Ahad, 30 Julai 2023

Dinner @ Chinese Muslim Restaurant Oriental Park S2

Assalamualaikum,

Makan-makan ni sebelum cuti Awal Muharram. Anak-anak dah sebut "lama kita tak pergi makan dekat Oriental Park"... so bawalah dia orang...

Seperti biasa lauk kami order jika kesini
Tak sempat ambil gambar
siakap masak asam nyonya
Lambat sampai
Tak dan ambil gambar, tangan dah kotor


Masa cuti Awal Muharram nak repeat kat sini dengan adik beradik tutup lah pula...



Sabtu, 29 Julai 2023

Buah Harga Kayangan

Assalamualaikum,

Viral sangatkan. So kita carilah...

Mula-mula cari kat Jaya Grocer, tak ada, gi AEON pun tak ada... benda tengah viral, laku keras lah...

Khamis hari tu kan ahkak cuti, medical check up... so lepas check up terus ke AEON lagi, Alhamdulillah ada. Stall depan SDS tu..

Ambil 3 biji RM 23++
Cherry tu my putri nak
Ambil seperti dalam gambar tu RM27++
Nak rasakan...

Sekeping lagi
Bukan senang nak dapat buah ni...
Balik lalu depan Restaurant Bro Nizam, ada durian, singgah beli
Anak nak IOI 

Total beli buah-buahan RM150++
rezeki untuk anak-anak
Anak suka makan, Mama happy...

Khamis, 27 Julai 2023

D'pangkin

 Assalamualaikum,

Hari ini saya cuti. Ada medical appointment kat KK Salak.

Appointment pukul 3 petang so pagi tu kita breakfast dulu kat tempat yang viral sekarang ni kat Nilai iaitu d'pangkin.

D'pangkin ini kat atas bukit ya... Parking memang luas tapi dari jalan utama nak naik ke atas tu masalah sikit if org dari atas nak keluar, sempit, kena tunggu dia orang lepas baru kau boleh naik ke atas.   Dan jalan utama tu lori tanah, lori batu banyak lalu, kau kena beri signal awal-awal supaya lori kat belakang kau tu boleh slow.... supaya dia tak hentam kereta kau. Kat sini dah buat ahkak tak puas hati, keselamatan tak ada....


Ini kawasan parking
Parking luas

Ini pintu masuknya
Kena beratur untuk dapatkan meja dan pilih order kat situ, beratur yang pertama
Dah dapat meja lepas tu kena beratur lagi ya untuk hantar order yang kau catit tadi ke kaunter dan buat bayaran terus. 

Nasi lemak
Kurang
Sedap lagi nasi lemak kat Nyatoh depan sekolah tu...
Marvelous betul yang kat Nyatoh...
Nasi lemak kat atas tu RM7 tau, kosong

Lempeng
RM3
Kurang sedap

Soto RM10
Kurang juga
Kalau compare soto pasar malam jumaat Cempaka tu, sedap lagi pasar malam punya

Lontong RM9
Sedap lagi lontong Aishah gerai tepi jalan dalam taman perumahan ahkak tu
Overall 4/10 jer
Tah apa yang viralnya pun tak tau...
First and last lah pergi....
Orang lain tak tahu lah pula ya, tekak masing-masing.

Siap Sudah

 Assalamualaikum,

Akhirnya siap dah renovation... 2 hari lepas siap segalanya setelah pending disebabkan hujan dan budak tokey tu demam pula...

Dari dalam rumah

Dari luar
Jadilah setakat yang mampu jer
Oh ya... dapat free bangku tu...

Sabtu, 22 Julai 2023

Awning

 Assalamualaikum,

Balik dari kerja petang semalam tengok dah pasang frame atau kerangka

Pagi ini nak pasang atap, hujan pula
Lebat sangat
So terbantut 
Hujan berhenti baru sambung balik
Hampir selesai urusan renovation rumah
Last year dapur
This year porch

Ini rumah adik ahkak
Sama renovate porch nya
Siap dah, total RM70K
Ahkak cakap kalau buat terrace house kat Linggi tersergam indah dah....

