Isnin, 21 April 2014

Kebakaran @ Bandar Baru Salak Tinggi

Assalamualaikum,

Semalam kilang WRP terbakar. so asap hitam berkepul2 diudara...... 
dan semalam juga cuaca agak mendung dan kalau dilihat dari kawasan perumahan aku asap tu macam nak ribut nampaknya dan ada sorang kawan aku ni duk tanya "nak ribut ker?"...... Alahai cik kak sayang oiiiiiii, bukannya nak ributlah, kilang WRP tu terbakar, sarung tangan getah tu terbakar tu sebabnya asap hitam pekat naik ke udara...........
hitam pekat asapnya........
habis musnah stor menyimpan produk yang dah siap.......
kat depan kilang......... oleh kerana Selangor tak ada air, bomba pakai lori tangki untuk memadam kebakaran.......
aku balik hantar anak sekolah tengahari tadi pun masih nampak asapnya dari kawasan perumahan aku........
bangunan baru yang baru ajer siap...... bomba duk jaga bangunan ni supaya api tak merebak......
bangunan ni sebelah ajer dari stor yang terbakar tu.......
lori tangki bomba
 kat dalam stor.......
 lagi photo api yang marak kat dalam bangunan stor tu.......
 ramai yang duk berhenti tepi jalan untuk melihat
  lagi gambar dari kejauhan.......

Khamis, 17 April 2014

Melantak Ice Cream Dalam Hujan Lebat

Assalamualaikum,

Cerita dah basi, baru nak upkan n3........
Khamis awal April kalau tak silap lah aku ke Ice Room
one of the lecturer sibuk duk ajak gi ke ice room ni, pergi lepas office dan kebetulan petang tu pula hujan turun dengan lebat.......
dah janji so kenalah pergi jua........
orang sejuk-sejuk selalunya duk cari teh tarik, tapi kami pergi melantak ice cream, bertambah sejuklah jadinya..........
ni Najwa punya....... namanya lupalah pula tapi yang pasti ada oreo kat belakang namanya....... hehehe.......
ni aku punya........ mangga........
ni untie Shimanya punya.........
ambil dia dari sekolah dan bawa terus ke office
so terlupalah pula bawa baju tukar dan tudungnya.......
maka gi ice room tanpa pakai tudunglah dia dan omaknya pun cakap tak yah lah pakai dik, kang kotor tudung tu.........
and then tengah sedap menikmati ice cream masuklah pula ustad sekolahnya, yang mengajar kat kelasnya....... apa lagi tak tentu arahlah dia...... dan omaknya berkata lagi "buat tak tau ajer dik, toksah pandang"...........
teruk betul omak si adik ni kan??? 
sepatutnya suruh pakai tudung tuuuuuu ni suruh bukak takut kotor pula............. hish......hish........hish........
esoknya, Jumaat bila dia balik dari sekolah terus cakap, tadi ustad doa kat perhimpunankan dia sebut "Ya Allah buka kanlah hati anak-anak yang pakai tudung ni supaya terus memakai tudung"
omak si adik ni hanya gelak besar ajer dan cakap kurang asam ustad kau ni ya!!!!
untuk info: sebenarnya kami kenal ustad tu, imam kat surau kami.........  ustad mengajar dia orang mengaji jugak........

