Selasa, 30 April 2013

Hari Kantin SMKDC

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas ke sekolah my hero, ada hari kantin katanya..... pergi pun sebab menemankan my gegirl yang sibuk nak masuk rumah hantu dan tengok wayang katanya. My gegirl dah janji dengan kawannya, tapi pada hari sabtu tu kawannya ada hal lah pulak so dia tak dapatlah joint my gegirl ke hari kantin SMKDC, maka akulah jadi mangsanya.......
 ada group bikers jugak..... cikgu-cikgulah ni kot yang empunya motor.......
 berposing dengan salah satu motor yang dia minati...........
 
 gerai-gerai jualan.........
 my hero bertugas di gerai ni........ mahal sungguh harga makanan kat gerainya ni...... Laksa sebungkus RM5.00...... tapi berbaloilah membelinya....... sedaaapppp. Rojak buahnya pun RM5.00, tapi tak mencuba pulak, terlalu banyak yang my gegirl borong.....
 haaaaaa nilah rumah hantu yang dia orang bising nak masuk ni...... dapat sambutan rumah hantu ni dari budak-budak. Beratur cukup panjang....... nasib baiklah my gegirl jumpa kawan-kawan dari sekolah lamanya, SRAI, so dia orang masuk bertigalah...... selamat aku.......
 Kupon yang kena beli.... hari sebelumnya dah beli RM10 dan pada hari Sabtu tu beli lagi RM30..... so total beli kupon ajer RM40, tu tak termasuk kena beli buah mangga muda untuk dibuat rojak buah dan susu pekat manis yang ada lambang teh tarik seperti yang dipinta oleh cikgunya........
 pameran dari bomba
 Ada "Flying Fox" juga........ budak ni takut nak terjun, dekat 10 minit jugalah dia mengacah nak turun....... puaslah kawan-kawannya yang kat bawah tu menjerit suruh dia terjun.........
 akhirnya berjaya dia turun..........
My gegirl dengan kawan-kawan dari sekolah lamanya, SRAI........ lepas rindu masing-masing.......

Suratkhabar Free

Assalamualaikum,

Dah tak ada benda yang nak diceritakan so dapat suratkhabar free pun aku nak postkan n3nya....... Janji ada n3kan?????? Selalu juga office kami dapat suratkhabar free ni tapi selalunya tak adalah "stamp - Complimentary from Pejabat MB N9" hari ni special sikit, siap berstamp sekali......... terima kasihlah ya....... tadi tercari-cari juga kalau ada BH free, tak ada pulak.......... hanya star ajerrrrrrr

Isnin, 29 April 2013

Ole-ole dari Langkawi pula......

Assalamualaiku,

Alhamdulillah.... rezeki lagi......... minggu lepas banyak pula yang memberi walaupun tak banyak, dapatlah merasa.......
ini ole-ole dari Langkawi..... Terima kasih pada yang memberi.......

Kek Oren

Assalamualaikum,
kek ni bukan aku yang baking ya..... one of my friends bagi.... dia pulangkan tupperware aku..... sebelumnya aku bagi dia puding marble...... sorry, gambar puding marble tak ada. mmmmmmm sedap kek orennya.....

Jumaat, 26 April 2013

Ole-ole dari Bandung

Assalamualaikum,

Dapat ole-ole lagi, kali ni dari Bandung, Indonesia. Dapat beg telekung....... terima kasih pada yang memberi.......
 

Ada orang tu (family member) yang baru ajer balik dari Jakarta, "TAK KAN TAK ADA OLE-OLE DARI JAKARTA?????"

Khamis, 25 April 2013

Vest percuma

Assalamualaikum,

Minta maaf. Ini adalah n3 sekadar suka-suka bagi memeriahkan kempen pilihanraya yang sedang hangat sekarang ni.

