Selasa, 31 Mac 2015

Wedding Anak Jiran

Assalamualaikum,

Kenduri ni 2 minggu lepas. Jiran dekat rumah aku buat kenduri kahwin. Anaknya perempuan, kahwin dengan orang KK. Last saturday buat kat KK pula........
antara menunya selain nasi briyani
sate
kambing golek
dan ada juga kuih-kuih
simple pelamin ajer

Rabu, 25 Mac 2015

Sanah Helwah Tengku Ahmad Adli

Assalamualaikum,
Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati mu, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, InsyaAllah..........

Sebenarnya tarikh lahirnya ialah pada 22.03., tapi oleh kerana kesibukkan si sang ibu maka n3nya baru hari ni ditempelkan........
Nanti ibu belanja makan ok!!!!

Selasa, 24 Mac 2015

Kundang Siam dan 2 Biji Mangga

Assalamualaikum,
sekarang ni tengah musimnya kan???
kat Pasaraya harganya RM24+++ sekilo
tapi yang kat atas tu aku beli RM5 selonggok
beli kat pasar malam Salak
mmmmm sedappppppp manisssssss bangat.....
rabu ni boleh beli lagi..............
hanya 2 biji ni ajerlah buahnya
pokoknya bukan main besar lagi
sekarang ni pokoknya tengah lebat berbunga....
harap-harap menjadi lah......
boleh sedekah kat jiran tetangga nanti..............

Jumaat, 20 Mac 2015

MMA Santai @ Nilai

Assalamualaikum,

Cerita tentang makanan lagi............

Menternak lemak lah betul........ dah ada yang tegur ahkak kata badan dah naik balik....... huhuhu........ sedihhhhhh........ kena diet balik lah ni............
 seperti biasa, kalau ke MMA Santai ni meatball dari stall burger bakar ni mesti di order.........
selain meatball order juga potato wedges
yang ni hot plate mee untuk en. suami.......
kurang di tekak aku
harga RM8 
mahal aku rasa........
kalau kat tesco baru RM7
mee bandung untuk my hero
sedappppppp
ahkak sukaaaaaaa
sorry gambar gelap.......
ni sotong kangkung
sedappppppp
mee sup untuk Najwa
dari
stall  papa sup power tu........
mmmmmmmmmm kurang di tekak ahkak
ahkak punya tak ada ker????
ahkak hanya rasa sikit-sikit ajer from yang diorder tu......
heheheeeeee
kononnya diet.......

tak ada ke mana dietnya, 
sebab sebelum keluar ke situ ahkak dah makan nasi kat rumah
ahkak dah siap masak
actually memang tak ada plan nak makan-makan kat MMA santai, tapi malam tu sebab nak gi ke ATM kat Bandar Baru Nilai, so terus ajer en. suami ajak singgah...........

Rabu, 11 Mac 2015

Mama One Stop Bakery & Cafe @ Kg. Sentosa, Ampangan

Assalamualaikum,

Semalam aku ke Seremban atas urusan seri paduka baginda. Selesai kat Seremban kena pula ke Senawang untuk dihantar salinan surat tu kat pejabat kat Senawang. 

Ke Senawang en. suami ikut jalan Kg. Sentosa Ampangan dan ini adalah pertama kali aku jejak/ikut jalan Kg. Sentosa tu........  dan ternampak lah satu Restaurant kat situ.........

sebelum aku nak cerita pasal Cafe tu aku nak say sorry kat orang-orang Kg. Sentosa, sebab selama saya bersekolah dan bekerja di Seremban saya ingatkan Kg. Sentosa ini adalah kawasan setinggan sebabnya setiap kali balik dari sekolah dan bila dah bekerja pun ramai yang turun dari bas SKN  kat tepi Jalan Senawang Paroi tu dan ikut jalan tanah merah untuk ke Kampung Sentosa. So aku ingat sure kat situ kawasan setinggan. Kampung Sentosa ni juga kalau tak silap aku dikenali sebagai MahFah sebab kat kampung tu ada kilang papan masa dulu-dulu.

Kat dalam Kg. Sentosa ni ada banyak gerai makan tau, pilih ajerlah.........
so kami decide singgah kat Restaurant ni
Mama One Stop Bakery & Cafe
Tempat makan kat atas manakala kat bawah dia punya kedai kek
cantik tempatnya
antara roti yang dijual di situ
antara donut yang dijual
donutnya terlalu manis
kalau orang yang ada diabetes tak digalakkan makan
terlalu-lalu manis............
lagi donut........
kek.......
ini kat bahagian atas
bahagian makanan panas
yang pakai baju merah tu adalah juara PU yang baru-baru ni.......
orang Kanchong, Rantau........
lagi tempat makan kat bahagian atas
Cafe ni di buka sehingga 7.30 pm sajer.......
nasi ayam my hero
soto untuk aku
cendol
manis yang amat
dan en. suami ambil set makanan kampung
tak ambil pula gambar makanan en. suami sebab leka sangat makan......
rasa dari tekak akak untuk makanan yang diorder memang ok
cukup segala-galanya.........

Kiriman dari Vietnam Sampai Sudah.......

Assalamualaikum,

Badan tak berapa nak ok hari ni. Ni mungkin disebabkan rushing sangat semalam. Dah tua tua ni disuruh kesana kesini tu yang jadi lemau rasanya dan tambahan pula semalam kat faculty ni ramai yang demam. 

Aku ke Seremban semalam atas urusan Seri Paduka Baginda. Pergi after 12 noon. Half day lah semalam. Dengan cuaca yang amatlah panas membahang kat Seremban tuuuuuuuuu dengan parking yang amatlah jauh dari pejabat yang kena pergi tu dan terpaksa pula menapak dalam terik matahari. Tu yang lemau sangat rasanya hari ni.     

Jadi dalam badan yang tengah lemau ni ternampak pula ada gambar yang tak dipostkan n3 nya lagi. Taklah gempak sangat ceritanya tapi sebagai kenang-kenangan ajer.
aku kirim...... kirim yang last minute tau
sebab adik-adik aku ke Vietnam pun aku tak tau
tup tup bila depa sampai sana baru whatsapp mengatakan yang depa ada kat Vietnam
kalau nak beli baju kurung bolehlah kirim katanya........
selalunya bila orang nak kirim sesuatu barang mesti orang yang akan membeli tu akan berkata
"Jangan kirim dengan air liur ajer"
tapi baguslah adik-adik aku, dah sampai sana baru bertanya nak beli baju kurung tak.............
kiranya balik baru bagi RMnya................
aku kirim 2 pasang
satu untuk aku dan satu lagi untuk putri aku.......
depa beli warna yang seakan-akan hampir......
aku tak suka yang ada batu-batuan ok
aku nak yang simple
yang sesuai untuk dipakai ke pejabat
dan
senang terus masuk mesin basuh..........

Isnin, 9 Mac 2015

Pertandingan Kawad Peringkat Sekolah

Assalamualaikum,

Si DIA masuk pertandingan kawad. DIA mewakili Pasukan Beruniform Pandu Putri. Hari - hari DIA berlatih kawad dan muka pun dah naik gelap dah. Sabtu lepas adalah hari kemuncaknya........

Sayang seribu kali sayang aku datang terlambat sikit so tak dapat lah ambil gambar dia tengah berkawad. DIA cakap ngan aku pasukannya yang ke tujuh masuk untuk bertanding so aku agak-agak dalam pukul 11 pagi baru dia mula tapi sebaik ajer aku sampai pasukannya baru habis kawad........ sorry lah sayang mama terlambat.........
before dia pergi ke sekolah, kasi dia sarapan dulu
 kalau tidak kang pengsan pula kat tengah padang
dekat pukul 2pm baru habis pertandingan kawad ni...........
6.40 pagi dah sampai kat sekolah
lepas hantar DIA aku balik dulu.......
siapkan kerja rumah apa yang patut........
sempat berposing lagi tu.......
yang depan tu ketua platun dia orang
latihan terakhir sebelum bertanding
2 gambar kat atas tu pengadil sedang membuat semakan/memberi markah tentang keseragaman pakaian, tudung, rambut dan sebagainya seperti letaknya lencana di tempat yang betul or not dan macam-macam markah lagi lah.........
Aku sampai sekolah waktu pasukan putra kadet remaja sekolah tengah bertanding kawad
so ini ajerlah yang dapat aku snap.......
sekeping lagi gambar KRS (putra) yang tengah berkawad.......

gambar-gambar kat bawah ini adalah pasukan-pasukan beruniform yang masuk bertanding
Gerak masuk ke padang kawad untuk menunggu keputusan 
 pasukan pengakap 
dapat tempat kedua kawad putra
pasukan bulan sabit merah (putri)
tempat kelima kawad Putri
pasukan kadet remaja sekolah (putri)
Johan kawad pasukan beruniform Putri
kadet polis
tempat ketiga (putri)
bulan sabit merah (putra)
tempat ketiga
putri islam
tempat kedua bahagian putri
pasukan beruniform pandu putri
hanya dapat tempat keempat
jangan kecewa anak - anak pandu putri
 anda semua dah buat yang terbaik tahun ni
keputusan pun bagus dari tahun lepas
cuba lagi tahun depan ok........
adat bertanding, mesti ada yang menang dan kalah..........
kadet polis putra
tempat terakhir bahagian putra
kadet remaja sekolah (putra)
Juara bahagian putra
tengah menunggu keputusan di bawah terik matahari
Juara Pasukan beruniform akan mewakili SMKDC ke peringkat Daerah pula.......
Kadet Remaja Sekolah, putra dan putrilah yang akan mewakili sekolah ke peringkat Daerah...........
Pengetua SMKDC sedang merasmikan penutupan pertandingan kawad pasukan beruniform SMKDC

ohhhhhhh my Putri Ain Najwa,
Jangan kecewa........
cuba lagi tahun depan............


putihkan kulit tu dulu sayang, dah gelap sangat mama tengok muka tu........

Jumaat, 6 Mac 2015

Birthday gift yang Najwa terima

Assalamualaikum,

Sorry gambar gelap.
Tak pandai nak adjust-adjust
purse dari Vietnam 
pemberian Mak Ndaknya
Skirt labuh pemberian Pak Su dan Mak Su nya
selain skirt ada tudung dan juga kotak simpan barang-barang
dari Mama 
tunggu...............


Terima kasih kepada yang memberi
tahun depan boleh beri lagi ya!!!!!!!

Khamis, 5 Mac 2015

Aktiviti-Aktiviti dan Pertandingan kat NU

Assalamualaikum,

Ini cerita minggu lepas. Ada competition anjuran Indian Culture Society - students punya club lah. Selain students, staff pun boleh joint this competition. Festival ni dipanggil Ponggal Thirunaal - Harvest Festival 2015.

Sepanjang festival dan competition ni aku tak turun pun pergi tengok. Tak kuasa...... panas oiiiiiiiiii.

Gambar-gambar ni aku ambil kat FB Suhaila, Lecturer dari Science Health faculty. Jangan marah ya Su, akak celok gambar-gambar ni........
ini ponggal competition
ini dari faculty science health.
Nursing lecturer semua tu
lagi gambar dari Nursing Dept
sporting betul dia orang
semua turun
lagi gambar dari dia orang
kalau tak silap aku, department dia orang juara Ponggal ni.......

Faculty aku pun ada joint competition ni tapi gambar tak ada lah
so tak dapat nak tayang our lecturer duk buat ponggal........
Danish students pun joint ponggal competition ni
ambik kau, terpaksa memasak tengah panas terik.........
sehari sebelum tu ada Kabbadi Competition juga.......
biar gambar ajer yang berbicara
nak cerita lebih 
tak tahu
sebab hamba tak turun ke competition tu.......
dan ada juga kolam competition
salah satu kolam yang dipertandingkan.......