Sabtu, 25 Februari 2023

Malaysia Thailand Halal Food Festival Di AEON Nilai

Assalamualaikum 

Festival ini bermula semalam. Ramai juga orang tadi.... tapi tak bersesak macam kat Tesco tahun lepas.... kita bungkus jer....



Baby crab
My Putri nak try, beli 100 gram jer, RM10
Air favourite nya 

Lok chin, RM3 sebatang
Dia nak cuba
Nak rasa sama tak macam kat depan Pasar Siti Khatijah, KB
Tak sama katanya...

Beli juga banana pancakes tu, RM10

Bungkus Pad Thai juga RM12

Pulut Mangga RM10

Suasana dalam tu
OK lah dari Tesco dulu 

Sabar Menunggu Si Putri

 Assalamualaikum,

Bila jadi driver.... Nak suruh drive sendiri, lesennya Auto
Sabar menunggu
Si Putri ada monthly meeting
Se usai Maghrib dah gerak dari rumah
Habis kerja 4.45 but meeting kena tunggu staff Bandar Baru Salak Tinggi sampai 
Tunggu closing baru boleh tutup branch
Meeting habis dekat 9.30 malam
Parking penuh pula malam tadi, orang dah gajikan... ramai ke ATM
Seronok pula tengok gelagat orang malam-malam ni 
Tenang lah sikit hati yang hampa, kecewa......

Dia orang punya meeting ini ada disediakan makanan...
So kenyanglah dia, mamanya yang kebulur.... sebelum keluar rumah dah cucuk insulin pula.... Ngigil kelaparan....

Jumaat, 24 Februari 2023

UNFAIR

 Assalamualaikum,

Biarlah melepaskan geram kat blog.....

11 tahun tanpa kenaikkan, tiba-tiba kau bagi tahun ini....

Kau bagi bukan pada semua, hanya yang sama kulit dengan engkau....

Kalau yang dapat tu buat kerja tak apa, ini MC, EL melambak, kalau cari kat tempatnya memanjang tak ada...

Yaaaa bukan rezeki ku..... Sabarlah wahai hati....

UNFAIR

UNFAIR 

Khamis, 23 Februari 2023

Popia Viral Di Nilai

 Assalamualaikum,

Dah lama beroperasi di Nilai, tapi tak pernah dapat beli, sebab setiap kali lalu balik kerja, panjang amat beraturnya. Pernah cakap dengan My Putri, bila lah gerainya kurang orang beratur, senang sikit kita nak membeli. 

Hari-hari lalu situ, masuk ajer roundabout dekat Gastro Hub dah tanya My Putri, panjang tak hari ini sampai lah semalam, tak ada orang beratur..... baru lah dapat membeli dan merasa popia yang cukup viral kat Nilai ini.

Akhirnya rezeki kami semalam
Ok lah sedap
Lepas ngidam
Post gambar ni kat WhatsApp geng kantin (officemate) dan cakap akhirnya dapat jua
sebab dia orang pun try nak beli tapi tak sanggup nak beratur....
Hari ini tadi my geng kantin ada yang pergi beli dan tak panjang juga beraturnya....
Ahkak lalu dalam pukul 5.50 petang tadi pun tak ramai orang, cuti sekolah kot, ramai yang balik kampung, tu yang dapat kami beli....
Masa kami sampai memang tak ada orang
Lepas tu ramai yang datang
Kita order baru dia gulung tau
Tu yang lambat tu......

Rabu, 22 Februari 2023

Cuci Mata Kat Perodua

 Assalamualaikum,

Ahad selepas kelas memandu yang last for My Putri, kami terus ke Kota Warisan, Perodua Kota Warisan tengok Axia 2023.



Axia Advance
On the road RM51000 ++
plate number dah cantik, ada WA
WA adalah nama panggilan My Putri oleh mak-mak saudaranya.....
Dan hari ini My Putri telah lulus ujian memandunya.... Auto...
Kat rumah dua-dua kereta manual, macam mana tu....
Si Hero ambil manual, untunglah dia....

Selasa, 21 Februari 2023

Bila Anak Dara Ke Dapur

 Assalamualaikum,

Lauk untuk berbuka puasa hari khamis lepas

Kacang buncis dengan telur 

Sambal ayam

Hari Sabtu
Bendir 
Daging blackpepper 
Hari Sabtu Hero ada balik, bertambah-tambah dia makan

Ahad, 19 Februari 2023

Food Hunting: Hill & Chill Coffee Again

Assalamualaikum,

Untuk kali kedua My Putri and geng intern nya ke Café ini. Dapat nasi lemak free katanya. Alhamdulillah Rezeki mereka....





Sabtu, 18 Februari 2023

Jalan Baru Dah Buka

 Assalamualaikum,

Rasanya dah 2 minggu jalan ini dibuka untuk laluan penduduk sekitar Desa Cempaka, Desa Jasmin dan sekitarnya.


Masih line kuning lagi ya
Percubaan 
Trafik light pun dah menyala
Ada 4 trafik light sepanjang jalan tu
Ada juga manusia yang bodoh, melawan arus.... malas nak uturn.....
Uturn jauh tu yang dia melawan arus.....
Semasa jalan tu belum dibuka bukan main lagi bising lagi penduduk-penduduk area situ, suruh buka cepat, nak mengelakkan accident yang kerap di simpang-simpang sepanjang laluan itu.... dah buka, hang lawan arus pula......

Ahad, 12 Februari 2023

Mitsui Lagi

 Assalamualaikum,

Kalau kesini apa lagi, cari barang My Putri....

Ke kedai ini
Nasib lah Mitsui ni tak jauh dari rumah
Boleh lah weekend pergi
Lepas tu menyinggah kat food court
Buttermilk chicken
Yang ini entah apa namanya
Sedap
Loh Shi Fun
Ke kedai chocolate
Hajat mencari kinder cards
Sebab my sis Yati cakap ada dah jual kat Mitsui
Tapi sayang masa pergi tu dah out of stock
So sad
Tak apa nanti datang lagi....
Ini semua penangan si Rizalman lah
Dia beli kinder cards ni kat Mekah
Hari tu Kak Ngah balik dari umrah ada bawa balik kinder cards ini
Sedap
Nutella yang kat atas tu kurang di tekak saya, manis sangat.....




Sabtu, 11 Februari 2023

Ini Pun Malang Tak Berbau

 Assalamualaikum,

Kejadian di Akademi Memandu Nilai (AMN). Hari khamis hari tu, kata pelatih tu tak sihat. Tersalah tekan pedal, sepatutnya brake tertekan minyak.

Kereta yang melanggar
Axia untuk manual



Keadaan office dia orang selepas dilanggar 
Nasib umor kau panjang kerani yang kerek tu
Betul-betul belakang meja kau ajer
AMN ni masyaAllah  kalau call nak booking latihan manjang engaged jer
Hari kejadian ada call terus dapat dan ahkak cakap dah roboh office baru pickup phone, gelak pula budak lelaki tu.... dia tak tahu kita tengah marah....
Lagi satu AMN ini kalau daftar memandu 7 ke 8 bulan baru dapat latihan memandu dan seterus JPJ test. Cukup lambat kat situ mengalahkan booking kereta baru....

21 Tahun Dah

 Assalamualaikum,

Selamat Ulang Tahun ke 21 buat My Putri sorang....

Barakallah Fii Umrik. Semoga Allah perkenankan segala yang kamu hajati dan dipermudahkan setiap urusan hidupmu.
Barakallah Fii Umrik. Semoga panjang umur, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Barakallah Fii Umrik. Semoga Allah kurniakan segala kebaikkannya ke atas kamu dan semoga hidupmu akan sentiasa diredhai dan dilimpahi dengan kasih sayang yang berpanjangan.

Jumaat, 10 Februari 2023

Malang Tidak Berbau

 Assalamualaikum,

Kejadian petang tadi, dalam 4.30 petang. Terima panggilan dari en. Suami sendiri. Dia bagi tahu yang dia jatuh motor. Jatuh kat dengan Hatalega kat Kota Warisan. Balik dari kerja. Tak penah-penah balik kerja lalu situ hari ini pi ikut jalan situ pula. Jatuh sendiri. Pasir banyak atas jalan tu. Nasib ada orang tolong, ada kereta yang berhenti... budak kereta tu nampaklah kejadian tu dan dia cakap nampak pak cik terbang katanya. Nasib baik masa jatuh tu tak ada lori lalu...

Ahkak bila dapat panggilan terus panik, tapi boleh memandu ke Hatalega. Jantung berdegup kencang dengan cemasnya... ahkak ini ada darah tinggi dan membuatkan rakan office risau sebab drive alone. Tak sempat nak ambil putri kat Maybank. Sampai kat sana tak ada pula en. Suami. Di bantai nya bawa motor tu sampai ke kosmoplek Salak Tinggi. Ke sana pula ambil dia bawa ke klinik.


Luka kat kaki dan tangan
Dah malam ni gaduh sakit dada pula.
Nak bawa ke hospital Seremban, tak mahu pula..
Darah kat lutut tu pun belum berhenti lagi, masih meleleh...

Rabu, 8 Februari 2023

Sarapan Pagi Di Jalan Bakri, Muar

Assalamualaikum,

Pagi Ahad tu kami keluar mencari sarapan di Muar. Hotel yang kami nginap ini tak disediakan sarapan. 

Kami ke Jalan Bakri untuk sarapan kat satu warung kat situ, tapi tutup pula.......... Frust dah..... nak tak nak terpaksa lah sarapan kat warung champa...............

Bubur nasi
one for My Putri and one for me.
dah biasa sarapan dengan bubur, so boleh lah masuk tekak kami...
yang jadi masalahnya en. suami. Mana dia biasa sarapan dengan bubur....
Hero ambil nasi ayam, ok lah boleh lah dia makan
order mee sup untuk en. suami, tak habis pun........
Malas nak cari kat tempat lain, sebab kami nak check out pukul 12
balik awal so Isnin boleh relek-relek kat rumah.

anak dara nak try tongmo
so ambil 1 set
1 set ada 3 ketul

Lepas sarapan balik ke hotel
lepak-lepak before check out.
before balik Nilai, pegi hantar Hero balik Pagoh dulu.... and then balik Nilai....

Isnin, 6 Februari 2023

Benteng Hentian Bas Bentayan Muar

 Assalamualaikum,

Malam tu kami makan kat benteng Bentayan. Depan kopi 434 dan berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kami menapak jer ke benteng tu. 

Sizzling mee

Kacang pool

Satay 
Ayam, Daging dan Perut
Perut tu my favourite 

Pasta
Kali ini kurang
Maybe chefnya dah lain kot...
Lepas makan kami ke uptown
Di pimping oleh Hero

Ahad, 5 Februari 2023

From Nilai to Pagoh

 Assalamualaikum,

Semalam hantar anak balik Pagoh. Dia gerak dulu, sebab dia menunggang motor. Dia gerak dalam pukul 9 pagi dan memang suruh dia gerak awal sebab pagi-pagi kereta tak banyak lagi kat highway. Mana hado kereta kurang, banyak juga katanya. Kami gerak ke Pagoh dalam pukul 11 pagi, kami bawa barang-barangnya.

Jammed
Ini baru kat area Ainsdale
Kalau lulus pengeluaran kwsp mau melekat jammed nya nanti

Alhamdulillah 
Hero selamat sampai kat rumah sewa dia orang
Masa ini baru budak dari Terengganu dan Johor Bharu yang sampai
Yang lain-lain belum lagi, mungkin Ahad.
Johor public holiday Ahad, kalau tidak first class start dah.

Kalau hantar Hero balik, mesti check-in kat sini 
Kali ini Hero ikut bermalam kat sini
Ahad is public holiday for Johor. NS ada extra one day.

Pemandangan dari bilik hotel

Ini juga dari bilik hotel

Masa makan kat medan MARA, ferry ini baru nak gerak ke Bangkalis
Sebelum ini satu ferry dah gerak ke Dumai
InsyaAllah one day kita jalan-jalan ke kepulauan Indonesia