Selasa, 28 Januari 2014

Update mengenai my Hero

Assalamualaikum,

My Hero demamnya on and off ajer..... bila masuk maghrib mulalah panas balik badannya..... dah ambil darah, platelet (betul ke idak ejaannya tak pasti pulak) dan plateletnya ok..... masih tinggi lagi kata doktor...... dan doktor terus cakap my hero kena demam virus ajer..... doktor kata demam virus ni pun kena waktu malam ajer...... dan hari Rabu ni (esok) doktor suruh datang lagi ambil darah........ harap-harap tak ada apa-apa yang seriuslah........ hanya demam biasa ajerlah hendaknya......

Aku selalu notice, bila nak gi cuti-cuti mesti ada yang jatuh sakit...... ni en. suami dah cakap semalam if my hero tak ok, kita batalkan ajer percutian ni...... dulu masa nak gi Langkawi (ni masa Najwa masih tadika lagi), Najwa tak sihat juga....... demam dan muntah-muntah.... tapi ticket flight dah beli so terpaksa juga pergi......... tapi sebelum bercuti aku terpaksa bawa Najwa ke pakar kanak-kanak kat Seremban, kena RM200 untuk ubat yang power untuk bekalan di Langkawi...... dan masa nak gi bercuti ke Cameron Highland, en. suami ngan aku tak sihat, tapi anak-anak dah excited sangat nak gi so pergilah jugak......... Cuti untuk kali ni satu benda tak booked lagi dan nampaknya kena batalkanlah percutian ni........ huhuhu......... ni bukan anak-anak yang sedih ya, omaknya yang sedih..... sebab dah lama tak bercuti dan cuti raya cina nilah peluangnya................ arggggggghhhhhhh........... tapiiiiiii tak apalah demi kesihatan my hero aku rela............

Jumaat, 24 Januari 2014

My Hero

Assalamualaikum,

Hari ni tak ada gambar ya...... hanya tulisan ajer...... cerita mengenai my hero......

My Hero tengah demam sekarang ni....... balik sekolah petang semalam mengadu pening kepala dan kesejukkan...... aku letak tangan kat dahi, panas sangat...... suruh juga dia mandi, maghrib dan selepas makan aku bagi dia makan ubat demam..... nasib baik stok ubat demam masih ada lagi.......

Risau aku...... sekarang ni Nilai tempat teratas kes denggi di Negeri Sembilan........

Aku suruh dia minum air suam banyak-banyak....... pagi ni sebelum aku gi kerja aku rasa tubuhnya.... ok nampaknya....... harap-harap demamnya dah kebahlah........ harap-harap dia demam biasa ajer..........

Ya Allah, Ya Rahman jauhkanlah anak-anak aku dan ahli keluarga ku dari demam denggi....... amin........

Rabu, 22 Januari 2014

Pekan Linggi

Assalamualaikum,

Terjumpa gambar lama Pekan Linggi sebelum dan selepas kebakaran dekat FB group Bugis Linggi kalau tak silap aku........ Admin group Bugis Linggi tu sebaya pula dengan aku dan now menetap kat US....... rajin dia duk mengumpul cerita tentang Linggi ni, perihal asal usul Linggi (sejarah Linggi) dan sebagainya...... 
yang duduk kat Malaysia amnya dan Linggi khasnya pun tak dapat nak cari gambar ni.........