Rabu, 16 April 2014

Kesayangan ku bersedih

Assalamualaikum,

Kesayangan ku bersedih??? siapa ya???
Both of my kids adalah kesayangan aku, jantung hati ku.............
yang tengah bersedih ini adalah putriku.......... kalau anak-anak tengah bersedih, omak pun tumpang sama terasa kesedihannya.....
semalam dia balik dari sekolah dijemput oleh ayahnya, so dia tak dapatlah meluahkan kesedihannya kat aku...... kalau tidak naik ajer kereta terus duk bercerita.... dia kena tunggu sampai aku balik dari officelah........
so sesampai ajer aku kat pintu rumah, dia terus cakap 'I'm so sad Ma," 
aku tanya kenapa pula sedih........
Adik:     Adik tak terpilih untuk bola baling lah Ma, budak yang tak datang latihan yang dapat......... sedih betul adik Ma....... (semalam adalah saringan akhir untuk pemilihan wakil sekolah tau). Cikgu tak adil, bagi kat budak yang tak datang latihan katanya
Aku:     "tak apalah dik, ni bukan rezeki adik, adik cubalah lagi tahun depan masa kat sekolah menengah nanti...... yang penting sekarang adik fokus for your big exam in september nanti, tu yang penting.............       Mungkin budak 2 orang tu wakil sekolah dalam bola jaring, tu sebab cikgu pilih dia.......
Adik:     penat adik berlatih tau, sampai gelap muka adik!!!
Aku:      peluk dia, mana ada gelap anak mama, cantik apa...........
             Sabtu pun kena datang latihan
cuba lagi ya sayang............

I'm late today

Assalamualaikum,

Mak cik lewat sampai ke office hari ni...... merah punch card aku....... huhuhu.......
kenapa lewat????
sebab aku stuck in traffic di sebab kan lori kontena rosak kat round about Inti tu........... haruuuuuuuu
keluar-keluar ajer dari simpang Desa Cempaka tu dah start jammed........ terincut-incut.......
lenguh kaki aku....... dah lah lepas tu nak mendaki ke tingkat 4, ke office aku........... huhuhu.........
ini kenderaan di belakang aku ok..........

Khamis, 10 April 2014

ke Seremban with my hero

Assalamualaikum,

Jumaat lepas aku cuti, ada urusan seri paduka baginda di Seremban....... aku ajak hero teman sebab dia sekolah belah petang..... malas nak memandu so pergi naik komuter ajer dan menapaklah sikit ke pejabat yang aku nak pergi tu......... berpeluh lah jugak...... my hero cakap exerciselah sikit mama........
dulu Seremban Parade dan sekarang ni Seremban Prima........
tak ada banyak pun kedai kat dalam tu..........
lalu dalam tu masa nak balik ke Komuter
masa pergi belum buka lagi..........
ni jalan kat depan stesen KTM Seremban........
jalan ni sentiasa sibuk, tapi since traffic light tu merah,
ajaklah hero cross ajer jalan ni 
dan my hero cakap jangan cari bahaya, gunakan jejantas tu..........
sooooo demi nak menunjukkan contoh yang baik kepada hero, maka melintas ikut jejantas lah aku.........
kat atas jejantas.........
macam takuuuutttttt ajer my hero nengok ke bawah tu........
 pemandangan dari atas jejantas menghala ke stesen KTM Seremban.......
 pernah menuntut di sini........
hope my hero or heroin dapat masuk sini masa form 4 nanti..........
jauh tak aku menapak dari stesen KTM hingga ke depan sekolah aku ni.......
urusan seri paduka baginda aku tu hanya berdepan dengan ni........
selesai urusan seri paduka baginda aku tu maka menapak semula ke stesen KTM, tapi sebelum tu kita singgah minum-minum kat A & W...........
 dah sampai semula kat stesen KTM dan nunggu komuter ajer sampai.........
 sampai Nilai dalam pukul 11.30 pagi.......
kejap ajer aku pergi dan berurusan dengan pejabat tu sejak dia berpindah ke situ cukuplah cepat.......
sebab kaunternya dah banyak compare masa office lamanya kat bangunan Yayasan NS........ tak boleh lama-lama kat Seremban, sebab nak kejar kan my hero untuk sembahyang jumaatnya dan waktu sekolahnya juga.........

Resipi Cadbury Marsbar Krispies

Assalamualaikum,

Aku tempelkan resipi krispies ni atas permintaan Sheila Salim. Selamat mencuba......

