Sabtu, 30 November 2013

Ole-Ole dari Mekah

Assalamualaikum,

Dah lama dah nak upkan n3 mengenai ole-ole dari Mekah ni, tapi tak ada kesempatan..... busy sangat......

Ini pemberian dari adik aku yang baru pulang dari menunaikan haji tempohari........
sejadah
inai, celak, minyak wangi dan compact powder........
jubah for my hero Adli........
jubah untuk aku........
 sejadah dan begnya untuk my gegirl Najwa........

Terima kasih daun keladi Mak Ngah..........

Bersantai kat Angsana Hilir

Assalamualaikum,

Ni cerita lama, kalau tak silap aku kita orang ke Angsana Hilir ni one week selepas my sister balik dari Mekah. Gi ziarah dia orang..... bila dah kesini anak-anak surelah terjun ke pool, tambah-tambah lagi sepupu -sepupu dia orang yang kat Kajang tu pun ada..... dia orang kat pool sambil ditemani oleh en. suami.......
snap gambar dari beranda rumah my sis ajer....... tak kuasa aku nak turun ke pool tu.......

Appreciation Tea

Assalamualaikum,

Appreciation Tea ni untuk kita-kita orang yang dah penat bertugas pada FLC 2013 tempohari........ Jamuan ni pada hari Jumaat lepas........
antara hidangan pada petang tu........
antara yang hadir......
dapatlah certificate........ bertambah lagi koleksi certificate aku.........

Jumaat, 29 November 2013

Legaaaaa, selesai sudah event 2013

Assalammualaikum,

Event ni dah lama selesainya, tapi disebabkan terlalu busy so tak ada masa nak mengepos n3 terbaru...... yalah bila dah selesai sesuatu events tu kena post mortemlah, so kenalah siapkan report untuk post mortem pulak!!!! kena compile students feedback report dan sebagainyalah....... Cerita persiapan event ni disini.

Ni aku upkan n3 untuk ketiga-tiga hari tu.... dah tiap-tiap tahun organise event ni, so boring pulak nak menceritakan day by day....... sekali harung ajer aku buat...... lagi pun tak banyak pasal camp ni..... aku lebih banyak ambil gambar makanan ajer.........

Day 1
Kena ada kat Nilai Springs Resort Hotel by 7.00 am. Oleh kerana menyiapkan makanan satu hari untuk anak-anak, jadi lewatlah aku sampai. Sampai around 7.30 am. Mesti siapkan breakfast, makan tengahari dan malam sekali untuk dia orang..... kang omaknya sedap-sedap makan kat Nilai Springs, anak kebuluran kat rumah. Dia orang tinggal berdua ajer pada hari tu...... en. suami pun kerja pula pada hari tu........
First day memang hari sibuk buat aku..... everything kena buat.......
sibuk-sibuk pun sempat berposing jugak........
ni menu breakfast pada hari pertama....
breakfast with committee.......
yang kat atas-atas tu menu for lunch.........
lunch with teman-teman committee........ kita orang rasmikan dulu.... breakfast, lunch, tea time mahupun dinner, committee dulu yang kena makan sebelum participants........
dessert during lunch........
ni pula during tea time....... naik berat badan akak, asyik duk makan ajer.......
 opening ceremonynya dalam pukul 4.30 pm. performer dari NU......
 antara VIP yang hadir ialah wakil dari MOE, our canselor, naib canselor dan YAMTA.
 yang pegang mike tulah YAMTA (Yg. Amat Mulia Tunku Ali Ibni Tuanku Mukhriz, Tunku Besar Sri Menanti)

Gambar menu masa dinner tu tak ambil pun...... menu yang hampir sama masa lunch.........

Day 2
Day 2 aku tak duty dan big boss pun cakap tak perlu datang. siap suruh aku rest lagi....... dan seperti tahun-tahun sebelumnya, day 2 memang aku off.  sebab day 2 ni tak banyak kerja admin yang perlu dibuat....... participants banyak kat dalam bilik discussion dah on day 2 ni....... tapi masa aku on the way balik ke kampung dapat called suruh datang kerja..... dari second boss. ada urgent matter yang perlu diselesaikan katanya........ akak dah on the way balik kampung and big boss dah cakap tak perlu datang, tak dapatlah esei nak nolongnya...... hang settle lah sendiri........

Day 3
Day 3 aku terus ke hotel......... hari ketiga ni adalah hari terakhir camp...... so macam-macam kena buatlah!!!! sebelum buat kerja, kita breakfast dulu.........
 breakfast pagi tu......... aku ambil bubur ajer......... ada macam-macam menunya......
 hari ketiga ni, kami di arahkan makan kat tempat VIP. Sebenarnya dari Day 1 lagi kami diarahkan makan dengan VIP, tapi kami mengelat........ tak kenyang makan dengan VIP ni, tak boleh nak ulang-ulang........ so hari ketiga tu makan kena kuranglah.........nak ambil gambar makanan pun segan bila duduk bersama-sama dengan VIP ni.......

