Khamis, 31 Oktober 2019

Hospital Rembau Most Wanted

Assalamualaikum,

Credit to my friend Zarina's for the news and photos.......

Akhirnya Hospital Rembau Most Wanted telah siap dan telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada 30.10.2019.

Hospital ini terletak di Chembong dekat-dekat dengan Pasaraya Zemart. Tak jauh lah dari kampung ahkak.......... ikut jalan Linggi Pedas sampai kat Pusat Latihan Industri tu ambik kanan dan terus sampai kat Kolej Vokasional Rembau.... Dari traffic Light KVR tu boleh nampak dah Hospital Rembau..........





Hospital ini dijangka beroperasi pada tahun 2020.......

Rabu, 30 Oktober 2019

Check Up 3 Bulan Sekali di Klinik Kesihatan Salak

Assalamualaikum,

Semalam ambil 1/2 day leave sebab ada checkup disebelah petang......
Checkup for Diabetes dan Darah Tinggi....
Hmmmmm ada improvement for Diabetes...... 
Sr. Fructos dari 11 turun ke 9
Tapiiiiiii Doctor suruh turun kan ke 6......
InsyaAllah saya cuba untuk menurunkan......... 
Ini kena banyak senaman kata Doctor........ 
InsyaAllah saya akan cuba juga.........

Pernah bacaan Sr. Fructos 6.5, tapi tu tahun 2017....... 
Saya akan cuba dapatkan balik bacaan tu...... InsyaAllah..........

Selasa, 29 Oktober 2019

Cerita My Putri: Hari Graduasi Tingkatan 5


Assalamualaikum,

Ini cerita my Putri. Sekolahnya telah menganjurkan Majlis Graduasi Selangkah Ke Menara Gading pada 23.10.2019 di Nilai Spring Resorts Hotel, Nilai.

Maaf ya Adik, mama tak dapat attend majlis ini sebab semalamnya mama dah bercuti kerana urusan di HTJ. So Rabu tak akan nak ambil cuti lagi kan!!!! Nanti ada pula yang memekak, asyik cuti ajer katanya nanti.......

Selalu-lalunya SMKDC akan membuat majlis Graduasi ini pada hari Sabtu tapi kali ini entah kenapa pula pihak sekolah buat pada waktu bekerja. Dengar cerita dari anak hanya 30 orang parents sahaja yang hadir........... Lagi pun pihak sekolah mengenakan bayaran RM70 seorang untuk parents yang nak hadir. Anak dah di charge RM70. So total kalau nak pergi is RM140.00, itu kalau omak ajer nak pergi, kalau bapaknya juga nak pergi total untuk melihat graduasi Tingkatan 5 ialah RM210.00.  Tak apalah adik mama pergi masa adik tamat di Institusi Pengajian Tinggi nanti. Doakan mama panjang umor dan sihat selalu ya sayang.............





Sorry gambar tak berapa clear. Someone yang post gambar ini kat dia....... Gambar dia sorang pun tak ada........

Rabu, 23 Oktober 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Result hospital dah keluar........  ceritanya kat sini............  Alhamdulillah.....
Doc cakap ianya bukan kanser....... ianya hanya Fibroadenosis..........

Apa itu Fibroadenosis?

Fibroadenosis (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara menyebabkan payu dara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit....

In my case tak ada pun rasa ketulan kat payu dara dan waktu diperiksa oleh Doctor dengan menggunakan tangannya pun (doctor perempuan ya) tak dapat rasa ketulan itu dan alhamdulillah tak ada rasa sakit pun....... Mungkin belum rasa sakit lagi kot sebab ketumbuhan ini tak sampai 1 cm pun...... Ahkak dapat tahu adanya ketulan ini masa buat mamogram yang ditaja oleh LPKKN. Since kat mamogram film tu nampak macam tak elok, Doc kat Nilai Medical suruh buat ultrasound pula. Ultrasound ini pun ditanggung oleh LPKKN.

Dari bacaan ahkak ketulan itu mungkin perlu dikeluarkan pada suatu masa jika terdapat perubahan pada saiz ketulan atau ketulan itu masih dapat dirasai. Ketulan fibroadenoasis jarang bertukar menjadi kanser. Ini berkali-kali ahkak tanya kat Doctor, sampai Doctor tu cakap jangan risau puan. Ini bukannya kanser. Mau tak risau beb........

Dari bacaan ahkak juga yang ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser. Pemeriksaan klinikal payudara sendiri secara berkala adalah dinasihatkan untuk mengesan perubahan pada payudara diperingkat yang lebih awal.

Doctor kat GH suruh buat another mamogram under GH pula in April 2020..... If tak ada apa-apa, will discharge...........

Doakan semuga ahkak dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ini dan sihat selalu..........

Isnin, 21 Oktober 2019

Cerita My Hero: Aktiviti Amalinya

Assalamualaikum,

Cerita My Hero lagi.........

Kali ini aktiviti amalinya............ Amali pemprosesan konfeksionari menghasilkan produk biskut berdasarkan kaedah Mould dan Bar......... Antara biskut yang dihasilkan adalah:

Biskut Oreo
Biskut Marble Shortbread



Ini maybe groupnya kot........





Ini lah hasil nya........

Hmmmmm nampak sedap
kecur air liur mamanya

Rasa-rasa dia nak tak buat masa cuti semester nanti?
Jawapannya nanti: Manis lah mama, mama mana boleh makan manis-manis......
Nak potong kaki ker katanya nanti..........

Hati-Hati Hiking Kat Bukit Melati Nilai

Assalamualaikum,

Hari ini kat FB penuh dengan gambar dan cerita di bawah tu...... Menurut penulisnya kat Bukit Melati, Nilai...... Tumpang selfie....
Ada entiti kat belakang tu......... Actually ada gambar yang di zoom, tapi tak save lah .............. Nak tengok gi lah kat group Kami Penduduk Nilai..........

Pada warga Nilai dan sekitarnya yakni yang selalu hiking kat Bukit Melati tu berhati-hati je la.........  Mana-mana pun ada............

Siapa atau apa kat belakang tu jangan di ganggu kawasan penempatan mereka ini. Makhluk ini memang wujud.

Masuk hutan tu biar beradab. Jaga aurat, jaga percakapan InsyaAllah akan baik-baik sahaja. Kita tumpang lalu jer untuk bersenam untuk menjaga kesihatan kita. Jangan lebih-lebih......

Tapi ada juga Netizen-netizen yang mengatakan gambar ini diedit. Wallahu A'Lam..........

Jumaat, 18 Oktober 2019

Sg. Gadut Banjir

Assalamualaikum,

Hujan lebat petang semalam menyebabkan area Sg. Gadut banjir dan dah tentulah jalan dari Sg. Gadut ke Rantau tu pun tenggelam terutamanya kat area kubur india yang berhampiran sekolah SDAR tu..... Zaman ahkak bekerja di Seremban dan berulang alik ke kampung kalau hujan lebat sure tersangkut kat situ.... menung dalam bas nunggu air surut.........

Ini kat KTM Sg. Gadut....




foto dari kawan-kawan..............

Khamis, 17 Oktober 2019

Cerita My Hero: Aktiviti Simulasi Jualan Perniagaan Siri Ke3

Assalamualaikum,

Cerita My Hero ya.........

Aktiviti Simulasi Jualan Perniagaan Siri Ke3. Tema berniaga kali ini "Street Food".
Ini dia punya flyer mempromosikan makanan yang dijual........
pubg kau dia punya gambar.......
Tekun.......
As usual call mamanya minta modal..........
Ya lah masih belajar lagi kan....... Mana ada incomenya.........
Ambil pengalaman dan kemahiran........

Selasa, 15 Oktober 2019

Cerita My Putri: Good Luck For Your Exam

Assalamualaikum,

Hari ini bermulanya paper SPM my putri. Paper Seni Visual Kertas 1 perbagai aneka pilihan, maksudnya objektif lah ya.......... Paper Seni Visual ini start pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 12.45.

Actually SPM dah start semalam......... Hari ini adalah hari kedua SPM. 

Lepas paper Seni Visual ini my putri akan ada paper balik pada 4 November.   Kertas BM, kertas wajib lulus tu...........
Good luck sayang........
jawab dengan tenang jangan gopoh gapah......

(Rentetan Perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna)

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid 40x
Bicara Hati
Semoga Allah kurniakan kebijaksanaan ke dalam minda Tengku Ain Najwa  agar Tengku Ain Najwa dapat menjawab dengan baik....

Allahumma 1x
Ya Zohir 40x
Bicara Hati
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku Tengku Ain Najwa kerana Kau Maha Menampakkan

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Bicara Hati
Ya Allah bukakanlah minda anakku Tengku Ain Najwa seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul

Allahumma 1x
Ya Baari 40x
Bicara Hati
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku Tengku Ain Najwa hanya kepadaMu utuk kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang anakku Tengku Ain Najwa exam ini Ya Allah. Kau aturkan otak dan minda juga jari jemari anakku Tengku Ain Najwa untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi
Aku Yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah, aku tiada daya......

Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Alamiin.......

Isnin, 14 Oktober 2019

Cerita My Hero: Ke Bentong

Assalamualaikum,

Haiiii My Hero, panjang langkah kamu ya!!!! Tak balik weekend ke tempat lain hang terjah....... Sabtu lepas around 8.30 pagi called ahkak and bagitahu yang dia dah sampai kat Lemang To'Ki Bentong............

Ohhhh alahai anak, mula lah buat mamanya risau..... selang sejam kena whatsapp dia tanya kat mana....

Sebagai bukti yang dia dah sampai Bentong ahkak suruh dia post gambar. My hero cakap ini mesti nak upload kat blog ini...... and dia takut-takut nak post gambar sebab nanti mak saudara-mak saudara akan bising........ haaaaa tau takut...........



