Isnin, 26 Februari 2018

Bila Berkumpul, Makan Ajerlah Kerja Nya

Assalamualaikum,

Masa cuti Raya Cina baru-baru ni, kami berkumpul di Bandar Sri Sendayan. My adik ajak berkumpul kat rumahnya.

Ahkak sampai hari Jumaat petang, lepas my hero pergi kerja. My hero ni sekarang kerja part time kat KFC. So sekarang susah lah nak gerak ke mana-mana, sebab risau kan dia. Dia pergi kerja bawa motor, selagi tak sampai selagi tu lah mama nya risau, dah call kata sampai baru tenang hati ini......... 

So Jumaat tu hanya ahkak dan my putri ajer yang bermalam di rumah my adik. En. suami balik ke Nilai selepas makan malam, meneman my hero yang balik dari kerja Midnight. Selain ahkak, my adik yang kat Kajang dan adik lelaki ahkak yang kat Wangsa Maju pun bermalam kat situ. Riuh lah rumah tu....

Bila dah berkumpul, mestilah makan-makan kan!!!. Tak berhenti, ada ajer makanan. Syukur Alhamdulillah.
Isteri Pak Cik ahkak sampai cakap kat kita orang ni, Orang Linggi, kuat makan, tak bergerak dari meja makan, sentiasa penuh ajer meja makan. 
My kakak anak beranak datang hari Sabtu.....
dah kenyang makan, nonton pula........
my adik ipar..........

Nilai Resources Annual Dinner

Assalamualaikum,

Event ni is in early February. Selalu dinner group company memang before chinese new year. Tema tahun ni red red celebration annual dinner.

Ini group dinner terdiri dari BBN, Nilai Landscape, Nilai Springs Golf, Nilai Springs Resort Hotel, Nilai International School, Nilai University dan ada juga company yang ahkak lupa namanya... Walaupun terdiri dari beberapa company tapi masing-masing duduk kat kelompok dia orang ajer, tak bercampur pun.
ini table kita orang.....
3 lecturers and 2 admins kat meja ni.
2 lecturers from our Faculty and 1 from Aircraft.
ahkak, Yati (Finance) and Dr Azean
me with Dr Azean
 every year menu yang sama, persembahan yang sama (dipertontonkan dengan persembahan opera cina)
 setelah bertahun-tahun joint dinner, ini tahun baru lucky.
Masa announce RM300 disebut for cash voucher, tapi bila dapat hanya RM50 saja.....
apa-apa bersyukurlah. Mana tahu tahun depan dapat besar pula............ Aaminn

Khamis, 15 Februari 2018

Alhamdulillah, Syukran kepada yang memberi

Assalamualaikum,

Syukran, Terima kasih pada yang memberi/membawa/menjamu nasi lemak. Nasi lemak sempena confirmation Faiz. After a year baru dapat confirm. Faiz ini seorang lecturer yang bagus tapi payah benar dia dapat confirmation. Dia ni terlampau tegas dengan students tu sebab evaluation nya teruk, terutama kat budak-budak Aircraft.  Berkali-kali ahkak pergi buat evaluation kat kelasnya, akhirnya berjaya juga. Tahniah Faiz.........
Nasi lemak sambal ayam dan telor goreng.
sebelum makan, kita baca doa dulu.
kita swafoto dulu
zoom kan menunya
inilah orang yang baru confirm tu
another 2 lecturers from department of social sciences, faculty of humanities.

Sekali lagi, terima kasih Faiz.

Rabu, 7 Februari 2018

Birthday Luqman

Assalamualaikum,

Birthday party ni in January. Maksu jemput for majlis cucunya. Most of my adik beradik tak dapat hadir, ada hal masing-masing. Masa ni kalau tak silap my kakak dah ada kat Mekah, and my adik-adik yang lain ada yang visit mother in law nya, ada yang OTW ke Kuantan for kerja dan macam-macam lah. So ahkak lah jadi wakilnya.......

Menu ada berbagai, tapi tak snap pula gambar. Yang ada cuma kek saja. Baskin Robbins cake kau......
 Gambar birthday boy pun ahkak tak snap.........

Sanah Helwah Luqman. Semoga dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki.