Jumaat, 16 Mei 2014

Ke Serting

Assalamualaikum,

Ahad lepas aku, en. suami dan my putri ke Serting (bukan Serting Felda ya, aku ke Serting kat area kampung), kena explain betul-betul, kang ada yang merajuk pula sebab tak singgah rumahnya (macamlah orang tu baca blog aku) kat Serting Felda tu rumah Abang aku yang tua........ Aku ke Serting tu sebab pergi menziarahi orang meninggal. Yang meninggal tu kazen en. suami..... meninggal sebab kanser usus kalau tak silap aku........
My hero tak pergi, sebab neighbour aku bawa dia ke Shah Alam......
kami tak tunggu sampai kebumi, sebab kebuminya lepas Zuhor dan kami pun pada hari yang sama ada jemputan dari neighbour yang buat birthday party anaknya.........
dari rumahnya kami terus ke Pekan Bahau, ronda-ronda sebab dah lama tak tempoh Pekan Bahau ni....... rasanya, since adanya jalan pintas ke Serting...........
ada jugak shopping mall kat Bahau ni ya.......
stesen keretapinya pun dah baru, tapi tak sempat nak snap sebab en. suami tak mau berhenti........
Dari Bahau kami terus ke Pilah......
kita singgah pekena cendol dan mee rebus Pilah dulu.........
beli juga gula anau untuk dibuat kuih buah melaka nanti pada bulan ramadhan
ambik kau sebulan ramadhan nanti makan buah melaka ajer, hehehe.......
bukan buah melaka ajer ya, pengat pun aku bubuh gula anau ni...........
cendol Pilah.........
mee rebus Pilah........

Isnin, 12 Mei 2014

klia 2

Assalamualaikum,
 Kami ke klia 2 pada minggu lepas, hari Sabtu (bukan Sabtu yang baru lepas ni tau!!!)
Sajer ajer bawa anak-anak jalan, pergi pun lepas Isyak........
sambil tu aku belajarlah juga jalan nak ke klia 2 tuuuu
maklumlah selalu jadi tukang hantar dan ambil orang
park kereta kat tempat parking
tempat parking ni tak lah sejauh di MTB, kalau kat MTB kena berpusing dulu
kat KLIA 2 ni jalan sikit dari departure punya floor dah jumpa tempat parking
tapiiiiiiii kalau dah parking kat airport, tau tau ajer lah chargenya ya!!!!!!
lepas tu menapak lah ke airport mall......
airport dalam shopping complex......
antara yang terdapat kat situ VOIR
Jaya Grocer
pasaraya
ini kat dalam Jaya Grocer
harga tak jauh beza dengan pasaraya kat luar.......
ada barang yang mudah dapat kat pasaraya luar dan ada juga yang tak terdapat di pasaraya biasa........
chocolate......
tengok tu anak-anak sedang memilih chocolate.......
pengsannnnnnnn
haaaaaa beli ikan kat dalam airport kau.......
WHSmith dan banyak lagi.......
Pandora shop lupa pula nak snap........
kalau nak isi perut, kat situ ada Kenny Rogers, KFC, Mc D dan macam-macam lagi..........
 penat jalan, kita lepak dulu..........
 betul ker????
 tiket parking.........
kat klia 2 hanya 1 jam setengah
dan charge for parkingnya........
 ambik kau RM8
tak boleh lah nampaknya nak gi shopping kat sini........
tertera kat signboardnya sejam RM4, kalau 1jam setengah mestilah kena RM6......
menurut dia orang mesin duit dia orang tak terima setengah jam ni..... kena round up ke nombor genap.........
makan duit betul lah.......
lepas ni parking kat luar ajerlah kalau kena gi ambil dan hantar orang.......
kena main kejar-kejarlah ngan abang polis nanti, seperti mana di MTB.......
hehehehe....... jangan ikut perangai aku tau, pergi masuk parking...........

Khamis, 8 Mei 2014

Oat Chocolate Choco

Assalamualaikum,

Sekarang ni Oat Chocolate ni tengah top....... kat fb or blog masing-masing menayang benda ni......
so aku pun mencarilah kat Giant, Tesco, Zemart mahupun CS kat area Nilai ni, satu pun tak ada jual oat ni......
tanya pula kakak yang jual benda ni kat depan sekolah, dan ia menyatakan oat ni hanya ada dijual kat kedai borong makanan kat Semarak........
harganya dalam RM9 menurut kakak tu lah....... kalau beli kat atas tangan orang ada yang jual sampai RM18 sebungkus tu.........
 Aku taulah kedai yang dimaksudkan oleh kakak tu dan aku pun dah ke kedai tu........ 3 kali aku ke kedai tu, tapi hampa sebab kehabisan stok...... last aku ke kedai tu hari Sabtu lepas, pun dah habis........ dan menurut tokey kedai tu dalam minggu ni baru sampai stok yang baru.......
yang kat atas tu aku beli kat kakak yang jual depan sekolah, dia jual RM11 plus duit minyak katanya...... oklah, dari beli yang harga melampau tinggi tu kan!!!!!!!!
kalau kau orang nak beli oat ni kau orang gi lah ke Taman Semarak. Kedai ni kat belah belakang CIMB Taman Semarak, lebih senang kau orang cari Pizza Hut Taman Semarak and then kau orang masuk ikut lorong tu dan kedainya di hujung....... kedai ni kedai jual jajan secara borong..........
 tapiiiiiiii kalau tak dapat jangan marah akak yaaaaaaaa, sebab ni barang terhangat di pasaran sekarang.....
selamat membeli........