Kena minta maaf dulu sebab kat dalam ahli keluarga kami ada yang dacing, ada yang bulan dan ada yang mata (mata ker??? tak tau den der!!! main tibai ajer)

Itu hak masing-masinglah..... siapa suka siapa, itulah pilihan dia orang. Jangan bergaduh kerana memilih calon sudah......... Kitakan bersaudara, kalau gaduh-gaduh kerana calon siapa yang untung???? fikir-fikirkanlah sendiri ya!!!!

Oklah ya berbalik kepada vest percuma semula....... dapat vest ni sabtu lepas masa kami balik ke kampung...... orang dah beri, kita ambil ajerlah....... vest ini diberi oleh kawan en. suami yang merupakan orang kuat bn Kuala Sawah..... Siap suruh undi Tok Mat lagi........ kat sana memang hebat dia orang berkempen untuk memenangkan Tok Mat......... bendera parti lain tak boleh dicacak kat sana.... kalau ada nanti samseng BN akan buangkan..... bukan aku yang kata ya!!! ini memang orang kuat Tok Mat, ketua pemuda kuala sawah si Talib tu yang cakap masa kita orang gi ke tempat ceramahnya, dia kata dia ada kuasa untuk buat tu semua...... hebatkan...... My MIL pun suruh undi Tok Mat and my MIL cakap nanti raya boleh dia dapat RM400 lagi........

 ini vest yang my hero dapat..... tapi ada lambang BNlah.......
ini yang my gegirl dapat....... untung sebab tak ada tulis apa-apa pun kat belakang and depannya...... kawan en. suami ni siap suruh balik lagi Sabtu ni sebab barang banyak sampai minggu ni......... aku pulak siap tanya kat kawan en. suami ni, "Rumah PPRT tak dapat ker????" hahahahaha....

Selasa, 23 April 2013

Makan-makan kat our department/school

Assalamualaikum,

Last Friday our school/department ada buat makan-makan. Makan-makan ni untuk our Vice President (Akademik) yang akan meninggalkan Nilai University dan akan menjadi Vice Chancellor pula kat one of the new private university di area Serdang kalau tak silap aku. New University ni milik mantan PM, Tun Dr. M. Jamuan ni style potluck ajer..... masing-masing kena bawa makanan and makanlah beramai-ramai.


berbagai-bagai makanan ada...... ada pizza, pau, kek, sandwich, nasi briani and macam-macam lagi.......

gambar first tu, pengerusi majlis memberi ucapan.
gambar yang second tu, yang berucap tulah our vice president...... dia happy with our school/department..... sebab kami rajin-rajin (huuuhhh.... poyo pulak. kang kena baling pulak dik staff dari school/department yang lain, hehehe)
yang duduk (perempuan) tulah my boss and dengar-dengar beliau akan menggantikan tempat vice president tu dan khabar angin juga mengatakan yang dia akan tarik aku jadi personal assistant dia kat atas tu....... akak tak nak ikutttttttttt.......... akak lebih rela jadi personal assistant kat school ajer......... (yang sebenarnya, penat tau bekerja bawah dia, semuanya nak cepat, lambat kang hangin sampaikan ada lecturer yang duk tanya aku, macam mana akak boleh tahan dengan dia tu, cerewet tau kata si lecturer tu....... biasalah boss perempuan memang cerewet, tak dinafikan) huhhhhh tak sabar nak tunggu dia naik atas......... boleh releks sikit (ya ker boleh rileks, dapat yang lebih teruk dari dia mampus akak)........

 beratur mengambil makanan......
 ini semua akademik staff (lecturer kat department/school kami...... aku sorang ajer admin kat sini)