Khamis, 20 Julai 2023

Celebrate Birthday Masa Raya Haji

 Assalamualaikum,

Dah hampir semua balik beraya kat kampung, so kita celebrate birthday sekali untuk mereka-mereka yang lahir pada bulan June dan Julai.

Birthday si Qaseh dan Shahirul

saja menggatal adik ahkak ini
nak bersuap-suap pula........
layankan jerlah.......

Ahad, 16 Julai 2023

Cerita Raya Haji Kami

 Assalamualaikum,

Kemalasan yang datang dan hasilnya lambatlah post n3.

Ramai juga yang balik beraya di kampung... Pak Cik dan Mak Cik tahun ini beraya di Linggi... Sabtu baru dia balik Pilah beraya di sana.... Mak Su anak beranak di Linggi juga... Riuh lah rumah kampung...

Kami tak masak... masing-masing bawa sorang sikit.... dia orang order ajer.... Me bawa lemang dan rendang daging..... lemang beli ajer kat Nilai... Rendang minta tolong MIL buatkan.... ahkak tak cuti....

Lemang ini ada 3 tuannya
Ahkak
Adik ahkak Ita dan
Adik lelaki ahkak, Ami
Rendang pun ada 2 tuan, ahkak dan Ita
Gambar tak ada pula...

Ada Satay 
Beli yang mentah dan bakar kat Linggi
Ada Pak Mat Western juga
Ayam bakar

Kuah Satay 

Brownies

Ohhh ada pengat durian dan pulut juga...





Mereka-mereka yang ditugaskan untuk membakar Satay 
Anak-anak bujang kami
Masih belajar semuanya tu...
Ada sambutan hari lahir juga...

Sabtu, 1 Julai 2023

Ada Tetamu Yang Tak Diundang Datang Kerumah Kampung

Assalamualaikum,

Rabu ahkak masih kerja. Tak cuti. Tak ada early release so balik pukul 5pm.  Before that around 4 pm dapat whatsapp dari group family. Dan hantar gambar ini...

Kulit ular kat dalam rumah
Bukan 1 tapi 2 
Menurut bomba sepasang ni...
Dah lah my sis Ati dengan Ita dan anak-anaknya tak berani nak masuk rumah...
Me?????  berbelah bagi nak balik ke tak nak
Tapi rendang dah siap, minta MIL masakkan
Nak bawa balik Linggi 
So tawakkal jer lah...
Sebelum-sebelum ini memang benda ini tak pernah masuk dalam rumah
Both my adik call bomba minta tolong check kan 
Bomba dari Rantau
Balai bomba baru
Kalau dari Seremban sure lambat
Macam masa rumah arwah nenek terbakar dulu, bomba dari Masjid Tanah, Melaka yang sampai dulu diikuti Rembau, PD dan last sekali Seremban...
Rumah dah jadi abu baru sampai...
Ok berbalik pada cerita ular tadi, bomba geledah semua tempat, ketuk-ketuk jika ada dia bersembunyi, Alhamdulillah tak ada.... tapi kami masih takut juga...
Bomba cakap if dia salin kulit dia tak akan berada lama dalam rumah...
Malam raya aidil adha kami tido dalam ketakutan.
Tak tau dari mana benda tu masuk.....

Dinner Hari Selasa By My Putri

 Assalamualaikum,

Balik kerja dah siap menu makan malam...

Simple jer.... sebab ayahnya dah balik kampung tolong MIL masak rendang... Rabu ahkak masih kerja lagi, tak cuti...

Daging yang diperap

Pencicahnya

Request from mamanya
Sebab isnin tu dia buat tak berkecukupan

Sebelum tu dia buat cekodok pisang....
Alhamdulillah kenyang....