Rabu, 29 Julai 2015

Raya Ketiga

Assalamualaikum,

Terus upkan n3 raya ketiga sebabnya raya ketiga ni ada gambar-gambar yang sempat disnap. Sorrylah gambar kebanyakkannya kabur sebab malas sangat nak keluarkan kamera. 
Kita guna handphone cap ayam ajer untuk snap gambar.

Raya kedua bukan tak ada ceritanya. Addaaaaaaaaa. Yang tak adanya gambar-gambar ajer. Sebab tak sempat snap gambar pada raya kedua adalah kerana ahkak is sibuk kat dapur.......... kat rumah usang kami di Linggi tu pada hari raya kedua semua adik-adik dan anak-anak buah arwah mak dan sepupu sepapatnya akan datang bertandang. Tak pernah missed pun....... jadi memang lah kami selaku tuan rumah akan sibuk memasak untuk bagi sepupu sepapat kami makan tengahari......... sayang sungguh tak ada gambar pada raya kedua ni........... 

Belah petang baru kami boleh keluar pergi beraya ke rumah tok-tok sedara dan mak - mak saudara di Linggi, Permatang Pasir dan Pengkalan Durian........ Tapi tahun ni ahkak tak ikut dia orang beraya, hanya anak-anak ajer yang ikut manakala en. suami balik kerumah mak nya di Kuala Sawah. Ahkak rilek kat rumah, duduk dekat-dekat dengan kipas........ Panasssssssssss oiiiiiiiiii bukan main pada raya kedua tu......

Oklah kita cerita balik pasal raya ketiga. Raya ketiga rumah kampung kami dah tutup. Masing-masing dah balik ke rumah Mertua or kerumah masing-masing. Tapi sebelum sampai ke rumah Mertua or rumah sendiri, wajib singgah beraya dulu kat rumah Mak Su kami kat Taman Rashidah Utama. Tahun ni rumah Pak Cik di Paroi Jaya dan rumah Mak De kami di Rasah Jaya tak pergi....... Tak pergi rumah Pak Cik sebab dia anak beranak pun duk beraya kat rumah Mak Su....... Rumah Mak De tak pergi kerana apa ya???? 
tahun ni sekeping gambar makanan pun tak disnap
ini gambar ahli keluarga kami
3 generasi ni........
tak cukup korum sebab ramai yang tak ada
ada yang dah balik awal, ada yang tengah sembahyang, ada yang belum sampai dan ada yang tak datang pun. 
lagi sekeping gambar kami................
dan sekeping lagi......
dan ada juga dubsmash.......
tapiiiiiiii tak mau lah tempelkan kat sini.................
meriah sungguh jumpa sepupu sepapat kami................

Selasa, 28 Julai 2015

Raya Pertama

Assalamualaikum,

Baru dapat postkan n3 mengenai raya pertama kami kat blog ni sebagai kenang-kenangan dikemudian hari.

Tema kami tahun ni HIJAU (Mak ko Ijau).
kami sekeluarga
me with en. suami
me with adik-beradik perempuan.....
korang sorang sebab lambat sangat sampainya, nun jauh di Mantin.............

tahun ni lemau sikit nak mengambil gambar, tu sebabnya gambar tak banyak. Gambar makanan lansung tak ada............

Isnin, 27 Julai 2015

Raya Ke 9

Assalamualaikum,

Terus cerita Raya ke 9..... Cerita Raya hari pertama hingga ke 8 belum lagi sebab aku masih tak boleh upload gambar ke komputer lagi...........

Raya ke 9 ni kakak aku yang kat Mantin tu buat majlis bertunang anaknya. Yang hadir hanya kaum keluarga terdekat dan jiran kakak aku kat Bayu Lake Homes tu........ Buat majlis kecil-kecilan ajer.

Masak-masak kat rumah my sis tak ada sebab my sis tempah kat jirannya ajer......... Menunya kari kambing, ayam goreng berempah (kot), sayur dan juga sambal sotong yang dimasak oleh adik ipar aku kat Bandar Seri Sendayan. Gambar makanan tak snap satu pun............. 



dari pihak perempuan.....
dimekapkan oleh kakak iparnya......
orang-orang sebelah
my BIL sedang berbincang dengan jurucakap bagi pihaknya......
disarungkan cincin oleh bakal mak mertuanya
dari pihak lelaki
 mak bapak dan bakal pengantin bergambar
 kami mak-mak saudara, bondanya, kakak iparnya, adiknya dan kakak sepupunya bergambar bersama bakal pengantin
 Abang Lang anak adik aku.........
memang kena buli dengan kita orang ajer

Khamis, 23 Julai 2015

Hari Raya 2015

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Hanya dapat titipkan 4 keping gambar yang dah diframekan jadi satu. Gambar dari handphone anak aku belum dapat upload lagi. Gambar ni pun celok dari FB adik aku...........

Tema aku tahun ini "Mak Ko Hijau"..............

Seperti tahun-tahun yang sudah first hari raya mestilah kat kampung aku, Linggi........... Tahun ni after Sembahyang Jumaat baru bergerak ke rumah MIL di Kuala Sawah.......... tak jauh pun kampung kami..... dekat - dekat ajer............ satu jalan........

Selasa, 14 Julai 2015

Ke I City Shah Alam

Assalamualaikum,

Kami ke I City Shah Alam ni pada hujung bulan 5 hari tu. Orang tua-tua kata sambil menyelam minum air........ ke Shah Alam sebenarnya ada undangan kenduri kahwin anak Mak Long. Kami gerak ke Shah Alam pada hari Sabtu dan malamnya round-roundlah kat I City........... Wedding tu pula pada hari Ahad........ Kami sewa apartment 3 bilik kat Intekma Resort.........

So dah tak ada idea apa yang nak dicoretkan, so you all tengok ajerlah gambar-gambar tu ya!!!. Biarkan gambar ajer yang berbicara...............
kat kamera aku yang banyaknya gambar si adik, gambar si abang kat handphone dan payah pula aku nak menguploadkannya............

Isnin, 13 Julai 2015

Dapat Shawl Lagi

Assalamualaikum,

Ouchhhhh, sebulan aku tak bersiaran. Mood kemalasan melanda. Bukan nya tak ada bahan untuk di tempelkan sebagai kenang-kenangan tapi tahap kemalasan cukup kuat melanda diri aku ni.

Pagi ni dapat souvenir dari one of the lecturer. Dapat shawl dan key chain. Kalau ikutkan dah boleh buka kedai jual shawl dah aku ni......... terima kasihlah kepada yang memberi.......

Tapi kan aku dapat key chain dari London lah pula....... kenapa London ya? Bukannya Rusia!!. Yang memberi ni selepas graduation anaknya di Rusia dia terus pergi bercuti ke London pula. Terima kasih sekali lagi buat yang memberi................