Khamis, 31 Oktober 2013

S2 Park

Assalamualaikum,

Kalau tak silap aku we all singgah S2 Park ni 2 minggu lepas...... sajer ajer bawa anak-anak beriadah kat S2 Park tu....... pergi duk bagi ikan-ikan dan kura-kura makan.............. Cukup lah ramai orang pada petang tu........

Kami tak lama kat situ, sebab hari dah nak hujan.............
 Najwa leka dengan kura-kura ni...........
 labi-labi..........

dari S2 Park kami terus ke Jusco (AEON)....... cucimata kat situ pulakkkkkkkkk..........

Rabu, 30 Oktober 2013

Pertandingan Memancing - Sirkit 3

Assalamualaikum,

Kali ni post n3 mengenai anak bujang aku........ Cerita dah basi baru ada kelapangan nak postkan n3 ni...... ini kali kedua menyertai pertandingan memancing kat Putrajaya........ Sirkit 1 dia tak joint, dia hanya joint sirkit 2 dan 3 dan sekarang ni merengek-rengek nak joint sirkit 4 iaitu sirkit terakhir untuk tahun 2013. Sirkit 4 ni kalau tak silap aku dalam bulan November yang akan datang ni........ di dalam sirkit 2 dan 3 seekor ikan pun tak dapat dan sekarang nak joint sirkit 4 pula...... masa dia minta kebenaran untuk pergi pertandingan memancing sirkit 3 hari tu aku dah cakap dengan dia, "kalau abang tak menang, next sirkit tak payah joint lah..." and now pula aku cakap dengan dia "kalau abang dapat naik kelas yang bagus, mama akan sponsor yuran pendaftran untuk sirkit 4" and terus berkobar-kobar mentelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir tahunnya.......
ni masa pertandingan memancing siri 3..... dia pergi follow bapak kawannya........ siap bermalam kat sana......... lepas tu duk sms aku, "abang rindu mama lah" tak sampai sehari pergi dah rindukan mamanya!!!!
 kalau tak silap aku yang siri 3 ni dia orang buat kat presint 8.......
 orang duk pasang 2 or 3 joran, my hero hanya sebatang ajer....... mana nak menang!!!!!!!
nilah kawan yang dia follow tu....... bapa budak ni pun kaki pancing juga dan masuk juga pertandingan ni........

Abang, mama berdoa jika abang joint sirkit 4 ni harap-harap abang menang lah pula kali ni......... amin.......

Khamis, 24 Oktober 2013

Buah Ciku

Assalamualaikum,

Pernah tengokkan buah ni??? Orang dulu-dulu cakap kalau tanam pokok ciku depan rumah alamatnya rumah tu akan tinggal kosong..... tapi pokok ciku ni bukan di tanam depan rumah ya, ianya ditanam dikebun MIL...... so inilah hasil kutipan kami hari Ahad lepas....... sebaldi penuh dapatnya..... Puas pulak aku duk memeramnya........ bila dah masak betul kupas dan potong-potongkan dan disimpan di dalam esbok laju ajer habisnya........ sejuk ajer bila melalui tekak........


Selain ciku ada juga rambutan kuning..... tapi tak banyak pula buahnya..... dapat sikit ajer........

Isnin, 21 Oktober 2013

Cer teka buah apakah ini????

Assalamualaikum,

Pernah tengok buah ni.....
aku baru first time tengok buah ni..... selalu tengok yang dah kering  ajer..... itu pun kalau nak dicampur dalam gulai........
kalau kau orang nak tau ni lah buah asam gelugor untuk buat asam keping tu...... kat kebun MIL aku ada pokok ni dan dah berbuah dengan banyaknya....... so semalam kita orang gi memetiklah...... ini kali kedua we all gi petik buah ni........
 ni proses untuk membuat asam keping..... mula-mula kena basuh dan kerat-keratkan, lepas tu susun atas talam dan jemurkan dibawah terik matahari kalau mendung tu cepat-cepatlah angkat supaya asam keping tu tak berkulat.......... jemur sehingga mengecut or kering betullah........
 setelah melalui proses jemuran yang entah berapa kali....... maka hasilnya seperti di atas....... 
jimat duit........ tak payah beli kat kedai........ yang first time hari tu dapatlah sebalang .......... boleh pakai setahun tu..........

Rabu, 16 Oktober 2013

Joran aka Batang Pancing

 Assalamualaikum,

Lama sungguh rasanya tak post new n3..... salah satunya sibuk sangat sekarang ni....... sebab tak lama lagi event besar akan muncul..... dan yang keduanya tak ada benda yang nak dipostkan, senang cerita tak ada cerita yang best-best nak diuploadkan..........

Cerita tentang aidil adha pun tak ada...... malas nak snap gambar.........