Isnin, 22 April 2013

Watikah Perlantikan

Assalamualaikum,

Huuuuuhhhhhh tajuk bukan main lagi, macamlah dilantik jadi sultan or perdana menteri or menteri kabinet ker. Itulah yang tertulis kat sijilnya "Watikah Perlantikan". Hanya di lantik sebagai pembimbing rakan sebaya (PRS) sekolah.... Dengan perlantikkan ni harap my hero lebih bersemangat lagi untuk belajar, so mulai ni abang kena tunjukkan teladan yang baik dan kena belajar rajin-rajin dan jadi budak yang pandai so barulah boleh membimbing orang..... apa-apa pun tahniahlah dari mama atas perlantikan ini..... dengan perlantikkan ini kopak jugaklah aku RM200++ dengan membeli uniform baru, kasut hitam, peralatan PRS dan banyak lagi yang aku tak ingat.....

baru ajer menerima watikah perlantikan ni minggu lepas, tapi sijilnya dah lunyai....... hai anak mama, tak tau nak jaga barang dengan elok.........

Walimatulurus kat PDlah pulak

Assalamualaikum,

Ini n3 dah basi..... bukan sabtu yang lepas punya cerita ya!!! ini cerita sabtu sebelumnya...... ke kenduri majlis perkahwinan anak Pak Yong kami di Port Dickson. Kali ni majlis diadakan di dewan Politeknik PD. Sulung menantunya dulu di Dewan Bagan Pinang PD.

Kali ni kami orang yang lambat sampai. Lambat bersebab ya!!! Sebabnya neighbour kami pun buat majlis kenduri kahwin anaknya pada hari yang sama dan dia minta en.suami memonopoli air minuman so sebelum bergerak ke PD en. suami kena memastikan semuanya beres. Neighbour kami tu masak sendiri tak ada catering jadinya dari hari Jumaat petang kami dah sibuk merewang kat rumahnya........

Bila kami sampai ke dewan politeknik, my adik beradik and kazen-kazen semuanya dah nak beredar balik. Jumpa pun sekejap ajer......

 dewan yang dah kosong......
 makanan aku..... nasi putih dengan sambal sotong dan ulam-ulaman...... nasi minyak pun ada, tapi aku tak ambil.
ada persembahan juga...........

Selasa, 16 April 2013

Lancar ajer perjalanan aku ke pejabat pagi ni........

Assalamualaikum

Emmmm pagi ni rasa seronok ajer memandu ke pejabat, tak ada jammed lansung (walaupun jalan baru tu belum diturap, tapi kenderaan dah mula melaluinya). Tak lama lagi bertarlah jalan tu.... 

Oh ya, ini jalan Desa Cempaka ke roundabout Inti ya!!!! 15 tahun melalui jalan ni setiap pagi dan setiap pagilah aku akan tersangkut kat dalam jammed walaupun tak lama jammednya. Lenguh jugaklah kaki duk asyik menekan clash and break...... pagi ni laju ajer akak sampai ke roundabout Inti tu tanpa ada gangguan...... Tak sabar nak tunggu jalan tu siap sepenuhnya........
 seeeee, kenderaan yang nak menghala ke Desa Cempaka dah mula menggunakan jalan baru tu.... masih belum bertar lagi ya......... jenuh juga nak memandu atas batu-batu kerikil tu...
 kenderaan yang nak menghala ke roundabout Inti dah mula menggunakan kedua-dua lorong tu.... laju ajer masing- masing memandu.........

p/s..... balik karang aku tak nak gunakan jalan yang belum bertar ni..... kena ikut jalan Jasmin......

Jumaat, 12 April 2013

Ke Majlis Kenduri Kahwin @ PutraJaya

Assalamualaikum,

Ahad lepas dapat jemputan kenduri kahwin kat Putrajaya. 2 jemputan sekali and bothnya kat Putrajaya, senang sekali harung...... Kedua-duanya waghih jugak...... yang kat Presint 18 tu belah Linggi (belah arwah emak) manakala yang kat Presint 2 tu belah Permatang Pasir, Linggi (belah arwah ayah - pangkat cucu arwah ayah yang kahwin ni). Tapi kita orang paling lama sekali kat Presint 18lah....... ramai waghih-waghih yang datang, so duduk berborak lah..... dah pukul 3 baru nak gerak ke Presint 2 pulak, kira-kira perut dah kosong baliklah........
 Mula-mula kita tayang gambar waghih belah Linggi ya....... yang kat atas tu Tok Ucu kami. Yang sebelahnya, cucunya Si Farid, kahwin tahun lepas........
Yang ni kazen kami, adik kepada omak pengantin...... pun dengarnya nak menantu jugak hujung tahun ni.....
Yang kat atas ni adalah anak-anak dan cucu-cucu Tok Cu. Yang tudung putih tu wife Tok Cu kami, Tok cu kecik di panggil, tapi tak deeee keciknya.........
 kazen lagi.......
 my sis ngan en. suaminya......
 Tok Long and Tok Cik Embok............
 lagi sedara den.......
 inilah tetamu yang paling lambat sampai...... padahal duduk kat Kajang ajer....... kenal tak??? tentu kau orang kenalkan!!!! siapa lagi kalau bukan blogger Yati Ali..........
 ok. yang ni pulak kat Presint 2...... kami adik-beradiklah orang terakhir rasanya....... dewan dah lengang dah...... janji datang kan!!!!
kazen belah Permatang Pasir yang dah lama tak jumpa..... tak jumpa coz masing-masing tak duduk kat kampung lagi ada yang duduk kat area KL, Ipoh dan negeri2 lainlah.......

Khamis, 11 April 2013

Asyik-asyik hantar dan ambil orang ajer.....

Assalamualaikum,

Balik-balik duk hantar dan ambil orang jer, diri sendiri bilalah nak terbang ya???? Terbang untuk kali kedua...... kalau ada rezeki, terbanglah kita ya!!!!  Ni lah kerja tambahan aku bila my sis and lakinya  nak terbang samada nak balik ke Brunai or nak balik ke rumah mertuanya di Morocco...... Jadi driver........ Khamis lepas my sis yang kat Brunai tu duk send sms suruh hantar suaminya ke KLIA coz suaminya nak balik ke Morocco untuk menziarahi pusara kakaknya yang baru ajer meninggal...... My BIL tak sempat nak jumpa jenazah so ziarah pusara ajerlah...... Flightnya dalam pukul 8 malam so by 5.30 petang dah nak kena hantar dia ke KLIA, since my en. suami tak dapat nak menghantar, so akulah yang kena...... terkejar-kejarlah aku jadinya..... dari office terus pergi ke rumahnya and then balik ke rumah aku dulu sebab nak park keretanya kat rumah aku.
aku ingat nak turunkan dia ajer and terus baliklah sebab my hero balik sekolah dalam pukul 6.40 petang, kang duk kat luar pagar pulak my hero menunggu aku...... tiba-tiba my BIL suruh tunggu sampai dia habis timbang luggagenya coz bukan main banyak barang dia bawa balik ke Morocco. Perginya sorang, tapi begnya sampai 3 beg macam 3-4 orang yang ke Morocco....... My BIL cakap, kalau terlebih beratnya, dia nak suruh aku bawa balik kerumahnya...... Nasib baiklah lepas.......
 
 aku hanya park kereta aku kat tepi pintu berlepas tu ajer....... tak kuasa nak pergi park kat tempat berbayar tu...... aku ngan gegirl duduk dalam kereta diam-diam, sehinggalah habis urusan menimbangnya...... bila nampak polis, beredar ke depan sikit, main genjit-genjit mata ngan abang polis..... hehehe....... dekat 15 minit juga baru habis urusan menimbangnya........
  
Sampai rumah dalam 7.30 malam and my hero duk menunggu kat depan pintu pagar...... lupa bawa kunci rumah katanya........

End of this month ni, my sis yang kat Pandan tu nak terbang ke Guangzhou. Rombongan Cik Kiah ke sana. Adakah kami juga akan jadi teksi driver?????