry, sampai 2 bekas dia bagi.....
Thank you Shidah.....

Rabu, 4 Jun 2025

Ke Linggi

 Assalamualaikum,

Sabtu balik Linggi sekejap....
Balik Linggi tapi tak singgah rumah kampung
Lalu jer....

Kami ke Waghih Salai, Kundur 
Walau banyak gerai makan salai kat area situ seperti gerobok salai, dayang salai dan perbagai nama lagi, tapi waghih salai tetap pilihan anak-anak....

Air jando pulang
Setiap kali ke gerai ini pasti order air ini
Sedap
Yang famous kat Pilah tak pernah cuba lagi
Sama ke warnanya.....



Sorry lah....
Gambar dah licin diambilnya
Sebab dah kelaparan
Skip sarapan....
 tu yang tak sempat nak ambil gambar makanan....
Yang pasti gulai itik salai pasti akan dicedok.....
Tak lupa juga gulai perut sama dengan rebung, serta
Ikan keli berlado....

Isnin, 2 Jun 2025

Majlis Doa Selamat Buat Dato' VC

 Assalamualaikum,

22 May hari tu, kami kakitangan beragama Islam telah menganjurkan majlis doa selamat buat Dato' VC sempena berangkatnya ke Tanah Suci Mekah.... 
Majlis diadakan selepa pukul 5 petang....
Simple majlis jer.....
Tak ramai staff yang beragama Islam yang hadir
Ada yang terus balik.....

Dato' VC



Dato' VC

Antara menu petang tu...
Bubur jagung
Kuih koci
Karipap kita goreng kat situ....
Puding
Buah-buahan
Ubi rebus - ubi tu kita rebus kat situ juga
Sambal tumis
Kelapa parut campur gula
Keropok Terengganu - kita goreng kat situ juga

Kuetiow- ini kita order

Cekodok bawang 
Lempeng pisang
Lempeng biasa
Semua kita masak kat situ juga
Bancuhan Mak Ms. Rena yang buat
Pisang goreng by our Chef....


Orang kuat majlis









Kita jemput juga staff yang bukan beragama Islam 
Ramai juga yang hadir





By 6.30 semua settle
Kemas-kemas dan terus balik

Masa kami tengah setup majlis
New chairman and team from China masuk 
Tacut kami.... nanti dia ingat kita free jer...
Maklum lah dia orang ni dari daerah yang majorities K_ _ _ _ _ _
Staff berbangsa cina Malaysia yang bagitahu kami.....

Hope semuanya baik-baik ajer buat kami.....

Sabtu, 31 Mei 2025

Akhirnya.....

Assalamualaikum,

Since Disember tahun lepas menunggu pengumuman....
akhirnya pada 28.5.2025, kami sah berpindah kapal.... 
dari kapal Malaysia ke kapal China.....

Tak tahu cara management baru ini.... tegas sangat ke tak... 
tunggu dan lihat jerlah....


Selasa, 20 Mei 2025

Kek Pisang

 Assalamualaikum,

Kek pisang by Najwa.
Percubaan pertama kali

tiba-tiba dia teringin nak kek pisang
nasib bahan-bahan ada kat rumah.....

tengah naik keknya

masak dah


sedap
nanti boleh buat lagi dik.......

Day 4: Bye Bye Machang, Kelantan

 Assalamualaikum,

Hari Keempat, kami dah siap-siap nak gerak balik ke Negeri Sembilan....
4 families  ikut jalan Gua Musang
2 families ikut jalan Kuala Trengganu.... dia orang nak singgah Terengganu.....

Tapi sebelum berpecah kami sarapan dulu di Pekan Machang.

sebelum gerak
acara wajib
bergambar dulu
sepanjang 4 hari 3 malam kami menginap di Sri Kemuning Homestay Machang
kita ambil 3 homestay....

Pekan Machang di waktu pagi.......


kami bersarapan di Pekan Machang
gerai sebelah Masjid
makanannya sedap-sedap dan murah....

selepas sarapan kami terus gerak
dan pit stop kami yang pertama ialah di  rnr Gua Musang........

Lepas Gua Musang, yang lain-lain  singgah di Lemang To'ki kat Bentong
ahkak tak joint singgah sebab anak-anak nak singgah kat Genting Sempah
Bila sampai Genting Sempah, full parking so we terus kan perjalanan sehingga hentian Gombak
Sampai rumah around 6 pm, sebab jammed kat Lekas.......

Habis dah cerita Kelantan kami.....
tapi Jumaat lepas, Adli ajak ke Kelantan lagi
tak puas katanya....
tunggu dulu lah sayang.......
penat jalan jauh-jauh ni.......