Isnin, 25 November 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat isteri sahabat en. suami yang telah kembali kerahmatullah pada petang semalam. Isteri beliau meninggal akibat kanser payudara. Baru saja kami menziarahi beliau di Hospital Putrajaya.

Kami dapat called semalam dalam pukul 4 petang. Disebabkan kami tiada di Nilai pada masa tu, jadi kami menziarahinya pada belah malam. Selepas Isyak baru kami gerak terus ke rumahnya di Banting. Jenazah dikebumikan pada malam tu juga, selepas Maghrib..... Masa kami sampai, dia orang baru saja balik dari tanah perkuburan...

Kami pernah bercuti bersama-sama beliau sekeluarga disini, disini dan disini juga...... Tinggalkan 3 orang anak yang masih kecil.... yang kecil sekali baru berumur 8 tahun.........

Al - Fatihah buat beliau.......

Rabu, 13 November 2013

Menghitung Hari

Assalamualaikum,

uuuuhhhhh hari ni banyak pula n3 yang aku postkan....... walaupun sekarang ni aku tengah sibuk sangat.....

Oklah, berbalik kepada tajuk kat atas tu...... bukan main lagi tajuknya....... macam nak gi melancong ajer atau pun tengah tunggu hari nak beranak........ oh dear, kedua-duanya bukan tau....... melancong, sabaaaaaaarrrrrrr dulu........ beranak???? lagilah tak adanya...... satu faktor umur dan keduanya dah tutup kilang........ ada penyakit........... sabar ajerlah walaupun hati ni tiba-tiba terasa macam nak ada baby lagi selepas menidurkan Qaseh di dalam pelukan aku hari tu...........

Yang sebenarnya, menghitung hari untuk events besar tempat kerja aku........ seperti tahun-tahun sudah school kami yang kena organize events ni...... bermula dari Sabtu ni hinggalah ke hari Isnin......... memang sibuk sangat ni ................
beg untuk participant dah siap with all documents insidenya.......... tunggu untuk diangkut ke Nilai Springs Resort Hotel ajer........... 150 peserta dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia yang akan menyertainya.......
sebahagian certificate yang akan diberi pada peserta pada hari penutupnya, iaitu pada hari Isnin.......
 sebahagian dari barang-barang yang akan diangkut ke Nilai Springs Resort Hotel.........

dah 2 hari asyik balik malam ajer....... letih sangat rasanya ni.......... tak sabar nunggu event ni habis, nak ambil cuti pula......... penat tauuuuuuu........

Ke Wad Pembedahan 3B Hospital Putrajaya

Assalamualaikum,

Ahad lepas kami pergi menziarahi isteri kawan sekerja en. suami di hospital Putrajaya. Isterinya kena breast cancer tahap 4 dan dah menjakiti ke otak....... tak tau nak cerita apa-apa pasal isteri kawan en. suami ni, suddenly ajer dapat tahu yang dia kena cancer tahap 4 ni..... semuga dia tabah melawan penyakitnya ini........
menunggu kat luar wad.......

Maruku

Assalamualaikum,

Balik dari cuti awal muharram hari tu dapat maruku 2 balang, satu yang gelung besar ni dan satu lagi yang jenis halus-halus........ yang jenis halus-halus tu di belakang balang tu....... bukan aku yang makan tau..... lecturer-lecturer yang datang ke bilik kami duk menghabiskan........ apa-apa pun terimakasihlah kepada yang memberi......... makan sama-sama ...........

Selasa, 12 November 2013

Menjemput kepulangan jemaah haji @ KLIA

Assalamualaikum,

Ni pun cerita masa cuti awal muharram tempohari.... jemput my sis yang pulang dari menunaikan haji.... my sis punya flight belah malam around 8.30 menurut kata another sis yang kat Kajang tu....... bila aku sampai airport tengok kat screen tu 9.03 time arrivalnya and still bertukar ajer time arrivalnya.... at last dekat pukul 11 jugak baru nampak muka dia orang...... kau bayangkan lah punya lah lamanya berdiri, tak ada satu tempat duduk pun yang kosong..... punyalah ramai umat yang duk menunggu kepulangan ahli keluarga masing-masing...... jammed teruk kat arrival level tu....... depa ni duk parking kiri kanan jalan tu ajer, punyalah besar MAB buat tempat parking, kat kiri kanan jalan tu jugak yang dia orang suka parking....... mana tak rugi MAB, duit parking tara masuk........
tengoklah tu punya lah ramainya yang duk menunggu kepulangan ahli keluarga masing-masing.......  sesakkk.......
ni kerja si Najwa..... tak clearlah pulak gambarnya.........
 jemaah pertama yang keluar......
 time ni dah berduyun-duyun yang keluar.......
 at last Mak Ngah and Pak Ngah dia orang keluar...... 
yang kat belakang tu anak buah aku yang bekerja with Malindo Air duk tolong Mak Ngah and Pak Ngah kat luggage area.......
 Najwa with Mak Ngahnya........
menuju ke parking....... hehehe....... we all pun parking kat tepi jalan ajer..... tak kuasa nak bayar berpuluh ringgit hanya untuk parking........ jangan marah.........

