Jumaat, 24 Jun 2011

Koleksi Novelku

Baru ada tiga novel dalam simpananku. Ini pun tak tahu macam mana boleh minat nak membaca novel pula...........

Kalau dah jadi ulat buku nanti kopaklah duit aku, asyik nak beli novel aja............... haruharu..............

Tak apa, demi nak menanamkan minat membaca pada anak-anak bertuahku, aku sanggup sama membaca. Rajin-rajinlah membaca ya anak-anak bertuahku, bukannya jadi simpanan dalam almari buku-buku cerita yang ibu beli untuk kamu berdua ataupun just ambil nama authornya saja untuk projek Nilam Sekolah kamu................

Melalutlah pula........... Balik kepada koleksi novel aku ini, the first novel yang aku ada/baca ialah Bidadari Hujan. Penerbitnya Jemari Seni. Novel ni pun aku dapat free.... Free sebabnya penulis novel Bidadari Hujan ini adalah adik ipar ku... Walaupun dah lama bagi padaku, baru bulan Januari ini ada kesempatan untuk membacanya, itupun aku baca novel ini kat klinik, sementara menunggu giliran aku dipanggil oleh doktor, aku bacalah novel..... taklah sakit hati menunggu lama.........

Lepas dari inilah, minat untuk membaca novel menjadi-jadi pula................

Tadi, waktu lunch hour aku gi popular book, terbeli pula M. A. I . D. Popular ada bagi diskaun. Kalau ikut harga asalnya RM26++, selepas diskaun dapat RM18++, so tangkaplah novel ni, walaupun belum gaji lagi................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan