Assalamualaikum,
Memang tak dirancang untuk menghantar my Hero balik ke Pagoh untuk semester barunya. Selalunya dia balik dengan kawannya yang sama belajar, samada balik ke Nilai or balik ke Pagoh memang tumpang kawannya sebab kawan nya ada kereta. Duit minyak dengan tol memang akak akan bagi kat kawannya tu.
Tapi Jumaat 19.08.2022 hari tu kawannya call (dah malam) bagi tahu my Hero and cakap suruh "Mama kau standby tau, hantar kau sebab aku demam kata kawannya". Demamnya dah seminggu tak baik-baik dan pagi Sabtu dia whatsapp my Hero bagi tahu yang dia positive Covid. So we all semua gerak ke Pagoh dalam pukul 10.00 pagi.
Akak yang drive since En. Suami tak berapa larat nak memandu......... so drive slowly lah.... take my own sweet time lah........ buat apa nak rushing kan........ janji selamat sampai.......
Singgah R n R Air Keroh..... Kaki dah lenguh dan minum kopi dulu..... ngantuk lah........
masa kat R n R ni lah en. suami ajak singgah Muar pula..... Jom makan asam pedas katanya...... dan suruh booking hotel pula, bermalam di Muar katanya.............. kami 3 beranak pergi hanya sehelai sepinggang ajer, tak ada bawa baju extra, nasib baik ubat-ubatan bawa........ so akak apa lagi teruslah call hotel yang selalu kami bermalam bila ke Pagoh......... bermalam di Muar........ Muar ke Pagoh tak jauh lebih kurang 30 minit ajer....... Nasib baik Inn Hotel ada kosong lagi, Traders hotel penuh........ Malam tu ke uptown Muar cari baju..........
Kami turun tol Bukit Gambir. Hujan turun dengan lebatnya semasa kami sampai ke tol Bukit Gambir ....
kami terus ke Tanjung Mas...... Cari asam pedas.......
Asam Pedas Telor Ikan
Asam Pedas Ikan Jenahak
Anak-anak ambil ayam sambal....... dia orang tak makan sangat ikan ni.........
Lepas makan asam pedas kami ke 434 pula.... masa lalu nak ke Tanjung Mas tu nampak 434 ni dah boleh dine in (after PKP pun masih belum dine in tau)
walaupun perut dah kenyang tapi nak juga disumbatkan lagi..........
Akak punya........
En. suami punya......... sedap pula..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan