Khamis, 12 November 2015

Beriadah @ Rantau Eco Park

Assalamualaikum,

Cuti Deepavali kami ke Rantau Eco Park. En. Suami ada perjumpaan/perbincangan dengan rakan-rakan sekolahnya. Dia orang plan nak buat family day ke Selatan Semenanjung. Tapiiiii sampai kesudahnya tak ada keputusan..... Masing-masing duk sibuk bergambar dan makan-makan.

Rantau Eco Park ni sebenarnya tak jauh pun dari rumah MIL, sepelaung ajer....... Sejak beroperasi sepenuhnya, baru kali ini berpeluang untuk beriadah kat situ. Sebelum beroperasi aku pernah juga kesini, masa dalam construction lagi.....

Semasa en. suami dan rakan-rakannya bermesyuarat, aku dan anak-anak ke kolam renang
 untuk ke kolam renang, sorang kena RM5. ekau mandi ker tidak tetap kena RM5
 kat area pool ni banyak bangku-bangku disediakan dan kalau nak bentang tikar pun boleh
makanan pun boleh dibawa dari rumah
kalau nak beli kat sini pun ada, tapi kat belah hujung pool........
 orang bujang ajer yang swimming
my heroin tak mau mandi......
 ramai juga orang masa aku sampai ni.....
 plan dari rumah, aku pun nak swimming 
tapi bila tengok ramai sangat, lansung tak jadi.....
just mengawasi orang bujang ajer
dia pun tak lama kat dalam pool tu
tak ada kawan katanya.........
 dah puas berendam, kami gerak ke khemah kat en. suami
pergi isi perut.......
 ada berbagai menu yang dia orang sediakan....
aku hanya makan mee hoon goreng dan talapia bakar
 aku ajer meratah 3 ketul......
kongsi dengan anak-anak ya!!!
bukan makan sorang-sorang ..........
 sedang menunggu giliran.......

lepas makan nak main basikal pula.........
 RM 10 sorang........
Bukan nya RM5 tau seperti yang tertera kat tiket tu.......

 round satu eco park
tengok binatang - binatang yang ada kat dalam eco park tu
 my heroin
 my hero
basikal ni boleh disewa sehingga kau puas......
 forklift ni ada parking berhampiran tempat kita orang berkumpul
yang ni pun my heroin duk naik.......
 yang ini pun ada
untuk budak-budak kecik lah......
yang sedang pegang budak tu ustazah my heroin kat SK Desa Cempaka
pun datang ke eco park bawa anak-anaknya swimming......
 yang dua gambar tu kat dewan rantau eco park
kat tempat nak naik boat, ronda-ronda lombong tu......
 dari dewan utama Rantau Eco Park......
kat situlah tempat berkumpulnya dia orang
nampakkan ramai orang kat situ......
 ini dari tempat kita orang berkumpul, menghadap ke Dewan Utama.......
 rakan - rakan sebaya en. suami
 gambar ramai-ramai pula

Isnin, 9 November 2015

A & W Taman Tasek Seremban

Assalamualaikum,

Ahad lepas semasa OTW balik ke Nilai singgah kat sini. My Puteri request kat ayahnya nak gi A & W. Dia cakap dah lama tak minum root beer float A & W. So ayahnya tunaikanlah permintaan nya itu. En. suami bawa kami ke A & W kat Taman Tasek. Masa tu hujan agak lebat jua dan full house. Selalunya tak lah penuh..... 

Adakah ini saat saat akhir penutupannya maka ramai yang datang makan kat sini? Ya A & W ini akan ditutup secara rasminya pada end of December untuk bagi laluan kepada projek lain........ Kami budak-budak KGV banyak kenangan kat sini............. sebabnya inilah salah satu fast food yang paling hampir dengan KGV......... on the way ke bus stop boleh singgah beli makanan kat sini bagi yang tak duduk hostellah dan aku balik ke asrama puteri pun lalu kat A&W ni............
inilah notis yang menyatakan restaurant ini akan ditutup sepenuhnya. dan kalau teringin nak makan A & W boleh ke Mydin S2 atau R & R Seremban selepas 31 Disember 2015.........

Semalam kami ambil family combo yang terdiri dari:

2 burger
2 coney
4 root beer float
cost us RM35++
oklah pricenya kan........
kalau a la carte Coney tu satu RM12, Root beer float tu satu RM4.50, burger tu tak tau pula berapa harganya kalau satu...............
kat dalam restaurant

Lepas makan dan dalam hujan renyai-renyai kami gi tinjau tasek. Sebab masa sampai tu air tasek tu macam dah nak melimpah........ air penuh
sekeping lagi
anak-anak ngan ayahnya
ikan-ikan yang dah mati terapung kat dalam tasik tu

Jumaat, 6 November 2015

Taman Selera Seremban - Suatu Ketika Dulu Amat Terkenal

Assalamualaikum,

Sekitar tahun 70an, 80an dan 90an Taman Selera Seremban ni memang terkenal. Taman Selera ni terletak berdekatan dengan Pasar Besar Seremban. Dekat situ masa zaman sekolah dan zaman aku bekerja dengan finance company dulu terkenal dengan mee hailamnya pada waktu petang dan tengaharinya dengan lauk pauk berbagai jenis.. Kebanyakan yang berniaga kat situ adalah orang Minang....... Masa zaman aku kerja dulu ramai yang duk cakap jangan selalu duk makan kat situ sebab ada orang mengatakan yang kebanyakkan peniaga kat situ mengamalkan ilmu santau. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sepanjang bekerja di Seremban, masa tu branch kami kat area pasar besar, tempat makan kami memangnyalah kat Taman Selera ni dan harganya amatlah murah dan Alhamdullillah tak ada apa-apa yang berlaku. Boleh dikatakan satu pejabat duk pergi makan kat situ. 

