Jumaat, 10 Februari 2023

Malang Tidak Berbau

 Assalamualaikum,

Kejadian petang tadi, dalam 4.30 petang. Terima panggilan dari en. Suami sendiri. Dia bagi tahu yang dia jatuh motor. Jatuh kat dengan Hatalega kat Kota Warisan. Balik dari kerja. Tak penah-penah balik kerja lalu situ hari ini pi ikut jalan situ pula. Jatuh sendiri. Pasir banyak atas jalan tu. Nasib ada orang tolong, ada kereta yang berhenti... budak kereta tu nampaklah kejadian tu dan dia cakap nampak pak cik terbang katanya. Nasib baik masa jatuh tu tak ada lori lalu...

Ahkak bila dapat panggilan terus panik, tapi boleh memandu ke Hatalega. Jantung berdegup kencang dengan cemasnya... ahkak ini ada darah tinggi dan membuatkan rakan office risau sebab drive alone. Tak sempat nak ambil putri kat Maybank. Sampai kat sana tak ada pula en. Suami. Di bantai nya bawa motor tu sampai ke kosmoplek Salak Tinggi. Ke sana pula ambil dia bawa ke klinik.


Luka kat kaki dan tangan
Dah malam ni gaduh sakit dada pula.
Nak bawa ke hospital Seremban, tak mahu pula..
Darah kat lutut tu pun belum berhenti lagi, masih meleleh...

2 ulasan: