Jumaat, 27 Julai 2018

Open House kat Bandar Sri Sendayan

Assalamualaikum,

Kalau tak silap majlis ini adik ahkak buat pada penghujung bulan Julai, yang pastinya hari Sabtu....... Open house kat rumahnya yang kat Bandar Sri Sendayan...... Dia buat for staffnya dan ahli keluarga. Anak-anak Pak Cik kami tak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan seperti si Anoi tak dapat hadir kerana anaknya warded, Oja dia pun buat open house untuk officematenya, abang kami yang sulong tu pula buat kenduri doa selamat di Serting dan kami pun tak dapat pergi ke Serting sebab kami semua pergi yang dekat jer lah.

Menu kat rumah adik ahkak
Nasi Briani
ayam masak merah
kuah dalca
acar timun
daging masak ???????
yang kat atas tu order ajer
order kat Bandar Enstek
dan tuan rumah ada buat lauk tambahan
sambal tumis sotong
sorry gambar kabur......
rendang style Shah Alam
Kat rumah kami kat Linggi ni ada macam-macam style rendang
ada rendang Shah Alam, ada rendang Kuala Sawah (dua jenis rendang ni permintaan yang amat tinggi dari ahli keluarga)
yang sedih nya rendang turun temurun resepi asal dari nenek moyang tak ada yang minta...... 
sedihhhhhh, penat nenek dan omak turun kan resepi tapi sorang pun tak berminat nak masak dan makan rendang Linggi style omak den...........
ada juga laksa Johor
yang ini pun order dari Bandar Enstek
putu bambu
kuih koci
kek cempedak or kek nangka????
sedapppp
brownies
brownies juga
both sedap
ni pun adik ahkak si Yati tu order kat LBJ......

penuh rumah bila kami semua berkumpul
riuh rendah
siap ada yang buka jualan pula........
adik bongsu yang berniaga
Mak Su dengan anak-anaknya
Pak Cik
Laksa Johor
entah yang ke berapa round
sedapppp

TB Raya - Petang 1st Raya

Assalamualaikum,

Sambung lagi cerita raya. Masih cerita raya pertama. Don't worry, tak banyak cerita raya, sebab malas nak mengambil gambar dan bergambar.........

Petang raya pertama around 4 pm kot kami sefamily gerak balik ke kampung en. suami......... Selalunya kami akan balik ke kg. en.suami dalam tengahari, tapi tahun ni lambat sikit coz en. suami dah beraya kat rumah omaknya selepas en. suami selesai solat raya. Tahun ini percubaan pertama en. suami untuk solat raya di kampungnya. Nasib baik sempat sampai........ pagi-pagi en. suami dah gerak balik ke kampungnya. En. suami ikut style pak cik ahkak walaupun balik rumah mertuanya di Kuala Pilah tapi setiap kali sembahyang raya, pak cik ahkak akan bersembahyang raya di Linggi. Sempat tu sampai Linggi sebelum bermulanya solat raya. Bayangkan pukul berapa dia bertolak dari Pilah tu......... bukannya dekat macam en. suami, hanya 10 kilometer ajer Linggi ke Kuala Sawah. Ini Pilah ke Linggi tu, jaaaaaaaauuuuuhhhhhh..................

Kat kg. en. suami tak meriah sangat, sebab tak ramai..... anak-anak lebih happy kat Linggi, sebab ramai......
walaupun pergi dah petang, tapi sempatlah ziarah mak-mak saudara en. suami......

anak dara pula asyik bergambar dengan sepupunya........
macam-macam style.........
ini ajer cucu perempuan MIL.
Yang lelaki nya tak bergaul, itu sebab my hero malas nak balik sana.........
another photo of my putri

Khamis, 26 Julai 2018

TB Raya - After Sembahyang Raya

Assalamualaikum,

Aktiviti selepas sembahyang raya. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan en. suami dan anak-anak masing-masing. My en. suami dia bersembahyang raya di kampungnya Kuala Sawah. Kuala Swah dengan Linggi tak jauh ok, lebih kurang 10 KM ajer, satu jalan tak payah nak gaduh-gaduh turn siapa balik kampung..........  After sembahyang raya, en. suami pergi ke rumah omaknya dulu selepas tu baru balik Linggi. Since en. suami dah pergi pagi tu kerumah omaknya, maka kita balik Kuala Sawah lambat sikit, lebih kurang pukul 4 petang baru kami gerak kerumah MIL............

Gambar bermaaf-maafan tak ada pula.............
selepas sembahyang raya, ini lah aktiviti anak-anak, mengadap TV.........
 berkumpul semua. Sepupu sepapat...............
 sempat selfie..............
 turn mak-mak dan mak saudara dia orang bergambar pula.
kami dengan sepupu kami, anak Mak Su....
dia orang gerak balik dari Taman Rashidah Utama after sembahyang raya.........
Raya tahun ini Mak Su kami beraya di Mekah
3rd hari raya baru balik, sebulan Ramadhan Mak Su di Mekah..........
 macam-macam style........
 another style............
 ada pula anak dara sorang menyelit kat belakang tu
kacau omak-omak nak bergambar...........

TB Raya - Pagi Raya

Assalamualaikum,

Seperti biasa raya pertama kami memang kat Linggai, requested by anak-anak. Sebab kat Linggi tu ramai sepupu sepapat nya. Meriah dan saling bergaul.  Kalau kat kampung en. suami, kat Kuala Sawah tu dah lah tak ramai lepas tu anak-anak adik ipar tak bercampur, asyik duk kat dalam bilik, kalau MIL panggil baru keluar...........

Pagi raya tu selepas kaum lelaki ke Masjid kami apa lagi lah, sesi bergambar........... before bergambar dan before kaum lelaki ke Masjid, kami dah hidangkan juadah raya ya. Kaum lelaki siap bersarapan sikit dulu before pergi sembahyang raya ooookkkkk....................
kami 4 beradik, my sis yang kat Mantin tak sampai lagi, selalu lepas sembahyang raya baru dia orang gerak balik ke Linggi.
satu lagi gambar kami 4 perempuan Haji Ali
my adik Yati with anak-anaknya and yang baju biru tu Bibik for Hari Raya.
Tengok tu, disebabkan kemalasan semuanya dan tak mahu baju raya kotor untuk buat kerja-kerja seperti berkemas, mencuci pinggan mangkuk sanggup hired bibik for 3 days................
kami with bibik
me with my daughter.......................

TB Before Ramadhan (Part 4)

Assalamualaikum,

Juaah for kenduri..............
lauk pauk
bahagian kuih muih terdiri dari kuih Koci, Sekalat, Agar-Agar Santan, Bubur Pulut Hitam dan buah tembikai
kuih putat
kuih sekalat, atasnya telur dan bawahnya pulut

TB Before Ramadhan (Part 3)

Assalamualaikum,

Hari ini marathon N3. Nak cepat post semua N3 penuh gambar-gambar dalam folder...........

Ok sebelum kenduri (Part 1) dan selepas sarapan (Part 2) kita buat sambutan hari lahir dulu. Sepatutnya ada dua kek tapi my sis dari Mantin tak sampai-sampai lagi, so kita mula kan dulu dengan sambutan hari lahir Rifqi anak my sepupu Melissa.............. tak banyak gambar from my phone.
 ini lah si birthday boy tu. Genap 10 tahun tahun ni.............
After selesai kenduri kita celebrate pula for our sister............
Selamat hari lahir buat kedua-duanya, semoga dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan dipanjangkan umur....

TB Before Ramadhan (Part 2)

Assalamualaikum,

Before kenduri (Cerita kat sini), pagi tu kami buat sarapan Nasi lemak
sambal sotong
rendang ayam
telor rebus
timun dan juga mee goreng


TB before Ramadhan (Part 1)

Assalamualaikum,

Ramadhan, Syawal dan dah nak masuk raya haji baru ada mood nak post n3 yang lepas2. Ni kira cerita dah basi ok, tapi tetap nak postkan sebagai kenang-kenangan........... dah tua nanti kalau tak rabun teruk boleh lah juga godek-godek blok dan baca kisah silam...........

N3 kali ni ahkak postkan dulu cerita before Ramadhan. Setiap tahun before ramadhan kami adik beradik akan buat kenduri tahlil untuk mereka-mereka yang telah kembali ke alam barzakh. Al fatihah untuk mereka-meraka yang telah tiada.........................
Aamiin..................

Seperti biasa kami akan buat kenduri kat Kampung, kat rumah pusaka.......... dan seperti biasa juga kami akan cater dari Kak Ani, Taman Tuanku Jaafar. Tiap tahun kami akan order from Kak Ani sebab masakan nya memang sodap dan dia sanggup hantar sampai ke Linggi, walaupun jaraknya dalam 21KM. 
Antara tetamu yang hadir YB DUN Linggi.
Beliau ni sebaya dan satu kelas kalau tak silap dengan adik ahkak Blogger Yati
dan beliau juga merupakan bekas anak murid arwah emak semasa beliau di sekolah rendah, sekolah menengah beliau di MCKK..........
Masa kenduri ni kalau tak silap lagi 1 minggu nak pilihanraya dan ketika ini beliau memang sibuk berkempen tapi sempat jua hadir ke majlis kami........
antara orang kampung yang hadir.........
apalah yang di borak oleh YB tu dengan adik-adik ahkak

tetamu yang hadir
port kuih muih
sepupu sepapat ahkak
before kenduri ada majlis sambutan hari lahir
sekali sekala berkumpul, riuh jadinya.............

tu another kek birthday yang nak dipotong.........
Sumayyah yang sedang khusyuk makan kek