Rabu, 17 Jun 2026

Appointment Terakhir Di Oftalmologi HTJ

 Assalamualaikum,

Menguji kesabaran appointment mata kali ini.
Temujanji doktor pada bulan Mei hari tu....


Sebab apa akak cakap menguji kesabaran???
Sebab
Tempoh menunggu tu terlalu lama
Ambil nombor pukul 9.08 minit pagi
Dapat jumpa doktor pukul 1.30 petang
Menunggu dalam kelaparan, sebab tak breakfast...
Selalu cepat, kali ini HTJ memang sidai betul...
Dari sepenuh-penuh orang dekat klinik oftalmologi,
 tinggal akak bertiga dengan patient lain yang belum di panggil lagi...

Bila nombor di panggil dalam 1.30 pm,
Masih kawal kemarahan lagi
Once doktor dah check and cakap semua dah okay, 
dah setahun ulang alik hospital doctor kata tak ada nampak luka lagi di retina
Soooooo
Akak cakap dengan doctor tu, if dah okay you discharge me

Saya tak sanggup nak tunggu  berjam-jam
Buang masa saya, masuk jumpa doctor sekejap ajer, menunggu berjam-jam
Doctor cakap kami kekurangan doctor hari ini
Patient ada 200++ hari ini katanya
Then akak cakap, kenapa tak schedule ikut kemampuan doktor yang bertugas!!!

And then dia discharge akak
So tak perlu berulang ke hospital lagi....

Tapi doctor cakap, kalau ada apa-apa kena pergi Klinin Kesihatan dulu
Ambil surat
Dan baru datang ke pakar....

Okay doctor,
 doa kan mata saya okay ya...

Terima kasih doctor oftalmologi kerana merawat mata saya
Kena laser hidup-hidup tu yang tak tahan

Salam Maal Hijrah

 Assalamualaikum,


Ahad, 7 Jun 2026

Benteng Cempaka

 Assalamualaikum,

Khamis baru ini, disebabkan malas masak, lepas kerja terus ke benteng Cempaka untuk cari makanan untuk dinner.

Benteng Cempaka ini buka dari Sabtu hingga Khamis dari pukul 5 hingga habis...
Jumaat tutup untuk bagi laluan pasar malam pula

Disebabkan gerai Char Kuetiow baru buka, kami jalan-jalan ke gerai yang lain dulu...


Nampak jagung cheese
Beli...
RM12


Jumpa gerai popia
Beli popia cabonara 
Seketul RM2
Beli 5 ketul
Beli juga popia daging 
Seketul RM 1
Beli 5 ketul juga

Patah balik ke gerai Char kuetiow 
Order
Char kuetiow 
Nasi goreng daging 2

Lupa pula nak snap gambar....
Alhamdulillah 
Kenyang.....



Selasa, 2 Jun 2026

Thank You Anak-Anak

Assalamualaikum,

Dah lama terperam dalam gallery, dan dah masuk bulan Jun baru nak post n3.

Sekali lagi, terima kasih anak-anak, belanja Mama kek sempena ulang tahun kelahiran mama....


Kek from Adli dan Najwa
Ini sehari sebelum tarikh ulang tahun kelahiran

Dan ini pula
Najwa belanja Secret Recipe

Terima kasih anak-anak Mama
Semoga di luaskan rezeki kalian berdua.... Aamiin.....

Majlis Silaturahim Cucu Cicit Piut Nenek Jemiah & Nenek Tokah

 Assalamualaikum,

Majlis diadakan di rumah arwah Makcik Ani, Kuala Sawah
Kehadiran tak seramai tahun lepas.... cuti panjang kan, ramai yang pergi bercuti


Dua gambar di atas adalah pada majlis tahun lepas
Tahun lepas buat dekat rumah MIL
Gambar ramai-ramai tahun ini belum dapat lagi...



Sesi berkenalan
Omak-omak kenallah
Anak masing-masing ada yang tak kenal 
Selesai memperkenalkan diri, kami menjamu selera....

Caterer biasa lah, Afiq Catering
Tambahan lauk
Gulai Tempoyak
Sambal ikan bilis

Ada kambing golek juga
Antara yang hadir

Me
Panas litlat kau

Najwa tak ikut sebab dia masih sakit kat tulang punggungnya tu
Bila duduk sakit katanya

Pinggan saya
Keli goreng berlada
Ayam goreng berempah
Kari daging
Gulai tempoyak
Sambal ikan bilis
Dan ada juga ulam ulaman beserta sambal belacan 

Kambing golek

Mushroom soup

Selesai majlis silaturrahim untuk tahun 2026