Jumaat, 16 Mac 2018

Dalam masa 1 Bulan 2 Kali Jatuh Motor

Assalamualaikum,

Ontah apo kono nya Jang hoiiiiiii. Dalam masa 1 bulan 2 kali ekau jatoh moto..... Tercabut rasanya jantung omak kau ni, tambah-tambah pula bila adik ekau dok call sambil nangis-nangis, lagi tak tentu arah omak kau dibuatnya............ mengigil badan omak kau sampai lupa nak makan obat kencing manis dan darah tinggi dik risau kan kau. Kalau boleh torobang, memang torobang mak kau ni nak sampai ke klinik. Memandu tu rasa lambat nya nak sampai ke klinik kesihatan salak tu, rasa jauh sangat padahal dekat ajer........

My hero sekali lagi jatuh motor, kali ini langgar lubang pula. Kena masa nak ambil result semalam. Kena kat depan sekolah tamil Desa Cempaka. Kali ini teruk cederanya. 

Ini semua sebab ahkak suruh dia ambil kan seluar trek adiknya. Before that adiknya call ahkak suruh minta abangnya bawa another seluar trek bila datang ambil result, sebab seluar adiknya koyak. Adiknya call dalam 9.30 pagi and ahkak ingat dia masih kat tempat kerjanya di KFC Kota Warisan. Selalu before dia gerak balik dari kerja, dia akan call ahkak bagitahu yang dia nak gerak balik tapi semalam tak ada call pun. Bila ahkak call, dalam 9.30 tu ahkak ingat dia masih kat KFC dan dia tak mention pun kat ahkak yang dia dah sampai sekolah. Kalau ahkak tahu dia dah sampai sekolah sure ahkak tak suruh dia ambilkan seluar adiknya. Dia bila dapat call dari ahkak terus balik ambil seluar adiknya. Masa OTW balik ke rumah tu lah dia kemalangan. Dalam sakit-sakit tu, dengan tangan, pergelangan tangan patah dan luka-luka tu sempat juga pergi ambilkan seluar adiknya dan hantar ke sekolah. Masa kat sekolah tu lah dia bagi tahu adiknya yang dia jatuh motor. Siap pesan dengan adiknya jangan bagitahu Mama, nanti Mama risau, biar abang settle sendiri katanya. Tapi adik nya tetap call ahkak sambil nangis-nangis dan bagi tahu kawan abang dah bawa dia ke klinik Salak, teruk cederanya katanya.

Ahkak coretkan kat sini supaya satu hari nanti adiknya baca dan tahu betapa besarnya pengorbanan abangnya pada dia. Harap adiknya tak lah selalu marah-marah abang lagi.........

Ahkak tanya adiknya, kenapa adik nangis semalam? Kan selalu marah-marah abang, gaduh dengan abang...... rupanya sayang juga dia pada abangnya ya!!!!
kali ini gigi  juga patah......
ahkak cakap, hilang handsome dah..........
sekali lagi Mama mohon, tolonglah bawa motor tu hati-hati, tumpu pada pemanduan.........
Ayahnya marah, lelan bawa motor kata ayahnya........

Isnin, 5 Mac 2018

Kenduri Kahwin Jadi Reunion Ex Georgian

Assalamualaikum,

Ini wedding anak my classmate kat Kg. Sentosa, Paroi.
ini masa ahkak baru sampai. Rakan-rakan sebaya, Georgian '85.
Peah, Nora, ahkak, Muzlina, Omak Pengantin, Zairimah, Zairina and Faridah.
ini semua rakan sekelas kecuali Peah. Peah ni budah Science stream.
lagi gambar kami.........
kali ini with pengantin, ruzita and shazlina kalau tak silap (lupa namonya)
add Noridah and Nonie
add 1 hero, tapi tak ingat nama. Hero - hero yang lain leka makan so tak sempat nak bergambar sekali.
Yang bestnya Georgian 85 ni, perempuan dengan lelaki tak terlalu mesra, memang jarang nampak gambar bersama-sama. Masing-masing tahu jaga batas.........
Sampai my putri cakap, beza reunion ayah dengan mama, kalau ayahnya, yang perempuan tergedik-gedik nak duduk dan bergambar dengan lelaki, mamanya reunion bagus tak campur pun, kalau perempuan dengan perempuan ajer, lelaki ngan geng dia orang ajer......... anak yang masih sekolah pun tau menilai kan nya.
so apa-apa pun selamat pengantin baru buat anak Zizah dan semoga berbahagian hingga ke Jannah.

