Khamis, 27 Julai 2023

D'pangkin

 Assalamualaikum,

Hari ini saya cuti. Ada medical appointment kat KK Salak.

Appointment pukul 3 petang so pagi tu kita breakfast dulu kat tempat yang viral sekarang ni kat Nilai iaitu d'pangkin.

D'pangkin ini kat atas bukit ya... Parking memang luas tapi dari jalan utama nak naik ke atas tu masalah sikit if org dari atas nak keluar, sempit, kena tunggu dia orang lepas baru kau boleh naik ke atas.   Dan jalan utama tu lori tanah, lori batu banyak lalu, kau kena beri signal awal-awal supaya lori kat belakang kau tu boleh slow.... supaya dia tak hentam kereta kau. Kat sini dah buat ahkak tak puas hati, keselamatan tak ada....


Ini kawasan parking
Parking luas

Ini pintu masuknya
Kena beratur untuk dapatkan meja dan pilih order kat situ, beratur yang pertama
Dah dapat meja lepas tu kena beratur lagi ya untuk hantar order yang kau catit tadi ke kaunter dan buat bayaran terus. 

Nasi lemak
Kurang
Sedap lagi nasi lemak kat Nyatoh depan sekolah tu...
Marvelous betul yang kat Nyatoh...
Nasi lemak kat atas tu RM7 tau, kosong

Lempeng
RM3
Kurang sedap

Soto RM10
Kurang juga
Kalau compare soto pasar malam jumaat Cempaka tu, sedap lagi pasar malam punya

Lontong RM9
Sedap lagi lontong Aishah gerai tepi jalan dalam taman perumahan ahkak tu
Overall 4/10 jer
Tah apa yang viralnya pun tak tau...
First and last lah pergi....
Orang lain tak tahu lah pula ya, tekak masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan