Isnin, 5 September 2022

Majlis Resepsi Azhar dan Sue @ Royale Chulan, Seremban

 Assalamualaikum,

Menerima jemputan dari Pak Cik dan Mak Cik ahkak untuk majlis resepsi Azhar dan Sue kat Royale Chulan Seremban pada Sabtu 3.9.2022. Azhar ni sepupu ahkak.

Jemputan terhad hanya ahli keluarga dari Linggi dan Kuala Pilah serta ahli keluarga pengantin perempuan dari Sabah (kebanyakkannya dah menetap di Semenanjung). \

Majlis bermula dari pukul 12 tengahari hingga 4 petang..... Masing-masing semua lambat sikit sampai, sebab jalan jammed.

Ini meja untuk family's Linggi.......


Menantu-menantu Mak Cik beserta anak masing-masing......

Meja dari family Linggi yang penuh dulu.........

Pilah masih belum ada yang sampai..........

Pengantin yang di rai kan........

Family's Linggi



Antara menu....
1st ahkak ambil sandwich, waffle........
ini pun share dengan En. Suami.........

Lepas tu ahkak ambil pasta pula........

Lepas tu ambil yang ini.........
share dengan en. suami juga.....
sedapppp
namanya lupa pula.........

Ambil ini pula.....
Vegetable Cream Soup
En. Suami ambil Chicken Soup style mamak punya (tak ada gambar pula)

dah lama sikit tu baru makan nasi..........
dan ada beberapa makanan lagi tak diambil
dah tak larat lagi nak sumbatkan..........

Last sekali
ABC.........
Aiskrim pun tak ambil........

Mak Cik- Mak Cik ahkak
Mak Chu and Mak De beserta adik ahkak Ida

Jumaat, 2 September 2022

Kisah My Putri

 Assalamualaikum,

N3 mengenai My Putri.... Dia masuk pertandingan sukan kat kampusnya... acara yang dia bertanding adalah badminton (perempuan)........ pertandingan mewakili program masing-masing...... My putri mewakili Islamic Banking & Finance.........






Dah terpelecok pula........

permainan terpaksa di hentikan walaupun lagi 3 mata nak menang.......
My Putri nak teruskan tapi pihak KPTM kata mereka tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa........


So berbalut lah kakinya....
bengkak juga.......

Khamis, 1 September 2022

My Putri Menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

Assalamualaikum,

Selamat Hari Merdeka yang ke 65. 

Seumur hidup ahkak memang tak pernah menyambut hari Kebangsaan di Dataran Merdeka mahupun di Seremban....  Tak kuasa nak bersesak-sesak dan berdiri lama-lama. Ok Mama kasi hang pergi dan rasakan pengalamannya........ so hopefully tak akan pergi lagi lah ya sayang.........

Ambang Merdeka kat Seremban pun tak pernah pergi untuk menengok bunga api kecuali tahun 2001 malam Merdeka tu kami berada di Trafik Seremban (buat report) sebab masa nak balik ke Linggi kereta kami kena sondol, banyak kereta yang terlibat.......... kena betul-betul depan R n R Seremban, masa tu jammed kat highway and Mamat belakang ahkak ni memang tak sempat brek, apa lagi lentung ajerlah kereta kami yang memang dah tak bergerak sebab jammed.............. Nasib baik kami selamat.........

Ok lah berbalik kepada cerita My Putri ke Dataran Merdeka....... Dia orang dah planned dengan rakan-rakan serumah........ gerak dari Southville dalam pukul 4 pagi menaiki grab ke MRT Kajang........ 


ini gambar masa turun dari LRT / MRT menuju ke Dataran Merdeka
sesaknya........
terus tag dia...... ingatkan dia......
pakai mask 
sanitize selalu
jaga beg duit, mesti ada pencopek ..........
balik nanti mandi.........

tak dapat nak gerak ke Dataran sebab sesak katanya
so group dia lepak depan SOGO ajer
tak ada sit pun
berdiri lah............
 tak apa pengalaman kan!!!!

Gambar-gambar perbarisan.......






















Lepas habis menengok perbarisan tu dia orang ke Pasar Seni and naik MRT ke Kajang......
malam tu dalam pukul 9 malam, whatsapp dia dah tak berbalas.......
tido lah tu, keletihan agaknya............
that why masa you all kecil Mama tak kuasa nak bawa tengok perbarisan, sebab sesak dan penat berdiri.......