Assalamualaikum,
Isnin, 31 Ogos 2026
Ahad, 30 Ogos 2026
Shabu Shabu Kita Malam Ini
Assalamualaikum,
Tinggal berdua jer dengan Najwa, so kita dinner yang simple-simple jer....
Kita syabu-syabu jer....
Antara bahan-bahannya
Kuah rebusannya
Bahan-bahan untuk pencicahnya....
Pencicah yang dah dicampur
Alhamdulillah kenyang
Itu pun masih ada bahan-bahan yang tak direbus lagi
Esok kita sambung merebusnya.....
Rabu, 26 Ogos 2026
Kalau Dia Dah Teringin
Assalamualaikum,
Kalau dia dah teringin, pukul 10 malam pun jadi tiramisunya.
Kejadian semalam, balik kerja jer dia terus pergi kedai bakery nak cari bahan-bahan untuk tiramisu.... habislah pula bahan-bahan tiramisu kat situ.
Oh ya semalam tempat kerja Najwa tak cuti. Company cina kan, tak ambil cuti maulidur rasul.
Lepas Maghrib dia keluar dengan kawan baiknya (anak jiran, yang accident sama dengan dia tempohari) ke Jaya Groser kat Mesa Mall untuk membeli bahan-bahan tiramisu.
Alhamdulillah dapat...
Dalam pukul 10 malam terus buat...
Lady finger
Banyak pula gulanya compare yang hari tu tak banyak gula
So kali ini tiramisunya manis sikit...
Telur dan mascarpone di pukul sehingga kembang dan boil sikit
Dah dicampur whipping cream dan di pukul hingga kembang
Lady finger yang dah dicelup dengan kopi
Yang dah disapu dengan adunan cheese
Itu first layer
2nd layer susun kan lagi lady finger dan disapu dengan adunan cheese
So jadilah macam dalam bekas atas yang belah kiri
Malam tadi dapatlah 3 bekas tiramisu
Yang dalam mangkuk putih tu adalah bancuhan kopi untuk rendaman lady finger.
Selasa, 25 Ogos 2026
Patin Tempoyak
Assalamualaikum,
Rabu minggu lepas dapat jemputan makan gulai patin tempoyak dari adik-adik lecturer computing.
Suruh akaknya ni turun makan dalam pukul 11. Early lunch lah...
Datang makan kat pantry computing katanya...
Lauk-lauk ni dia orang masak kat rumah
Nasi jer masak kat pantry
Tapi kan, selasa malam akak dah order nasi arab
Untuk lunch hari Rabu...
Sabtu, 22 Ogos 2026
Terjumpa Blogger Suria Amanda Di Majlis Kenduri Kahwin Anak Tuan Ismail
Assalamualaikum,
Ahad baru-baru ini temankan en. Suami ke kenduri kahwin anak kawan sekolahnya di Senawang. Sama sekolah di SMR, Rantau.
So Adli lah jadi driver kami....
Masuk-masuk dewan tu ternampak Pak Zain. Dalam hati mesti ada SA ini... mata merlilau mencari-cari SA..... nak bergambar dengan blogger famous lah kata kan....
Sekali tak jauh dengan meja kami...
Sorry SA
Akak jadi paparazzi
Snap gambar tanpa kebenaran tuan badan
Jangan saman akak tau!!!!!
Excited nampak SA
Berani kan diri menegur SA di meja familynya berkumpul...
Nasib baik SA sudi melayan permintaan akak untuk bergambar
Terima kasih SA....
Cantik SA...
Banyak pula budak tu cedokkan rendang
Bagi kat Adli
Orang Rantau kalau kenduri mesti ada gulai cendawan hitam ini...
Favourite orang Rantau kot.....
Pelamin....
Tiramisu By Najwa
Assalamualaikum,
N3 yang belum dipublishkan...
Tiramisu by Najwa....
Nak beli yang viral tu mahal sangat...
so Najwa cakap dia nak try buat...
Alhamdulillah menjadi, tak manis sangat....
Sedap...
Puas makan...
Jalan-Jalan ke Pengkalan Balak
Assalamualaikum,
Throwback cerita selepas mengundi...
Kali ini awal kami mengundi... anak-anak pukul 9 pagi dah selesai mengundi. Both mengundi di Nilai.
Selepas tu kami terus balik ke Linggi. Akak pula mengundi...
En. Suami mengundi di Kuala Sawah, so dia drive sendiri lah... sebab dia nak lepak kat rumah maknya...
Pukul 10.30 dah selesai mengundi...
Kalau tak mengundi ni tak jumpa kau kata-kata dari sedara mara akak...
ada jer saya balik kampung..... tapi tak keluar....
Selesai mengundi dan rumah kampung masih tutup lagi, so kita ke waghih salai untuk lunch... ini memang kedai favourite kami anak beranak..... selesai makan, yang lain- lain masih tak sampai lagi.... so kita lajak ke Pengkalan Balak.... ikut jalan Tanjong Agas....
Pernah menginap disitu
Adli ajer yang turun ambil gambar
Panas lit lat
Kat Pengkalan Balak sekejap jer, sebab my sis dah call
Dah ready for shabu shabu
Bahan-bahannya kat akak....
tu yang sekejap kat Pengkalan Balak..
Sabtu, 15 Ogos 2026
Bye Bye Neo
Assalamualaikum,
Akhirnya neo keluar dari garage kami. Berpindah milik ke orang baru...
Kazen sebelah ayahnya yang beli...
Sedih pula tengok my hero melepaskan neo nya...
Kereta setiap Jumaat balik Nilai dari Pagoh
Semasa belajar di Poli Pagoh....
Gambar semasa di Pagoh, kat rumah sewanya...
Gambar neo sebelum diambil orang....
Bye bye Neo
Langgan:
Catatan (Atom)







