Isnin, 11 November 2013

Menu Awal Muharram

Assalamualaikum,

Cuti awal muharram hari tu, Najwa request bubur pulut hitam..... so sebagai ibu mithali (mithali lah sangatkan!!!) aku pun buatkan lah....... tapi aku buat ikut cara arwah nenek aku, masakkan santan pekat tu dulu and bila nak makan bubuhkan kat dalam bubur tu..... tapi kat dalam bubur tu aku bubuh santan juga ya!!! My hero cakap sedaplah bubur pulut hitam ibu........ kembang ibu kau sekejap bang.........

Selain bubur pulut hitam aku juga masakkan gulai tempoyak atas permintaan my sister yang akan sampai dari Mekah pada malam tu....... gambar gulai tempoyak tak snaplah pulak...... aku rasa ada kekurangan pada gulai tempoyak aku tu..... tapi anak-anak ngan en. suami cakap sedappppp...... siapa lagi nak puji kalau bukan anak-anak dan en. suami kan!!!!  semalam aku jumpa my sis yang kat Kajang tu and aku tanyalah pasal gulai tempoyak aku tempohari and dia cakap anaknya si Imran cakap kenapa gulai tempoyak Mak Long lain warnanya???? bertuah punya budak, makan ajerlah....... Kalau Imran nak tau, terlebih kunyitlah tu.........
bubur pulut hitam...... ingat nak tapaukan untuk orang yang balik dari Mekah tu tapi bila aku tengok periuk, habisssssss licinnnnnn...........

Selasa, 5 November 2013

Memancing

Assalamualaikum,

Hari Ahad hari tu, yakni selepas kenduri kahwin anak sepupu en. suami di Rasah kami bawa our hero gi memancing kat area kampung ajer...... pergi pun lepas Asar, so dapat sekejap ajer memancingnya...... janji lepas hajatnya yang sibuk nak gi memancing kat Pengkalan Kempas.......
Kami bawa dia pergi memancing kat Lombong Panjang kat Sega Hilir....... my MIL cukup bising bila we all nak gi memancing kat Lombong Panjang ni....... dia cakap tempat ni keraslah, ada penunggunya....... tapi kami tak memancing kat Lombong Panjang tu tau!!!! kami memancing kat kawasan tebatan air banjir yang baru ajer dibina awal tahun hari tu dimana kawasan tu bersebelahan dengan Lombong Panjang tu.......

Lombong Panjang tu terletak disebelah batang paip tu........ ianya tak lebar tapi memanjang ajer..... tu sebab dipanggil lombong panjang....... panjangnya hingga hampir kat area rumah MIL aku, jaraknya lebih kurang 1 kilometer ajer dari rumah MIL aku dan yang dekat rumah MIL aku nilah our Tok Mat, MB N9 duk buat rekreasi park yang di panggil Rantau Agro Park kalau tak silap aku...... siap chalet lagi...... dalam proses pembinaan...... tempat yang buat rekreasi ni memang keras..... sebab ada yang jumpa buaya putih timbul dan dah makan orang baru-baru ni menurut cerita my MIL lah........ ini cerita orang tua-tua yang duduk kat area situ........... baca boleh, percaya tu terpulanglah pada masing-masing...
Masa kami sampai tu ramai juga kaki-kaki pancing duk memancing...... riuh tempat tu...... so tak adalah takut sangat......... kebanyakkannya memancing kat kawasan tebatan banjir tu....... kat lombong panjang tu tak ada pun yang duk memancing.............
tengah sibuk duk memasang umpan.......
ayahnya pun joint sama.......... aku duk bentang tikar kat tepi tu......... berkelah kat situ...... hehehee.....
seekor pun tak dapat...... tak lama kat situ sebab langit dah gelap semacam....... sebaik masuk ke kereta, hujan pun turun dengan lebatnya...........
my gegirl sibuk duk membaling batu ke dalam tasik tu..........
tengah duk leka memerhati anak-anak memancing, terdengar bunyi enjin kapal terbang yang selalu duk terbang kat ruang udara Kuala Sawah tu..... kapal terbang kecil tempat budak-budak kampung dan kawasan yang berdekatan duk selalu terbangkan kapal terbang ni..... kalau nak terbangkan kapal terbang ni kena bayar ya, bayarannya tak tau pula aku berapa....... tapi bila aku tengok ianya melalui atas lombong panjang takut pula aku....... takut jatuh kat dalam lombong tu.......... haruuuuuuuu