Rabu, 27 Februari 2013

Petang semalam banjir kilat near to my office

Assalamualaikum

Ni kejadian petang semalam. Banjir kilat kat are jalan Desa Kasia. Kat area sini kalau hujan lebat ajer sure tenggelamnya..... aku tak lalu jalan ni.... aku belok ke kanan, so selamatlah sampai ke rumah......


Selasa, 26 Februari 2013

Dah dapat dah apa yang dihajatinya

Assalamualaikum

Haaaaa, dah tercapai dah apa yang di impi-impikannya........ dah dapat pancing, sekarang ni pula sibuk ajak kami ke Johol bila munculnya Sabtu dan Ahad, kerumah Nek Langnya untuk memancing. Dah leka nak memancing ajer kerjanya. Pancing ni berjenama seahawk..... suka sangatlah dia...... siap cakap ni boleh gi pancing kat laut ni....... Yalah Abang, nanti kita gi pancing kat Lumut ya!!!!.....

Tapi pancing ni aku tak tinggalkan kat rumah. Aku letak kat bonet kereta, so bila aku pergi kerja, aku bawalah sekali pancing tu...... Kang kalau aku tinggalkan pancing tu kat rumah (diakan sekolah sesi petang), buatnya dia dengan kawan-kawannya pergi ke tasik depan Cempaka Court tu tak ke nahas namanya. Dahlah tasik tu 2 tahun lepas makan 3 nyawa sekali....... Budak-budak yang lemas tu pergi memancing waktu mak bapak dia orang gi kerjalah.......

Bak kata arwah omak aku "Biar dia menangis, Jangan kita yang menangis". Dia menangis kejap ajer, kalau kita yang menangis kang bertahun-tahun........ Beringat-ingat dahulu........ sesal kemudian tak ada gunanya kan?????
 leka dengan pancingnya...... kalau boleh nak dibawa tidur olehnya......
Ahad ni ada pertandingan memancing kat Putrajaya, dah merengek-rengek ajak kami ke sana. Ada kawan sesama kelas dengannya joint pula pertandingan tuuuuuu. Tu yang buatkan ia beria-ia nak joint pertandingan tu..... Kawannya ni ada datang kerumah petang semalam, datang nengok pancingnya, lagilah aku tak akan tinggalkan pancing tu kat rumah...... biar dia menangis.......jangan aku yang menangis........

Isnin, 25 Februari 2013

Balik Kg. en. suami lagi....

Assalamualaikum,

Kalau adik-adik aku baca blog aku ni sure dia orang kutuk aku...... Mesti dia orang akan berkata " balik Linggi tak nak!!! asyik-asyik balik Kuala Sawah ajer"........ jangan marah!!!! terpaksa !!!! huhuhu....... nak buat camnerkan!!!! Driver dah ajak balik ke rumah maknya ikutkan ajer lah kalau tak kang jadi isteri derhaka............ huhuhu......... Lagi pun omaknya tinggal sorang sekarang.......

Sesampai ajer kami kat rumah MIL and park kereta depan rumah maka sampai ajerlah ketua pemuda U (tak nak letak full name coz my blog bukannya blog politik )Kuala Sawah ke rumah MIL untuk mencari en. suami dan menyerahkan sekeping kad jemputan ke perasmian pr1ma peringkat Negeri Sembilan. Suruh kita orang pergi ke perasmian tu sebab tok jib turun...... pergi meramaikan katanya......... Bagi kad ajer???? kalau bagi rumah sebijik naklah pergi!!!! Kami tak pergi pun semalam, tak kuasa nak bersesak-sesak der.......

Sebelah petang semalam dapat pula jemputan ke minum petang katanya kat bilik gerakan BN kat tepi sungai Kuala Sawah tu!!!! siap datang berjemput ke rumah lagi tu !!!! terdesak sangat nampaknya.......... Yang ni kami pergilah...... meramaikan......... kalau tidak kang kerusi ajer yang dengar dia orang berceramah............ Mana tak terdesaknya dia orang ni, sebab kat Kuala Sawah ni U--- terbagi kepada 2..... ada 2 puak lah tu....... sedangkan sesama parti dan sekampung tu pun berpuak-puak...... tak faham aku der......... masa ceramah tu berkobar-kobar, melayu jangan berpecah-pecah tapi dia orang sekampung tu pun berpecah-pecah....... ketua kepada kedua-dua puak tu adalah kawan en. suami so bila dia orang jemput kami pergi ajer......... sekadar memenuhkan kerusi ............