Teringat kat satu gerai yang selalu jual ikan lampang masak lemak cili api, memang sedappppp.

Dan Arwah Ayah aku selalu lah juga bawa kami adik beradik makan kat situ. Selalunya belah petang atau malam. Kami selalu makan Mee hailam. Pun terbaik dia punya mee hailam.

Hari tu semasa cuti Hari Raya Aidil Adha aku dan adik aku pergi mendobi kat Seremban 2 dan ternampaklah satu banner kat area Family Store S2 tu tulis Mee Hailam Taman Selera. 

Makanya pada hari Ahad lepas selepas balik dari rumah adik aku kat Bandar Seri Sendayan, selepas shopping kat Mydin kami singgah makan kat gerai tu......... 

Semasa membayar sempatlah aku menemubual tokeynya. 

"Aku: Ini mee hailam yang kat taman selera tu ker?
Tokey Mee Hailam: Pernah makan kat situ ker?
Aku: Pernah
Tokey Mee Hailam: Ya. Dulu arwah bapak saya yang meniaga. sekarang ni saya pula meniaga kat S2 ni......
Aku: ohhhh okay."

Rasanya, oklah di tekak aku. yang membuatkan bertambah sedap adalah cili jeruknya.... masa menaip ni pun duk menelan air liur.........

Nanti boleh cuba lagi.......
Gambar gerai pun tak sempat nak snap....... terlampau menikmati dan kebetulan hujan pula masa tu......

Selasa, 3 November 2015

Ole-Ole Dari Europe

Assalamualaikum,

My adik pergi cuti-cuti Europe pertengahan Oktober hari tu.......

Balik dari bercuti bawa ole-ole untuk kakak-kakak dan adik-adik perempuannya.......

Terima kasih.........

Ahkak dapat yang ini

Bag Tangan ku dari Itali
gambar tegak pula ya..........
fridge magnet dan pocket mirror ku dari Paris


Aku dengan kakak yang kat Mantin tu sama ajer cuma color ajer yang berbeza.

Terima kasih daun keladi, kalau gi bercuti ke oversea jangan lupa ole-ole untuk kami.......

Isnin, 2 November 2015

Kuih Putat

Assalamualaikum,

Sabtu lepas terlampau rajin sangat. Sampai sanggup buat kuih putat. Ini kuih orang tua-tua dulu (nenek moyang punya resepi). tapi aku tak pernah salin resepi kuih-kuih lama ini dari arwah nenek maupun dari arwah ibu.......... Ini main buat ajer........ sebab dah terlampau teringin nak makan kuih putat ni.......
Macam kuih badak berendam cuma korang kena bentuk kan macam piramid.......
Dalamnya inti kelapa
Santan nya kau orang kena masakkan dulu lepas tu curahkan kat dalam loyang tu, lepas tu kukus...........
Abaikan bentuknya ia...... ada bosar ada kocik.......... tak pandai nak buatkan satu saiz ajer.......
tak apalah........ hamba kan baru belajar............

Doktor Kata Potassium Saya Rendah

Assalamualaikum,

Hari Khamis lepas ahkak gi klinik. Ada date dengan doktor. Doktor bacakan result ujian darah yang ahkak kena buat minggu sebelumnya. Dengan teliti ahkak mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut doktor. Kata doktor tahap kolesterol ahkak ok, tahap gula ahkak pun ok, buah pinggang pun ok HB pun dah 12, kira ok lah doktor kata, Alhamdulillah, cumaaaaaaaaaa........... ada cuma lah pulak......... Doktor kata cuma tahap potassium ahkak jer rendah, 3.1. Tahap normal 3.5...... Soalan ahkak yang mula-mula  pada Doktor tu ialah, bahaya ker Doc kalau rendah? Lepas tu baru tanya apa itu Potassium? Doktor jelaslan kat ahkak itu ini begitu begini dan akhir sekali doktor bagi ubat baru. Makan dalam sebulan, Doc bagi appointment datang balik klinik buat ujian darah lagi........... adehhhhhh....... yang minggu sebelumnya punya ambil darah masih ada kesan lebam lagi dah ni nak kena cucuk lagi........... xpelah nak wat camner kan.......... cucuk pun cucuk lah.....

Tadi ahkak menggoogle maklumat tentang kurangnya potassium. Adalah sikit maklumat yang ahkak dapat.

Inilah info yang ahkak dapat tentang potassium......... ada berkaitan dengan buah pinggang.

Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh kita?

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium. Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH. Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah dijaga supaya berada di antara 3.5 dan 5.5 mEq/L. Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal. Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?

Potassium Rendah

Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita. Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah. Oleh kerana kebanyakkan makanan kita mengandungi potassium, potassium rendah (hypolalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat. Pengambilan makanan yang kurang zat, muntah dan cirit-birit yang berlebihan, dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda. Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:

  • Otot menjadi lemah
  • Kekejangan
  • Kebingungan
  • Masalah dengan koordinasi otot
  • Denyutan jantung menjadi tidak teratur
  • Jantung gagal berfungsi
Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium. Ujian darah akan dilakukan bagi membantu dokor untuk memastikan tahap potassium.