Hanya cerita tentang joran aka batang pancing my hero ajerlah kali ni ya!!!!!! Sekarang ni dah ada 5 batang kail kepunyaan nya....... 4 batang ajer pemberian Pak Tehnya....... Pak Tehnya memang kaki pancing...... ngamlah dia orang..........
 dulu hanya ada 2..... malam raya aidil adha tu dapat lagi 3 batang joran siap dengan machine "Abu Garcia" lagi...... sukalah dia dapat machine "Abu Garcia" tu..... dah lama dia hajatkan machine "Abu Garcia" tu...... tapi disebabkan ibunya tak mampu dan tak sanggup nak menghabiskan duit untuk beli machine memancing yang berharga RM200 ke atas tu so ibunya hanya pekak kan ajer telinga..... buat don't know ajer bila masuk ke kedai peralatan memancing........ lebih baik ibu belikan makanan daripada ibu belikan machine tu...... beli makanan tentu kenyang anak-anak, kalau beli machine tu apa yang dapat???? masuk pertandingan memancing tak menang-menang!!!!!!
 ni lah joran yang dia dapat dari Pak Tehnya..... siap ada joran untuk memancing laut....... 
entah bilalah abang nak pergi ke laut tu???? nak memancing kat sungai Linggi pun tak lepas-lepas lagi, inikan pula nak kelaut!!!!
yang tengah tulah guna machine "Abu Garcia"........ 
malam tu siap bawa masuk ke dalam rumah semua jorannya tu...... takut kena curi.........
 ni lah rupanya machine Abu Garcia tu..........

Petang raya semalam sibuk ajak aku ke Pengkalan Kempas, Linggi untuk memancing...... aku cakap kat dia, "kalau abang gi memancing kat PK dan mak-mak saudara abang tau sure dia orang marah....... Pengkalan Kempas ni dekat dengan kampung aku ya!!!!!! mancing kat PK boleh, balik buka rumah kampung tak mau, so aku cakap tak perlu dan aku janji dengan dia if dia dapat naik kelas nanti baru aku bawa dia gi memancing.......... so abang, kenalah belajar rajin-rajin untuk peperiksaan akhir tahun yang bermula hari ini....... ibu doakan abang dipermudahkan untuk menjawab segala soalan-soalan peperiksaan itu....... amin............

Jumaat, 4 Oktober 2013

Fireworks - The Finale

Assalamualaikum,

Sebelum aku cerita pasal hari terakhir pertandingan bunga api ni aku upkanlah dulu n3 yang tak dipublishkan lagi.... n3 tu pun pasal bunga api juga..... so kita satukan ajer......  tapi masa aku pergi ni kalau tak silap aku USA punya pertunjukkan........ dari kenduri my sister kat Shah Alam tu we all singgahlah Putrajaya dulu....... tapi memandangkan port kami tak strategic maka tak cantiklah pemandangannya....... nak masuk terus ke area kompleks sukan air persint 5 tu dah tak boleh  sebab dah full...... jadi berhenti ajerlah kat tepi jalan menghadap ke arah tasik tu........
bentang tikar you all...... memang ramai orang kat area kami lepak tu......... my hero with gadgetnya......... menunggu dengan sabar......... so hasilnya...........
bunga api kembang dibelakang bangunan tu.......... frust betul we all............
tak puas hati betul masa ni....... frust ajer........


dan oleh kerana tak puas hati, so pada 2 October tu, pagi-pagi before pergi kerja aku dah hint kat en. suami "malam ni ada pertunjukkan bunga api lagi tau" Dubai punya pulak" and en.suami tanya aku, "nak pergi ker?" Aku jawab terpulang pada driver......... (omak yang lebih ni tau!!!! anak-anak releks ajer......)

so dalam pukul 9.30 selepas semuanya menunaikan solat isyak, we all pun gerak ke Putrajaya dan dapatlah parking kat kompleks sukan air tu........ ingatkan tak ramai orang, almaklumlah hari bersekolah........ sesak dan jammed jugak........ memang puas betul dapat tengok dekat-dekat and dengar dentumannya yang mengegarkan jantung tu..........
 sampai-sampai ajer terus dengar dentuman yang pertama....... masa ni nak gi ke tepi tasik tulah daripada tempat parking.............

gambar-gambarnya tak cantik ya!!! pakai kamera murah ajer.........
 dapat betul-betul tepi tasik menghadap ke arah bunga api tu.........
 antara yang berjaya ditangkap oleh lensa kamera murah aku.........

 dan yang ini.........
 dari kamera my gegirl.......
 
dan masa tu pulalah angin bertiup dengan kencangnya dan maka terjadilah...........
 kebakaran kecil kat tempat dengan pembakaran bunga api tu.........
sebelum balik sempat lagi beli aiskrim.......
jammed........ tunggu clear baru we all gerak balik ke Nilai.........