Bahan-Bahannya:

1 bungkus kellog's rice krispies 
1 bar besar Cadbury milk
3 ketol marsbar
sedikit butter

Cara-Caranya:

1.   Double boil marsbar dan butter bersama hingga cair. (hasilnya akan jadi melekit2 sikit)
2.   Selepas tu, gaulkan campuran tu dengan rice krispies hingga sekata
3.   Tekan2 sikit rice krispies tu supaya padat
4.   Double boil Cadbury hingga cair
5.   Bila dah cair, boleh lapiskan kat atas rice krispies tu. kasi rata.
6.   Sejukkan.

seelok-eloknya rice krispies tu kena sederhana nipis masa letak dalam acuan/bekas kek, baru sedap dan senang nak gigit. terpulang pada citarasa.

p/s: masa first time buat tu akak hanya guna coklat masakan ajer....... yang second tu baru guna cadbury.......... kalau Sheila duduk kat area Bangi, Sheila boleh pergi beli kat kedai menjual barang-barang membuat kek kat Bangi tu...... kedai tu depan dengan masjid, sebelah AL Ikhsan Factory outlet ..........

Cadbury Marsbar Krispies

Assalamualaikum,
ini kali kedua aku buat...... aku buat Sabtu lepas tapi layer kat atas tu tak tebal sebab yang ini aku memang guna coklat cadbury............ cadbury mahal lah.......... alasannnnnnn.........
yang sebenarnya aku malas nak keluar gi beli coklat cadbury kat pasaraya, jadinya aku suruh anak-anak gi beli kat kedai Acheh depan tu ajer makanya kalau beli kat kedai Acheh dah tentulah harganya melambung-lambung mahal.........
sooooooo bila dipotong, berderailah jadinya.......
tapi tetap sedap di tekak dia orang.........
ini yang kali pertama aku buat.......
2 minggu lepas kot.......
dah tinggal setengah, baru teringat nak snap gambar..........
inilah rupa nya bila dah di potong.......
resipi ni kawan sekerja yang bagi....... tu pun setelah my putri duk sibuk suruh aku minta resipi ni........

Rabu, 9 April 2014

Picnic @ Sg. Congkak

Assalamualaikum,

Ahad lepas kami sekeluarga berkelah di Sg. Congkak...... Mula-mula Najwa ajak gi swimming kat rumah Mak Ngahnya, tapi disebabkan kemalasan nak ke KL terus ajak dia orang mandi sungai ajer......... padahal Sg. Congkak tu dah tak jauh dah dengan KL....... alasan terbaik aku bagi kat dia orang ialah mandi sungai sejuk, kalau mandi pool, panas....... 
air di Sg. Congkak ni tak lah mengalir lesu seperti di Tekala masa aku pergi baru-baru ini......... 
mungkin sebab dah hari-hari hujan kan!!!! kalau pergi masa musim kemarau hari tu, mungkin juga sama seperti Tekala, mengalir lesu..........
sedaplah berendam..........
kalau kau orang nak tau kat Sg. Congkak ni ada disediakan pondok-pondok untuk kau orang sewa........
harganya mengikut jenis pondok yang kau orang ambillah.........
masa aku sampai ni boleh dikatakan kesemua pondok-pondok ni telah disewa dan hanya tinggal kawasan lapang seperti gambar di atas di mana kau orang boleh pasang khemah lah........
tapiiiiiii tapak kosong ni pun dia orang charge tau........
tapak kosong ni RM5.00 tau dan parking kereta kat tepi jalan tu RM3.00..........
habis hitam periuk ajaib aku dikerjakan oleh en. suami........ 
sebelum tu kami singgah Tesco Kajang untuk membeli bahan-bahan untuk di panggang..........
seronok sungguh dia orang dapat berendam.........
putri ku yang semakin tembam dan gelap.......
gelap sebab hari-hari duk training bola baling..........
hero yang khusyuk menikmati makanan ditengah-tengah sungai.......

Selasa, 8 April 2014

Sakura @ Desa Cempaka, Nilai

Assalamualaikum,

Lebih seminggu aku menyepi dari berblog....... terlalu busy sangat...... 

Banyak yang nak di postkan tapi masa tak mengizinkan.......... sebelum tu tuan rumah nak bagi tau yang tuan rumah kena gigit dik lipan subuh tadi........ bisa bukan main..... kenalah cucuk sejarum........

So untuk n3 terbaru ni aku mulakan dengan Sakura berkembangan dan bertaburan kat Taman aku...... cantik sungguh........ sampai ada yang berhenti untuk bergambar............