Yang pastinya kami tak berminat dengan politik ni.......... hanya memenuhi jemputan ajer........ sambil-sambil tu mencuba untuk mendapatkan rumah PPRT jugak......... nyelam sambil minum........ hehehe.........
 dimulai dengan bacaan doa....... oleh siapa??? aku tak kenal????
 lepas tu disusuli dengan lagu Negara Ku, lagu U--- dan satu lagu lagi aku tak ingat pulak tajuknya....... hahaha...... handal orang-orang tua Kuala Sawah duk menyanyi....... aku tak kuasa nak nyanyi der...... kerja aku snap gambar untuk diupload kat blog aku ajer........
nilah ramainya yang hadir pada ceramah petang tu........... lebih kurang 30 orang ajer..........
 
 lepas tu dimulai dengan ucapan ketua pemuda U--- Kuala Sawah, Talib Sulaiman....... Dia ni dulu penyokong tegar pembangkang now dah balik ke bn balik since tok mat jadi mb NS........ banyak projek yang tok mb kasi kat dia ni.......... salah satunya projek PPRT tulah........ dulu kerjanya sebagai bell boy ajer now dah pakai hilux.............
 yang ni penceramah jemputan.... cikgu SMKGV.... nama tak tau...........
 hujan turun dengan lebatnya beserta dengan angin kencang masa depa duk beri ceramah..... kecut gak perut aku.... kot tak pasal-pasal nanti keluar kat surat khabar hari Isnin muka aku yang cute miut ni sebab tercedera masa duk gi dengar ceramah kat Kuala Sawah pasai di hempap dik atap-atap pondok bilik gerakan........ hehehe....... jangan marah.........
ada juga yang terlelap tu.......
 lepas tu dijamu dengan mee goreng............
 karipap........
kebun nenas...........

Jumaat, 22 Februari 2013

Aktiviti Ahad lepas

Assalammualaikum

Bila dah balik kampung maka dengan pastinya en. suami akan membersihkan sekeliling rumah emaknya. So pagi-pagi Ahad yang lepas iaitu selepas breakfast (Ahad lepas buat breakfast Mee goreng ya!!! bukannya Nasi goreng tau!!!!  Aku sebut mee goreng ni sebab my sis yang kat Pandan tu asyik kutuk aku, kalau aku balik rumah MIL aku dia kata menu aku hanya nasi goreng ajer......) Ok sambung balik.... lepas breakfast tu maka en. suami and my gegirl pun memulakan tugas depa untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah tu..... my gegirl menyapu daun-daun yang berselerakan while en. suami pula memesin rumput..... aaaakkkkuuuuuu........ hanya memerhatikan ajer........
 rajin my gegirl........
kawasan sekeliling bukannya kecik..... luas pulak tu...... penat depa...... ada adik en. suami yang lelaki duk kat rumah tu, tapi hampeh....... malas nak memesin rumput......

Khamis, 21 Februari 2013

Anak bujang yang kebosanan

Assalammualaikum,

Sabtu lepas balik ke kampung en. suami kat Kuala Sawah. Sampai pun dah dekat pukul 6 petang.... hero aku ingat adalah sepupunya yang kat PD tu balik....... hampeh....... so mainlah bola tu sorang-sorang abang hoi.......
 pekan kuala sawah yang sunyi sepi........

 si abang yang tengah kebosanan.........

Rabu, 20 Februari 2013

Happy Birthday Zadza Zarazilah

Assalammualaikum,

Hari ni Birthday Zadza, lecturer in our school/department....... kita orang celebrate dia...... surprise punyalah...... terkejut badak dia........ birthday yang keberapa, aku tak pastilah pulak.........
 Kek Secret Recipe.........
Actually si Zadza ni wife kepada sepupu aku, menantu pak cik aku............

Entertain visitors from Denmark

Assalammualaikum,

Jumaat lepas, our school menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Denmark yang datang membuat lawatan ke Nilai Uni. Kalau my boss dah involved dalam kunjungan pelajar ni,  maka aku pun turut sibuk lah jugak...... our school di arahkan untuk menperkenalkan budaya Malaysia kat dia orang...... last minute punya instructions, so maka main tangkap muat ajerlah...... janji ada.......
 antara tetamu yang hadir.......
 duk memperkenalkan our Malaysian Dress baju kurung and kuih ketayap kat dia orang........
 antara students yang take part (terpaksa) dalam memperagakan pakaian di Malaysia......
selain kuih ketayap, kita orang bagi dia orang merasa chappati dan Tossai juga..........

