Last Sunday, before pergi majlis persandingan Syazana di Putrajaya, we all singgah kat rumah Pak Teh Mizul (saudara sebelah akulah....) di Desa Kasia, Nilai. Dia buat kenduri baca yassin dan doa selamat sempena Farid, anak lelakinya yang sulung bertunang. Farid ni (lupa pula nak ambil gambar si Farid) bertunang dengan orang Andalas, Kelang..... kalau tak silap aku, menurut kata Mak Idanya, majlis kahwinnya pada bulan enam tahun depan (2012)........
Kenduri ni start lepas zuhur, tapi we all pergi awal, dalam pukul 12.30 tengahari we all dah sampai kat rumahnya (rumahnya tak jauh dari rumah aku). Kononnya pergi nak menunjukkan muka aja (kalau tak datang kang riuh sekampung). Tak nak lah tunggu sampai majlis bacaan Yassin dan makan sebab mr. hubby aku nak pergi cepat ke Putrajaya....... Sebaik saja kami sampai kat depan rumahnya, hujan turun dengan lebat diikuti kilat sabung menyambung serta angin yang bertiup kencang, yang hampir nak menerbangkan khemah...... so tersangkutlah kami kat rumahnya...... so kenalah baca yassin sekali............ Tok Chu cakap, makan aja kat sini, buat apa nak dikejarkan yang kat Putrajaya tu (padan muka aku, kan dah kena sound dek Tok Chu....... huhuhu).......nak balik pun tak boleh sebab kat simpang NUC tu banjir........ kat tempatni kalau hujan lebat, air longkang sure melimpah ke jalan..........
Tok Chu with Mak Ida.....
Najwa yang nampak debab pulak bila pakai jubah merahni......