Jumaat, 30 Oktober 2015

Beriadah di Dataran Nilai

Assalamualaikum,

Gambar-gambar yang dipaparkan kat sini untuk n3 kali ni tak berapa terang, kabur. Ambil menggunakan handphone cap ayam ajer...... Jadilah......... sebagai kenangan.........

Hari Rabu malam Khamis yang baru ni, my hero minta aku hantar dia ke Dataran Nilai. Dia dah plan dengan kawan-kawannya untuk main rollerblade. Selalunya bila dia ke Dataran dia akan tumpang kawannya (kakak kawannya yang akan hantar dan jemput), tapi kali ini dia suruh aku pula yang hantar....... kawan-kawan dia pula tumpang..... Gilir-gilir katanya. Bila aku dah hantar dan aku malas pula nak ulang alik, so aku kenalah tunggu sampai dia habis main. Jenuh mak duduk menunggu kat situ hingga ke pukul 11 malam. Sebelum pergi ke Dataran, aku dah siap masak dan suruh dia orang makan dulu supaya bila sampai kat Dataran tak mau beli apa-apa pun. Air pun aku bawa dari rumah tau.... Aku bukan kedekut ya!!!  Takut Kepialu.........
Kawan-kawan dia sekali minum air yang aku bawa...........
asyik terjatuh ajer kau bang.........
inilah kiosk tempat menyewa rollerblade tu
RM10 main hingga kau orang penat..........

Khamis, 29 Oktober 2015

Latihan Memadam Kebakaran Bersama Bomba Di NU

Assalamualaikum,

Semalam ada latihan memadam kebakaran kat NU. Yang terbabit dalam latihan ini hanya department security, students affair dan building and ground staffs. Kita orang tak terbabit tapi menyebuk ajer. Mesti lah menyebuk kan!!!!! dah dibuatnya latihan tu kat block kita orang so meneber lah kat koridor duk mengintai............ Gambar-gambar ni aku snap dari tingkat 3 tau. Kat Faculty kami...........
mula-mula pakcik bomba cucuh api kasi marak........
mula-mula wakil dari security department
berjaya memadamkan api dengan sekali sembur ajer
yang kedua wakil dari students affair department
angkat tong pun tak larat
semburan pertama tak berjaya memadam api
semburan kedua baru berjaya dipadam
yang ketiga wakil dari building and grounds
sembur tapi bertambah marak jadinya
bahangnya terasa sampai kat tingkat 3
kalau tak betul sembur maka akan jadi maraklah lagi api tu......
so kena lah training untuk menggunakan alat pemadam api tu ya........
bukan main sembur ajer tau......

Rabu, 28 Oktober 2015

NU Tuan Rumah Pertandingan Tchoukball

Assalamualaikum

Bermula pada hari ini, 28.10.2015 sehingga 1 November 2015, NU adalah tuan rumah pertandingan Tchoukball. Ada 2 pertandingan tchoukball yang berlansung di NU, antaranya, yang bermula pada hari ini ialah 4th Southeast Asia Tchoukball Championship 2015 dan satu lagi pada 30.10.2015 ialah  Asia Pacific Tchoukball Championship 2015.

Sibuk lah NU untuk beberapa hari ini dengan kehadiran participants dari Phillippines, Indonesia, Vietnam, Singapore, Taiwan, Hong Kong, Macau dan tak terkecuali dari Malaysia.......... 

Pertandingan ini di adakan di NU President Hall.

Selasa, 27 Oktober 2015

Hari Graduasi SMKDC

Assalamualaikum,

Hari Graduasi SMKDC telah berlansung pada 18 Oktober yang lalu. 
Anak aku tak terima lagi, belum sampai masanya lagi untuk dia bergraduasi. Lagi 2 tahun kena tunggu........
SMKDC, buat hari graduasi kat Nilai Spring Resort Hotel.......... hebat tempatnya......... 
Sek. Men. Dato' Mohd Said kat Nilai old town tu pun buat hari graduasinya. Tapi kat President Hall Nilai University ajer.........

menurut neighbour aku, sebab anak dia salah seorang yang menerima sijil tu kata setiap sorang kena bayar RM70. 

Gambar-gambar ni semua adalah gambar anak neighbour aku. Omaknya whatsapp..........
beratur untuk mengambil sijil
hanya robe ajer, tak ada mortarboard
segak bergaya dengan robe masing-masing
semuga anak-anak ini berjaya di dalam SPM nya.
Good luck kids
do the best among the best
walaupun dia orang ni tua 2 tahun dari my hero, tapi tetap berkawan........
mereka-mereka ni duduk berdekatan ajer dengan rumah aku.........
bergambar mengikut kelas masing-masing

Isnin, 26 Oktober 2015

Cerita Cuti Hari Raya Aidil Adha Kami - 3

Assalamualaikum,

Sambung lagi cerita cuti hari raya aidil adha kami. 

Sabtu tu kami breakfast nasi lemak. 

Tengaharinya pula adik aku rebuskan kepah yang dibawa oleh Abang aku yang sulong.
Bukan main lagi si Daniel duk meratah kepah tu..........
Tengahari tu aku tak ada.
En. suami ada kenduri kat Rantau. Rakan sebayanya buat makan-makan untuk group dia orang. Ada gulai ikan baung kata en. suami, tu sebabnya aku follow dia.......... kalau tidak tak kuasa nak joint.
ikan baung ajer dalam pinggan aku
puas meratahnya
lauk lain tak pandang pun..........
ada juga sup gear box
tak ambil pun, hanya meratah gulai ikan baung.........
ada soto juga
pun tak ambil
rakan-rakan en. suami

Belah malam, anak-anak lelaki duk main futsal

Hari Ahad, kami semua gerak balik ke rumah masing-masing.

Khamis, 22 Oktober 2015

Ole-Ole dari Europe

Assalamualaikum,

Hari ni dapat ole-ole. Pemberian dari seorang lecturer yang baru pulang dari bercuti di Europe.
suka colour bungkusan ni..........

Cerita Cuti Hari Raya Aidil Adha Kami - 2

Assalamualaikum,

Selepas mendobi dan solat Jumaat bagi yang lelaki sepatutnya kami gerak ke Port Dickson untuk bermandi manda walaupun jerubu yang amat ketika tu. Janjinya lepas solat Jumaat nak bertolak tapi adik aku yang lelaki tu punyalah lambat sampai dari kampung maka lepas Asar baru gerak ke PD maka anak-anak hanya dapat berendam sekejap ajer........ Pergi 2 kereta. En. suami tak pergi sebab dia tengok adiknya yang warded. Aku tumpang adik aku ajer...
yang baju merah tu anak dara adik lelaki aku
yang baju hitam tu anak dara adik perempuan aku 
dan yang menghadap ke laut tu anak dara aku
anak-anak dara ni sorang pun tak mandi
yang mandi hanya yang bujang-bujang ajer.......
dia orang hanya duk main-main ajer
yang hero-hero tu semua kat dalam air
yang bujang sedap ajer duk berendam
tak ingat lansung baju tukar tak bawa
yang tak bawa baju tukar tu anak bujang aku dan si Daniel......
terpaksa beli kat gerai tepi pantai tu......
lepas maghrib kami gerak balik dan kononnya nak singgah makan kat area PD tu tapi kebanyakkan gerai makan malam tu dah habis bahannya........
so malam tu hanya makan KFC dan Pizza ajer
itupun beli kat S2 dan makan kat rumah ajer
malam tu adik ipar aku buat sambal ikan bilis untuk sarapan nasi lemak pada pagi sabtu tu.......

Rabu, 21 Oktober 2015

Cerita Cuti Raya Aidil Adha kami 1

Assalamualaikum,

Punyalah lama bertangguh nak mengupdate n3 raya haji ni. Sibuk memanjang ajer, tak ada kesempatan......
Raya haji on thursday kan so jumaat tu aku apply cuti...... sajer gatal cuti padahal cuti tahunan tak banyak pun tinggalnya lagi...... cuti ni semata-mata makan tidur ajer, tak ada kemana-mana pun.........

Since sepupu sepapat anak-anak aku semua duk bermalam kat rumah Mak Ngahnya so anak-anak aku apa lagilah merengek nak bermalam juga kat rumah Mak Ngahnya, maka berkampunglah kami kat rumah adik aku...... 

Selepas sarapan dan dalam pukul 11 aku dan adik aku serta anak-anak perempuan keluar pergi mendobi kat S2 yang lelakinya of course lah kena pergi sembahyang Jumaat.
Pergi dobi segera........ siap melipat sekali kat situ.....
meja disediakan untuk sesiapa yang hendak melipat baju
pagi tu semua mesin occupied
ramai juga orang Seremban 2 dan sekitarnya menggunakan dobi segera ni ya.
ada yang datang dengan berbakul-bakul baju yang hendak dibasuh.......
tadi aku ada mention kesemua anak lelaki pergi sembahyang Jumaat kan??
taaaappppppppiiiiiiii ni ada sorang tak pergi sembahyang Jumaat...
siapakah dia????????

Isnin, 19 Oktober 2015

Dah Register Dah

Assalamualaikum,

PT3 selesai sudah dan sibuk suruh aku register online Kolej Vokasional.
Dia minat bidang technical, so aku ikut kan ajer.
Kita sebagai parents (aku lah - orang lain aku tak tau lah ya) tak paksa dia ikut pilihan aku, aku biar dia buat pilihan dia sendiri....... tapi monitor lah closely.......

Memohon kolej vokasional kat Langkawi kau, puas aku suruh mohon yang dekat-dekat, tak mau.....
Kalau ada rezeki pergilah, kalau tak dapat terus kan ajer kat SMKDC ......

Agak-agaknya, aku lepas kan dia pergi ke kalau dia berjaya dalam permohonan ini.......
Belum apa-apa omaknya dah fikir yang negative ajer............

Cerita Hari Raya Aidil Adha Kami - 3

Assalamualaikum,

Sambung balik cerita Hari Raya Aidil Adha Kami setelah terhenti selama lebih dari 2 minggu. Ahkak is busy you all. Busy dengan Registration new students, kena audit dan kena arrange training for lecturers.

Cerita mengenai Aidil Adha yang sebelum ini kat sini dan sini...........

Kali ni aku nak cerita kejadian yang terjadi pada malam tu. Ada kemalangan kecil sikit. Tak sengaja punya kes......... konon nak bergurau or menyakat kot..........
Ha si cinonit ni lah yang tercedera.  Ini gambar sehari selepas kejadian itu.....
sepatutnya si cinonit ni nak bermalam kat rumah adik aku, tapi dah tercedera kena lah balik. 
Mula-mula ingatkan tak ada apa-apa kecederaan, tapi nangis nya tak henti-henti so ibunya bawalah dia balik ke Kajang dan terus ke klinik. Dan setelah menerima rawatan ini lah hasilnya............
 tangan tu terkehel semasa main jongkang jongkit kat taman kat rumah adik aku...........
jatuh dari jongkang jongkit.......

Jumaat, 2 Oktober 2015

Cerita Hari Raya Aidil Adha Kami - 2

Assalamualaikum,

Sambung balik cerita hari raya aidil adha kami. Sebelah pagi kami kat kampung kan, so sebelah malamnya pula kami adik beradik dan Maksu kami anak beranak ber punggah pula kat rumah adik aku kat Bandar Seri Sendayan. So kat rumah adik aku menunya semua berasaskan daging. Iaitu daging korban. Ada rendang daging dan juga rendang limpa, hati dan lampung. Yang rendang daging tu untuk budak-budak, sebab dia orang tak makan benda dalaman. Jadi terpaksa buat 2 rendang.

Ada sup tulang juga dan perut masak lemak cili api.

Kakak aku yang kat Mantin tu pula bawa Laksa Sarawak (menantu Sarawaknya yang buat), ketupat palas dan rendang ayam......
ahli keluarga aku
riuh rumah dibuatnya, nasib baiklah belah kanan rumah adik aku masih kosong lagi........

anak-anak kerjanya keluar masuk ajer.
kejap kejap ke taman permainan.
taman permainan depan rumah adik aku ajer
malam-malam pun pergi main futsal....

ada kejadian yang tak diingini terjadi malam tu
kemalangan kecil
nanti aku story kat next n3 ya.......... itupun kalau ahkak tak busy lah....... 
la ni tengah sibuk menyiapkan segala dokumen untuk di audit next week..........
sementara menunggu makanan terhidang dia orang duk lepak-lepak dulu