Khamis, 25 Ogos 2022

Unplanned trip ke Pagoh

 Assalamualaikum,

Memang tak dirancang untuk menghantar my Hero balik ke Pagoh untuk semester barunya. Selalunya dia balik dengan kawannya yang sama belajar, samada balik ke Nilai or balik ke Pagoh memang tumpang kawannya sebab kawan nya ada kereta. Duit minyak dengan tol memang akak akan bagi kat kawannya tu.

Tapi Jumaat 19.08.2022 hari tu kawannya call (dah malam) bagi tahu my Hero and cakap suruh "Mama kau standby tau,  hantar kau sebab aku demam kata kawannya". Demamnya dah seminggu tak baik-baik dan pagi Sabtu dia whatsapp my Hero bagi tahu yang dia positive Covid. So we all semua gerak ke Pagoh dalam pukul 10.00 pagi. 

Akak yang drive since En. Suami tak berapa larat nak memandu......... so drive slowly lah.... take my own sweet time lah........ buat apa nak rushing kan........ janji selamat sampai.......

Singgah R n R Air Keroh.....  Kaki dah lenguh dan minum kopi dulu..... ngantuk lah........

masa kat R n R ni lah en. suami ajak singgah Muar pula..... Jom makan asam pedas katanya...... dan suruh booking hotel pula, bermalam di Muar katanya.............. kami 3 beranak pergi hanya sehelai sepinggang ajer, tak ada bawa baju extra, nasib baik ubat-ubatan bawa........ so akak apa lagi teruslah call hotel yang selalu kami bermalam bila ke Pagoh......... bermalam di Muar........ Muar ke Pagoh tak jauh lebih kurang 30 minit ajer....... Nasib baik Inn Hotel ada kosong lagi, Traders hotel penuh........ Malam tu ke uptown Muar cari baju..........

Kami turun tol Bukit Gambir. Hujan turun dengan lebatnya semasa kami sampai ke tol Bukit Gambir ....

kami terus ke Tanjung Mas...... Cari asam pedas.......

Asam Pedas Telor Ikan

Asam Pedas Ikan Jenahak

Anak-anak ambil ayam sambal....... dia orang tak makan sangat ikan ni.........

Lepas makan asam pedas kami ke 434 pula.... masa lalu nak ke Tanjung Mas tu nampak 434 ni dah boleh dine in (after PKP pun masih belum dine in tau)

walaupun perut dah kenyang tapi nak juga disumbatkan lagi..........

Akak punya........

En. suami punya......... sedap pula..........


Roti Bakar lagi kau, walaupun baru jer makan nasi.........
lepas mengeteh kat 434 kami terus check in kan Inn Hotel, sembahyang dan luruskan badan sekejap before hantar My Hero balik ke Pagoh........
Ajak dia bermalam di Muar tak mahu pula dia......... nak balik mengemas bilik katanya.......

Lepas hantar my Hero ke Pagoh kami terus ke Uptown Muar, cari baju...... dah dapat baju balik hotel untuk solat........... terlelap selepas solat dan around 10pm kami keluar cari makan kat bus stand Muar.........

lepak pula kat tepi Sungai Muar.....
kami check out keesokkan harinya........ check out awal sebab petang nanti nak hantar My Putri balik Bangi pula........

Ahad tu kami breakfast dekat Bukit Gambir, kat Ramly Kopitiam......
Makan Lontong, Nasi Lemak and Sate

after breakfast kami terus gerak balik ke Nilai
tak banyak kenderaan pagi tu.......

Selasa, 23 Ogos 2022

Family Gathering Lagi

Assalamualaikum,

Makan-makan lagi.... kali ini cukup keahliannya... kali ini kita makan-makan di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Bertolak dari Linggi selepas Asar. Ramainya orang kat Pengkalan Balak, payah nak dapat parking.........

Sementara menunggu waktu makan kami lepak-lepak dekat pantai dan sesi bergambar pun bermula. 

Masa ni hanya berempat ajer. Kakak masih di chalet lagi. kakak ajer yang bermalam di Pengkalan Balak, yang lain-lain balik bermalam di Linggi and adik bongsu balik ke KL.



haaaaa dah berlima.........

Bersama anak buah dan adik ipar



Kami 4 beranak







Meja kami
2 row


Me with adik bongsu