Isnin, 22 April 2013

Watikah Perlantikan

Assalamualaikum,

Huuuuuhhhhhh tajuk bukan main lagi, macamlah dilantik jadi sultan or perdana menteri or menteri kabinet ker. Itulah yang tertulis kat sijilnya "Watikah Perlantikan". Hanya di lantik sebagai pembimbing rakan sebaya (PRS) sekolah.... Dengan perlantikkan ni harap my hero lebih bersemangat lagi untuk belajar, so mulai ni abang kena tunjukkan teladan yang baik dan kena belajar rajin-rajin dan jadi budak yang pandai so barulah boleh membimbing orang..... apa-apa pun tahniahlah dari mama atas perlantikan ini..... dengan perlantikkan ini kopak jugaklah aku RM200++ dengan membeli uniform baru, kasut hitam, peralatan PRS dan banyak lagi yang aku tak ingat.....

baru ajer menerima watikah perlantikan ni minggu lepas, tapi sijilnya dah lunyai....... hai anak mama, tak tau nak jaga barang dengan elok.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan