Khamis, 1 September 2022

My Putri Menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

Assalamualaikum,

Selamat Hari Merdeka yang ke 65. 

Seumur hidup ahkak memang tak pernah menyambut hari Kebangsaan di Dataran Merdeka mahupun di Seremban....  Tak kuasa nak bersesak-sesak dan berdiri lama-lama. Ok Mama kasi hang pergi dan rasakan pengalamannya........ so hopefully tak akan pergi lagi lah ya sayang.........

Ambang Merdeka kat Seremban pun tak pernah pergi untuk menengok bunga api kecuali tahun 2001 malam Merdeka tu kami berada di Trafik Seremban (buat report) sebab masa nak balik ke Linggi kereta kami kena sondol, banyak kereta yang terlibat.......... kena betul-betul depan R n R Seremban, masa tu jammed kat highway and Mamat belakang ahkak ni memang tak sempat brek, apa lagi lentung ajerlah kereta kami yang memang dah tak bergerak sebab jammed.............. Nasib baik kami selamat.........

Ok lah berbalik kepada cerita My Putri ke Dataran Merdeka....... Dia orang dah planned dengan rakan-rakan serumah........ gerak dari Southville dalam pukul 4 pagi menaiki grab ke MRT Kajang........ 


ini gambar masa turun dari LRT / MRT menuju ke Dataran Merdeka
sesaknya........
terus tag dia...... ingatkan dia......
pakai mask 
sanitize selalu
jaga beg duit, mesti ada pencopek ..........
balik nanti mandi.........

tak dapat nak gerak ke Dataran sebab sesak katanya
so group dia lepak depan SOGO ajer
tak ada sit pun
berdiri lah............
 tak apa pengalaman kan!!!!

Gambar-gambar perbarisan.......






















Lepas habis menengok perbarisan tu dia orang ke Pasar Seni and naik MRT ke Kajang......
malam tu dalam pukul 9 malam, whatsapp dia dah tak berbalas.......
tido lah tu, keletihan agaknya............
that why masa you all kecil Mama tak kuasa nak bawa tengok perbarisan, sebab sesak dan penat berdiri.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan