Kalau dah jadi ulat buku nanti kopaklah duit aku, asyik nak beli novel aja............... haruharu..............
Tak apa, demi nak menanamkan minat membaca pada anak-anak bertuahku, aku sanggup sama membaca. Rajin-rajinlah membaca ya anak-anak bertuahku, bukannya jadi simpanan dalam almari buku-buku cerita yang ibu beli untuk kamu berdua ataupun just ambil nama authornya saja untuk projek Nilam Sekolah kamu................
Melalutlah pula........... Balik kepada koleksi novel aku ini, the first novel yang aku ada/baca ialah Bidadari Hujan. Penerbitnya Jemari Seni. Novel ni pun aku dapat free.... Free sebabnya penulis novel Bidadari Hujan ini adalah adik ipar ku... Walaupun dah lama bagi padaku, baru bulan Januari ini ada kesempatan untuk membacanya, itupun aku baca novel ini kat klinik, sementara menunggu giliran aku dipanggil oleh doktor, aku bacalah novel..... taklah sakit hati menunggu lama.........
Lepas dari inilah, minat untuk membaca novel menjadi-jadi pula................
Tadi, waktu lunch hour aku gi popular book, terbeli pula M. A. I . D. Popular ada bagi diskaun. Kalau ikut harga asalnya RM26++, selepas diskaun dapat RM18++, so tangkaplah novel ni, walaupun belum gaji lagi................







Berendam sakanlah anak-anak bertuahku. We all keluar dari Water Park tu dalam pukul 7.30 malam. From Marina Water Park tu nak keluar hingga ke simpang depan TLDM flat tu punyalah jammed, berderet-deret kereta nak keluar dari Teluk Batik. Drop by kat Masjid tepi jalan, sebelum dinner kat Azmi Seafood, Teluk Muroh. Service yang terlalu teruk kat Azmi Seafood ni..... 2 jam baru dapat makanan yang diorder....... Bila makanan sampai, tak ada mood nak snap gambar......
Membebel lah aku kat budak pelayan tu..... Siap tanya berapa orang tukang masak kat sini? Ambil masa sampai 2 jam lebih baru nak hantar makanan.... Hantar makanan yang dah sejuk pula tu...... Geram betul aku...... Next time tak akan ku jejak lagi Azmi Seafood ni walaupun makanannya boleh tahanlah........
 