Selasa, 12 Februari 2013

Birthday Party my gegirl yang amat ringkas

Assalammualaikum,

Genaplah usia putriku 11 tahun pada 11.02.2013. Sibuk suruh aku buatkan birthday party untuknya. Dia nak jemput kawan-kawannya.... untuk tidak menghampakannya aku belikan ajer kek, nugget and fries dan celebrate birthdaynya kat rumah Mak Ngahnya di Angsana Hilir..... Invite sepupu sepapatnya.......untuk kawan-kawannya budget tak ada cukup....... Mak Ngahnya pula sponsor pizza, ayam goreng, garlic bread and mushroom soup..... makan anak beranak ajer....

Before potong kek, anak-anak semuanya terjun pool dulu, dalam pukul 4 petang dia orang naik dengan kelaparan.... tak sempat potong kek dia orang dah melantak pizza ngan ayam goreng dulu........
 en. suami mengeluarkan kek dari kotaknya.......
 garlic bread.......
 keknya.......
 pizza.......
 anak-anak my bro yang duduk kat Melawati........
 Ayam goreng..... tak sempat nak susun cantik-cantik kat dalam pinggan....... dengan mangkuk sekali angkut ke depan...... tak apalah.... anak-beranak ajer yang duk makan........
 birthday girl dengan sepupu-sepupunya........
 anak my bro....... dah tau rumah Mak Ngah ada pool tak nak bawa swimming suit, kan dah kena pakai baju Pak Ngah dah........ pakai baju ajer seluar tak ada........ nasib shirt tu labuh........
 upacara memotong kek oleh birthday girl, sebelum tu en. suami duk baca doa selamat.........
 Daniel with Farid......
 Mak Ndak yang tengah duk menceduk mushroom soup untuk anak-anak......
masing-masing kelaparan sebab asyik berendam dalam pool ajer........

Jumaat, 8 Februari 2013

FM

Assalamualaikum,

Dapat FM lagi, kali ni FM Krabi, Thailand. Dapat dari lecturer bahasa inggeris yang gi bercuti ke Phuket and Krabi...... Thank you sir........

Rabu, 6 Februari 2013

Hajat di hati nak ke Johor tapi akhirnya ke Johol ajer......

Assalamualaikum,

Mood nak berblog dah kelaut......... Penantian ni satu penyeksaan....... memandangkan  ada n3 yang tak publish lagi so kenalah kuat kan semangat untuk menyiapkan n3 ni...........

Ni aktiviti masa cuti Thaipusam hari tu...... planned asal nak ke Johor, tapi atas sebab - sebab tertentu hanya dapat menjejakkan kaki ke Johol ajer..... tu pun ke Johol sebab sepupu en. suami mengkahwinkan anaknya.... kalau tak terperap ajer kat kampung en. suami and duk mesin rumput keliling rumah ajerlah.... Rumah sepupu en. suami ni kat Selaru, Kuala Pilah tapi kalau ikut Kg. Batu, Rembau tu dekatlah, sebab Selaru ni belah atas Pekan Dangi ajer...... ni first time aku sampai kat Selaru ni........ Gambar masa wedding tak ada ya, tak teringat nak snap....... lepas majlis kenduri, another sepupu en. suami ajak ke rumah maknya kat Air Mawang pula. Kat Air Mawang, rambutan, manggis, kundang baru ajer masak ranum..... apa lagilah angkut bawa balik........ di samping tu anak-anak aku duk leka memancing pulak..... mula-mula dia orang tak nak singgah rumah Nek Lang dia orang, bila dah dapat pancing and asyik dapat ikan dah tak nak balik pula dia orang..... dah leka duk memancing........ banyak juga hasil tangkapan dia orang.........
Kolam ni milik mak saudara en. suami...... banyak juga kolam ikan kat sini.......
 hasil tangkapan pertama si Abang......... sanggup berpanas tu..........
 en. suami pun duk mencuba....... tapi tak dapat pun............
 my putri also and mengenalah pula...........
 tuuuuuu Abang dapat lagi sekor............
 anak sepupu en. suami........ pun dapat juga.........
 lagi seekor yang Abang dapat........
 Kolam ikan tu..........
 hasil tangkapan dia orang....... bakar ajer, cicah dengan air asam, seddddaaaapppppp..........
 buah rambutan yang kita orang bawa balik.... manggis pun ada, tapi tak bawa balik sebab my putri makan habis kat situ ajer........ kundang pun ada, manis kundangnya..........
ni pun kita orang angkut bawa balik.........