Satay @ Satay Willy Bandar Baru Nilai

Assalamualaikum,

Sorry lah ya sebab dua tiga hari ni duk tayang cerita dan gambar pasal makanan ajer...... tu semua aktiviti kami anak beranak, bila cukup bulan ajer bawa anak-anak makan kat luar........... bukan selalu, sebulan sekali ajer.........
ini awal bulan May hari tu....... bawa dia orang makan Satay pula.......
kali ini kami try Satay Willy yang famous kat Saujana, Kajang tu....... 
tapi kedai ni bukan kat Kajang ya, Satay Willy ni ada cawangan kat Bandar Baru Nilai dah........
memang terbaik la di tekak kami......... 
bye-bye R & K kat Enstek tu............ worst ...........
lepas ni kalau teringin nak makan satay, kesini ajerlah kami tuju........
Satay Willy ni berdepan dengan Dataran Nilai, dekat dengan hostel USIM tu.........
cari lah kat area situ kalau ada sesiapa yang teringin nak makan satay.........

Rabu, 7 Mei 2014

Kyros Kebab @ Bangi

Assalamualaikum,

Atas permintaan anak-anak. Ke Kyros kebab pada awal April hari tu...... 
mak sibuklah tu sebab tak sempat nak post n3........ la ni adalah kelapangan sikit.......
pergi 3 beranak ajer....... en. suami kerja. 
Pergi hari Sabtu. OTW ke Bangi ok tapi menghala ke Selatan jammed teruk......
dah ingatkan anak-anak, bila balik nanti tolong remind Mama jangan ikut PLUS. kang tersangkut dalam jammed........
balik ke Nilai kami ikut Bangi Lama........
ke Bangi Utama semata-mata dia orang nak makan Kebab Kambing...........
ini Abang punya
yang ini adik punya.............

Selasa, 6 Mei 2014

Makan-Makan @ Senandung Malam Bagan Lalang

Assalamualaikum,

Cerita lama ni...... pergi end of March hari tu.......
Senandung Malam ni memang tempat favourite kami....... bagi tekak kami sedaplahhhhh, harga???? dulu murah aku rasa tapi yang aku pergi kali ni dekat RM100 lah totalnya......... tapi puas di tekak kami!!!!!!
on the way ke Bagan Lalang. Jammed menghala ke Sepang.........
lama juga kami tak kesini, dah ada perubahan kat kedai tu........
yang dipilih..........
air kelapa for my gegirl..........
 sementara menunggu makanan sampai, en. suami dan my hero pergi menunaikan solat Maghrib dulu, take turn...... surau ada disediakan disebelah belakang kedai.........
 pari bakar berempah........
 sotong goreng tepung........
 lala dan pepahat masak sambal salut telur.......
 butter prawn.........
 siakap tiga rasa........
 suka dia....... sebab dapat makan apa yang dikehendaki nya..........
Alhamdullillah, kenyangggggggggg

Hujan Lebat Petang Semalam

Assalamualaikum,

mmmmmmmmmm agak lama juga aku tak mengepos n3, bukannya tak ada bahan, tapi aku terlalu sibuk sekarang ni....... banyak sangat kerja yang nak disiapkan, menyiapkan kerja orang yang dia tak  siapkan........ bayangkan dari tahun 2012 punya kerja dia tak key in, kita orang dari school lah yang kena siapkan....... dia sedap ajer dapat naik pangkat....... bukan cemburu ya!!!! itu rezeki masing-masing ok tapi yang marah sangat ni kerja terbengkalainya aku kena siapkan sebelum end of May.......... dalam bulan May ni dengan registration budak lama dan baru pun aku nak kena handle jugak, current work pun banyak juga dimana school aku kena organize training lagi......... peninggggggggg akak................ satu lagi kami assistant kepad Dekan dari setiap school marah sangat kat dia ni sebab, bila management meeting we all yang kena take turn untuk ambil minute, dia masuk juga dalam meeting tu tapi duk mengangkang ajer, baik tak payah jadi personal assisstant to DVC................ gerammmmmmmm......... okkkkkk dah,dah mari kita sambung cerita pasal hujan lebat petang semalam........ sejuk sikit hati ini......... heheheeeee...........
Since basikal my hero rosak dari minggu lepas, ibunyalah yang jadi supir pagi dan petang........ tapi Sabtu lepas en. suami dah betulkan dah basikalnya tapi aku masih tak bagi lagi dia pergi sekolah naik basikal sebab takut hujan petang nanti kuyup segalanya........ dan petang semalam hujan turun dengan lebatnya kat area Cempaka......... tengoklah gambar kat atas tu, macam dah malam padahal baru pukul 6.30 petang.........
gelapkan???? dah lah gelap, hujan turun dengan lebat sangat semalam....... jalan nak ke sekolah tu pun jammed teruk.........
lebat sangat, dengan kilat lagi........
macam waktu malam....... ni kat area flat kat kedai nasi kandar lawood tu.......
ni pun kat area nasi kandar lawood tu..... air longkang dah melimpah ke jalan...... deras pulak tu.......
ni kat depan sekolah........... dah separuh tenggelam tayar motor dia orang...........