Aku copy dan letakkan pula kat blog aku sebagai kenang-kenangan dan bacaan anak-anak aku satu hari nanti......... LOVE LINGGI.......
inilah rupanya Pekan Linggi dulu-dulu..... ini sebelum kebakaran...... 
kalau sekarang dah banyak kedai batu dah, dah ada taman perumahan lagi..........
gambar ni mungkin dirakam awal 80 an kot sebabnya Pekan Linggi hangus samasekali dalam kebakaran pada 2 Oktober 1988 (tarikh tu mengikut petikan suratkhabar yang disertakan kat dalam FB tu......) try nak download suratkhabar tu, tak boleh pula..........
ini pula semasa kebakaran.......  habis musnah kedua-dua blok kiri kanan kedai tu, tapi hanya ada 2 bangunan kedai ajer yang terselamat, satu dari nya ialah pejabat pos dan satu lagi pasar chakboo...... kenapa terselamat???? sebab tokey pasar tu ada getah penyembur air macam bomba, so dia pam air sungai yang kat sebelah pasar dia tu dan dok sembur kat bangunan pejabat pos dan pasarnya ajer......... macam mana aku tau??? sebab aku tengok kejadian kebakaran ni........ masa kebakaran tu, aku ada kat rumah tengah mandi, hari cuti kalau tak silap aku....... tiba-tiba arwah nenek aku menjerit dari serambi duk mengatakan Pekan Linggi terbakar........ rumah arwah nenek dan arwah mak aku tak jauh dari Pekan Linggi ni, kalau berdiri kat tepi jalan depan rumah pusaka tu nampaklah Pekan Linggi......... aku tengok dekat-dekat kejadian tu..... habis orang kampung semua keluar masa tu........ jammed usah cakaplah sebab jalan ditutup samasekali, nak ke Pengkalan Kempas or Lubuk China tak boleh lalu, api tengah marak........

Satu yang aku tak boleh lupa........ baju yang aku tempah...... habis hangus juga......... bukan sepasang tau..... 3 pasang........ dan tailor tu pun dah tak menetap kat Linggi, tak tau kat mana....... aku suka hantar kat dia, sebab selesa bila dipakai........

Banyak kenangan kat Pekan Linggi ni....... pernah berdating kat pekan ni dulu-dulu (kenangan lama..... en. suami, jangan marah ya!!!!)

Selasa, 21 Januari 2014

Bersantai kat Taman Tasik Bangi

Assalamualaikum,

Bawa anak-anak bersantai ke Taman Tasik Bangi minggu lepas....... hilangkan kebosanan dia orang yang duk lepak kat rumah ajer sempena cuti panjang minggu lepas.......
ada juga yang duk main boat control (remote) kat tasik tu.........
penuh ngan gambar dia ajer........ abangnya tak mau bergambar.......

Isnin, 20 Januari 2014

Puding Oreo pula......

Assalamualaikum,

Cuti panjang minggu lepas kenalah mamanya rajin ke dapur.......  buat puding oreo pula......

Tapi puding oreo ku tak berlapis..... tak nampak 2 lapisan pun......
agaknya tak berlapis tu sebab dia membuak keluar kut...... aku pergi sidai kain baju sekejap ajer, dengan api yang kecil, masuk balik ke dapur tengok dah membuak keluar........ frust....... tapi rasanya sedap, kata anak-anak aku lah....... siapa lagi yang nak puji kalau tak dia orang....... hanya dia orang dan en. suami ajer yang duk makan.........
inilah rupanya puding oreo yang tak berlapis tu....... huhuhu........

Puding Roti lagi

Assalamualaikum,

Buat sekali lagi puding roti ni....... tak sempat tunggu vanilla sosnya, licin........ anak-anak makan waktu panas-panas..........

Khamis, 16 Januari 2014

Mentos SMS contest

Assalamualaikum,
aku ada joint contest ni....... joint bila aku ada beli mentoslah...... dan

tak sangka pula disenarai pendek sebagai pemenang hadiah harian bertarikh 3 Disember 2013 berupa KFC voucher.........
berbagai-bagai contest aku joint dalam tahun 2013 dan akhirnya melekat satu hadiah......... walaupun voucher KFC, tetap bersyukur jugak...........

Gotong Royong Perdana

Assalamualaikum,

hari Ahad lepas kat Taman Perumahan kami telah anjurkan satu gotong royong perdana untuk membersihkan kawasan taman perumahan kami...... nak tau sebab apa diadakan gotong royong perdana ni???? nak tau!!!!
dah tau belum??? sebab ni lah di adakan gotong royong tu...... nampak tak angka 11 tu???? Maksudnya dah ada 11 kes denggi kat taman perumahan kami ni........... tulah sebabnya kami turun beramai-ramai membersihkan kawasan persekitaran taman kami............
ada kiosk dari kementerian kesihatan lagi......
Gotong Royong Perdana ni telah dirasmikan oleh SU kepada Dato' Shafiee Afdal, iaitu Dato' Abd Karim (kalau tak silap aku lah....... Bangsawan Nilai tolong betulkan kalau salah ya!!! dan dengarnya Dato' ni orang Kubang jer!!!!) Yang botak tulah Dato' Abd. Karim.........
acara dimulakan dengan membersih kawasan dihadapan kedai-kedai dan lorong-lorong dalam taman tu...... pihak MPN menyediakan lori untuk mengangkut sampah-sampah yang telah dikumpulkan...........
my hero...... 
macam kekok ajer memegang penyapu tu????
en. suami........
yang memerhati lebih ramai dari yang bekerja............
sebelum bersurai bergambar beramai-ramai bersama dengan Dato' Abd. Karim.........
ni gambar dekat........ untuk menerima cenderahati dari penghuni taman kami.........
bergambar dengan kaum muslimah taman kami.........

Isnin, 13 Januari 2014

Sate R & K @ Enstek

Assalamualaikum,

Seminggu aku cuti berblog, mengupdate bloglah..... sebab terlalu sibuk minggu lepas dengan registration day..... balik ke office pagi ni sibuk pula dengan time table - settlekan clashing time table dan add and drop subject budak-budak ni pula....... pening kepala akakkkkkk...... and now at 5 pm baru boleh mengepos n3 tiga minggu lepas.........

Ni cerita 3 minggu lepas ok...... aku ke Sate R & K yang kat Enstek tu...... tu pun pergi sebab hero aku duk teringin nak makan sate..... mula-mula nak ke Kajang, ke Sate Samuri tapi disebabkan kemalasan yang melanda so we all cubalah sate r & k ni and kebetulan nak ke Zemart untuk beli barangan basah..........
ni lah rupa kedainya yang kat Enstek tu......  Sate R & K ni ada 2 cawangan kat Seremban tau..... 
kat area kedai ni ada Secret Recipe also...... nama jalan or lorongnya aku tak tau....... kedai ni tepi jalan nak ke LBJ or ke kawasan Industrial Enstek tu......... senang ajer nak cari, kalau u all duduk kat area Nilai lah....... kalau orang luar tak dapat den nak tolong der...........
Bagi aku, servis yang kat sini cukuplah lembap...... satu jam duk menunggu makanan sampai walaupun pada masa tu hanya ada 3 pelanggan ajer......... dah tu makanan yang dihantar sejuk pula tu...... ingatkan menunggu 1 jam, sate yang dihantar panas, tapi hampa..........
cukup-cukup frust aku gi makan kat sini........ 
dah habis makan baru teringat kat Nilai ada Sate Willy............ arggggggghhhhhhh frust betul........ First and lastlah gi sini..........

Khamis, 2 Januari 2014

Bermula semula rutinku sebagai supir

Assalamualaikum,

Setelah sebulan setengah  bercuti sebagai supir dan mulai hari ini tugas ku sebagai supir pun kembali...... 6.45 pagi dah keluar menghantar anak dara ku dan tengahari pula pergi menjemputnya....... dan maka waktu lunch aku pun akan mengikut waktu anak dara aku balik dari sekolah........ maka makan tengahari aku pun kembali tak menentu lah, kadang sempat lunch dan ada masa tak sempat........

My hero tak ada masalah..... dia pergi sekolah naik basikal dengan kawan-kawannya..... tapi kalau dia pun kena berhantar, memang kelam kabutlah aku....... sebab dia sekolah petang........ jadi waktunya tak sama dengan adiknya.........