Jumaat, 2 Mac 2018

My Hero Jatuh Motor

Assalamualaikum,

Selama ini yang aku risau/takut akhirnya terjadi. My Hero jatuh motor, terbabas. Nasib baik tak ada kenderaan belakangnya. Kejadian di Kota Warisan, selepas keluar dari KFC, OTW nak balik rumah setelah habis shift malamnya di KFC, berlaku dalam pukul 9.30 pagi. Selalunya sebelum gerak balik dari KFC Kota Warisan, dia akan call ahkak, tapi pada hari kejadian tu dia tak ada call pun. Maknya dah risau dah, tak ketentuan dibuatnya tapi masih lagi boleh buat kerjalah......... Tup tup dalam pukul 10.30 dia call ahkak and bagitahu dia dah sampai rumah, and cakap mama jangan marah ya, Abang jatuh motor!!! zuuupppp berderau darah ahkak......... tanya dia teruk tak? luka-luka ajer dia cakap and bahu dia sakit katanya. 
Bawa dia ke klinik. Mula-mula ke klinik Salak, masyaallah, ramainya orang. Malas nak menunggu so pergi panel KFC kat taman Seroja, Klinik Nazam sekejap ajer processnya. After cuci luka, doktor tak bagi balut. Kalau balut lambat kering lukanya. Dapat MC for 2 days. Khamis tu dah bising nak pergi kerja, boring duduk rumah katanya..

So Abang, lepas ni please berhati-hati lagi........... Carefull kat tempat berpasir...........

Isnin, 26 Februari 2018

Bila Berkumpul, Makan Ajerlah Kerja Nya

Assalamualaikum,

Masa cuti Raya Cina baru-baru ni, kami berkumpul di Bandar Sri Sendayan. My adik ajak berkumpul kat rumahnya.

Ahkak sampai hari Jumaat petang, lepas my hero pergi kerja. My hero ni sekarang kerja part time kat KFC. So sekarang susah lah nak gerak ke mana-mana, sebab risau kan dia. Dia pergi kerja bawa motor, selagi tak sampai selagi tu lah mama nya risau, dah call kata sampai baru tenang hati ini......... 

So Jumaat tu hanya ahkak dan my putri ajer yang bermalam di rumah my adik. En. suami balik ke Nilai selepas makan malam, meneman my hero yang balik dari kerja Midnight. Selain ahkak, my adik yang kat Kajang dan adik lelaki ahkak yang kat Wangsa Maju pun bermalam kat situ. Riuh lah rumah tu....

Bila dah berkumpul, mestilah makan-makan kan!!!. Tak berhenti, ada ajer makanan. Syukur Alhamdulillah.
Isteri Pak Cik ahkak sampai cakap kat kita orang ni, Orang Linggi, kuat makan, tak bergerak dari meja makan, sentiasa penuh ajer meja makan. 
My kakak anak beranak datang hari Sabtu.....
dah kenyang makan, nonton pula........
my adik ipar..........

Nilai Resources Annual Dinner

Assalamualaikum,

Event ni is in early February. Selalu dinner group company memang before chinese new year. Tema tahun ni red red celebration annual dinner.

Ini group dinner terdiri dari BBN, Nilai Landscape, Nilai Springs Golf, Nilai Springs Resort Hotel, Nilai International School, Nilai University dan ada juga company yang ahkak lupa namanya... Walaupun terdiri dari beberapa company tapi masing-masing duduk kat kelompok dia orang ajer, tak bercampur pun.
ini table kita orang.....
3 lecturers and 2 admins kat meja ni.
2 lecturers from our Faculty and 1 from Aircraft.
ahkak, Yati (Finance) and Dr Azean
me with Dr Azean
 every year menu yang sama, persembahan yang sama (dipertontonkan dengan persembahan opera cina)
 setelah bertahun-tahun joint dinner, ini tahun baru lucky.
Masa announce RM300 disebut for cash voucher, tapi bila dapat hanya RM50 saja.....
apa-apa bersyukurlah. Mana tahu tahun depan dapat besar pula............ Aaminn

Khamis, 15 Februari 2018

Alhamdulillah, Syukran kepada yang memberi

Assalamualaikum,

Syukran, Terima kasih pada yang memberi/membawa/menjamu nasi lemak. Nasi lemak sempena confirmation Faiz. After a year baru dapat confirm. Faiz ini seorang lecturer yang bagus tapi payah benar dia dapat confirmation. Dia ni terlampau tegas dengan students tu sebab evaluation nya teruk, terutama kat budak-budak Aircraft.  Berkali-kali ahkak pergi buat evaluation kat kelasnya, akhirnya berjaya juga. Tahniah Faiz.........
Nasi lemak sambal ayam dan telor goreng.
sebelum makan, kita baca doa dulu.
kita swafoto dulu
zoom kan menunya
inilah orang yang baru confirm tu
another 2 lecturers from department of social sciences, faculty of humanities.

Sekali lagi, terima kasih Faiz.

Rabu, 7 Februari 2018

Birthday Luqman

Assalamualaikum,

Birthday party ni in January. Maksu jemput for majlis cucunya. Most of my adik beradik tak dapat hadir, ada hal masing-masing. Masa ni kalau tak silap my kakak dah ada kat Mekah, and my adik-adik yang lain ada yang visit mother in law nya, ada yang OTW ke Kuantan for kerja dan macam-macam lah. So ahkak lah jadi wakilnya.......

Menu ada berbagai, tapi tak snap pula gambar. Yang ada cuma kek saja. Baskin Robbins cake kau......
 Gambar birthday boy pun ahkak tak snap.........

Sanah Helwah Luqman. Semoga dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki.