Isnin, 18 Disember 2017

Majlis Nikah Eiqa

Assalamualaikum,

Jumaat lepas selepas solat Jumaat kami sekeluarga gerak ke Serting, Felda Raja Alias 4. Ke rumah abang yang sulong sebab majlis perkahwinan anaknya. Adik ahkak yang no. 2 dan Mak Su dah gerak awal dalam pukul 10 pagi dari Seremban. So dia orang sempat lah untuk majlis Nikah pada pukul 3 petang tu...... Ahkak sampai Serting dalam pukul 6.30 petang.

Gambar sekitar majlis pernikahan  ini dan merewang adalah ihsan my sis.............
Pelamin


Pengantin di nikah kan oleh bapanya
Pengantin bersama ibu dan bapanya




Se ekor lembu sekejap ajer dia orang kerjakan.
Ahkak sampai 6.30 petang tu dah clear everything.
bersih betul di orang kerjakan.
semangat kerjasama orang-orang blok 22 Felda Raja Alias 4

Pelpero Steak House @ Seremban 2

Assalamualaikum,

OTW balik ke Nilai singgah makan kat sini. First time ke Restaurant ni. Ini pun my Kazen, Zadza yang bagi tahu ada steak house baru buka kat Dataran Centrio, Seremban 2. Pelpero Steak House (kalau tak silap nama kedai ini, ahkak terlupa pula namanya, tapi ada "ro" kat belakangnya) berada di belakang Zawara. Kalau nak gi Mydin Seremban 2 tu nampak ajer dari tepi jalan.........

Since my kazen si Zadza tu cakap harganya berpatutan dan portion nya banyak maka kami singgah menjamu selera di situ.......
tak berapa nampak pula nama kedai ni........
Ini my Putri punya
namanya lupa pula, spaghetti apa entah.....
cukup banyak sampai tak terhabis my putri...... (sampai nak termuntah dia)
memang sedap, berbaloi...........
Ini my hero punya
cukup besar chicken chop nya sampai tak larat dia nak habiskan......
selalunya tak berkecukupan, tapi kali ini tak larat dia nak menghabiskan.
Ini ahkak punya
Chicken rice black pepper
sedapppppppppp
besar juga portion nya.........
Ini en. suami punya
chicken rice mushroom rasanya (tak ingat)
pun sedapppppppp juga
berbaloi..........
Air ahkak, Asam Boi........

Puas betul makan kat situ. Harga pun berpatutan.........

Orang-orang yang berdekatan dengan Pelpero ini boleh lah terjah kesitu...... Senang ajer nak cari tempatnya......Siapa yang biasa ke Mydin Seremban 2 tu akan jumpa tempat ni.......... nampak ajer dari Mydin food court tu.........

Selasa, 12 Disember 2017

Dari Serting terus ke Nasi Arab Damsyik, Jalan Senawang Paroi

Assalamualaikum,

Hari tu, 2 Disember kami adik-beradik ke Serting. Ke rumah Abang yang sulong sebab dia buat kenduri. Kendurinya lepas Isyak. Kami tak tunggu hingga kenduri selesai sebab jauh kan perjalanan balik, jadi kami pergi belah siang ajer, after Asar dah gerak balik ke rumah masing-masing. 

Tolong kacau seround, dua gendang ajer, lepas tu lebih duduk berborak....... sebab kat sana jiran tetangga memang datang menolong, so kami boleh duduk sembang-sembang ajer sambil tolong siapkan door gift untuk kenduri kahwin anak abang kami ni pada 16 Disember 2017.  

Kami gerak balik dalam pukul 5 petang sampai ajer kat Tanjung Ipoh dalam pukul 6 pm nak ke Seremban Jammed teruk. Kami sampai kat area Nasi Arab Damsyik tu dekat pukul 8 malam. Kau orang bayangkan lah berapa lama kami sangkut dalam jammed..........

Singgah sembahyang dulu kat Surau berdekatan dengan Restaurant Nasi Arab tu...... Park kereta kat area Surau dan jalan kaki ajer menuju ke Restaurant Nasi Arab. 
Nasi Arab Damsyik @ Jalan Senawang Paroi
tak nampak colour nasi arab tu........
haaaaaaaaaa baru nampak colour nya............
order 2 dulang, tu pun banyak balance nya, siap tapau lagi..........




Alhamdulillah, kenyang

Lepas makan gerak balik kerumah masing-masing. Kedua dua adik ahkak dah gerak dulu, tapi dia tengok ahkak tak gerak lagi dia berhenti kat Petronas depan tu and make call kat my putri tanya kenapa tak gerak lagi! My Putri cakap tayar pancit and dia orang pun pusing balik tolong en. suami tukar tayar. Nasib baik ahkak perasan tayar dah kempis......... Dah makan kenyang kena pula buat kerja.............. Nasib. Nasib......

Sampai Nilai masing-masing dah keletihan.......... mandi, sembahyang and terus tidur sebab keesokkan harinya kena balik ke kampung en. suami, sebab ada kenduri juga........................

Jumaat, 8 Disember 2017

TB: Ujian Prestasi Penyediaan Makanan

Assalamualaikum,

My hero ini kat sekolah dia ambil course/subjek Penyediaan Makanan. 

2 week before SPM start dia orang kena duduk ujian memasak. Dia orang kena buat tema kuih tradisional, iaitu Kelepong (panggilan di Linggi) atau pun Buah Melaka dan juga kuih Keria.....
Kuih Kelepong
Sedappppppp. 
Mamanya pun merasalah hasil air tangannya. Dia bawa balik sikit untuk Mamanya merasa.
Kuih Keria.
Kuih Keria dia memang sedap, siap ahkak suruh dia buat kat rumah pula......
ahkak suka kuih kerianya. Mamanya sendiri pun tak pandai buat Kuih Keria ni........
Lembut ajer, ahkak pernah buat, keras jadinya.........

Makan-Makan @ White Garden Food Court Kuarters KLIA

Assalamualaikum,

Disebabkan kemalasan nak mengepos N3 maka jadilah macam ni, dah sebulan satu hari baru berjaya nak mengepos N3.

Jalan-Jalan cari makan kat Kuarters KLIA. Kalau tak silap ni kali kedua kami kesini. Makanan kat sini boleh tahan sedap dan harga berpatutan. Anak-anak suka makan Western Food kat sini. 
Food court style. Ada banyak gerai kat sini.........
pilih ajer mana yang anda suka........... order dan bayar di stall tu. Nanti makanan akan di hantar ke meja anda. Kena inform nombor meja kat stall yang di order..........
Ni stall goreng-goreng.........
Ni kat bahagian air.
Kalau hujan boleh lari makan kat dalam ni......
Ni Chicken Chop Cheese, favourite anak-anak.......
fish and chip en. suami punya
Ini ahkak punya...........
Tambahan sate........

Jumaat, 20 Oktober 2017

Hari Graduasi SMKDC

Assalammualaikum,

Hari Graduasi SMKDC ini telah diadakan pada 1 Oktober 2017 di Nilai Springs Resort Hotel. Setiap murid yang graduasi ini diwajib bayar RM80. Untuk parents makanan tak disediakan, parents kena sarapan siap-siap kat rumah. Anak yang bergraduasi ini saja di beri sarapan oleh pihak sekolah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Pkharuddin Bin Hj Ghazali.
tapi Tuan Pengarah tak tunggu sampai habis, sebab dia ada acara kat Sekolah kat Sikamat yang mana Timbalan Menteri Pendidikan ada di situ.
Ini Pengetua SMKDC, Tengku Adnan (kalau tak silap namanya)
Ada persembahan dari pelajar SMKDC - budak form 5 juga. Yang baju hijau, Firas namanya, satu kelas dengan my hero
gambar dekat si Firas.
Selepas persembahan ni sesi kedua bermula di mana kelas my hero termasuk dalam sesi kedua ini.
my hero sedang menunggu namanya di panggil
semoga anak mama berjaya di dunia dan akhirat....
sebelum acara bermula, ada ditayangkan video setiap kelas tingkatan 5
Ini kelas my hero 5 PVMA
bergambar dengan rakan sekelas
bergambar dengan guru kelas




gambar-gambar dalam berbagai gaya....
gambar dengan mamanya........
satu ciuman untuk mamanya.
Mama doakan Abang semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.......

Khamis, 5 Oktober 2017

Solat Hajat @ SMKDC

Assalamualaikum,

29 September 2017 telah diadakan solat hajat di dataran SMKDC. Solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM untuk tahun 2017. Tahun ini dua-dua anak ahkak menduduki peperiksaan.


Good luck for my kids. Semoga dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan nanti dan semoga berjaya di dunia dan diakhirat. Aamiin.