 Ke lemang To'ki naik motor ajer
dari Jelebu ikut Simpang Pertang, lalu Karak lama
Balik ikut Highway Karak......
Lagi kecut lah perut mama duk mikir kan nya..........

Mesej dia tanya kat mana
dia reply and cakap kat R&R Genting
Rehat kejap katanya......
Tapi naluri seorang ibu kuat mengatakan ianya berada di Genting ketika itu....
mesej kat dia..........
kat R&R or naik Genting
Dia reply kat Genting mama katanya..........
suruh hantar gambar and dia post lah gambar kat bawah ni.........
 suruh dia hati-hati memandu, sebab area KL kan hujan
around 5.00++ dia berhenti teduh kat Tol Sg. Besi....
ingatkan dia, bila hujan dah berhenti baru gerak
 around 6.30 pm mesej sekali lagi tanya kat mana
dia reply and cakap berhenti teduh kat Serdang
Ahkak tanya bawah jambatan ker???
dia jawab haah.......
so ingatkan dia
berhenti jauh dari jalan
and dia forward gambar...
park jauh dari jalanraya
mama risau lah anak hoiiiiiiiii.......
around 8.30 pm dia call cakap dah sampai Jelebu
barulah lah lega hati ini...........
Bila di beri motor begini lah jadinya.........
merayau.......
selagi tak sampai rumah selagi tu lah tak tenteram mama..............

Khamis, 10 Oktober 2019

Cerita My Hero: Menghasilkan Biskut Shortbread Dengan Kaedah Bar

Assalamualaikum,

My Hero belajar menghasilkan biskut shortbread dengan kaedah bar kat kolejnya.......








 Ini lah hasilnya.....
Nanti boleh buat kat rumah ya.........

Rabu, 9 Oktober 2019

Jemputan Kenduri

Assalamualaikum,

Dapat jemputan kenduri dari ex lecturer NU pada sabtu lepas..........
Dulu sama Faculty.... cuma dia orang tu lecturer, ahkak admin ajer.........
dari 5 yang kat dalam gambar ini
tinggal 2 sahaja lagi yang masih berkhidmat dengan NU
kesemua 4 orang tu adalah lecturer kat Faculty of Humanities
Selalu dapat jemputan dari Pak Zaman ni......
Januari ni dia akan berpindah ke Bandar Kinrara
duduk dekat anaknya.......

Done

Assalamualaikum,

Done buat  ------
Now tunggu result
result akan keluar pada 22.10.2019
dap dup dap dup nak tunggu ke tarikh itu.....
doakan yang baik-baik ya..........

semalam ahkak cuti buat minor operation
appointment  for operate pukul 2pm
kat HTJ jer......

Gerak from Nilai 11.30 pagi
Gementar dibuatnya.....
My Hero turun ke HTJ from Jelebu, kebetulan tak ada kelas..........
dah cakap tak yah turun, mama operate sikit ajer, tapi still nak jumpa mama katanya.....
suka hati lah abang, tapi hati-hati memandu, pesan ahkak........

Sakit tak masa operate???????
sakit masa doc cucuk bius sahaja
masa dia toreh tak rasa........
doc cakap once ubat bius tu habis akan rasa sakit....
tapi alhamdulillah..... tak rasa sakit pun......
dengar cerita orang/baca from blogger yang pernah buat ini
 bukan main sakit lagi dia orang cakap..........
semalam doc buat 4 tembakan kat tempat tu,
yang ahkak baca dari orang yang pernah buat katanya 5 tembakan
lepas 1 tembakan tu ahkak tanya doc yang membantu pakar tu berapa kali nak buat ini
doc tu cakap 5 kali tapi bila sampai yang 3, doc pakar tu cakap ini yang last ya puan
lega rasanya..........
luka yang di toreh tu tak di tutup tau........
hanya tutup dengan plaster ajer
so ahkak kena jaga lah luka tu sebab diri ini ada diabetes...........

Doakan yang baik-baik untuk resultnya ya............

 Yang bawah ini kejadian hari Isnin hari tu....
ambil darah kat Klinik Salak
Selalu okey ajer, tapi kali ini lebam pula......
dah 3 hari masih macam ini.......
Sorry tak reti nak cover tangan tu....... tau aurat tu, tapi tak reti nak conteng-conteng kat keliling tu

Isnin, 7 Oktober 2019

Prepared By My Putri

Assalamualaikum,

Menu untuk mama katanya.......
Healthy food katanya......

Ikan salmon masak dengan sedikit minyak.........
Sedap pula tu........

Bila Mydin buat offer ikan salmon, boleh lah beli nanti..............
Beli kat Mydin masa dia offer tempohari RM5 sekeping
Beli 2 keping
Brocolli RM1
Carrot RM1

Both sayur tu dia rebus.......
kenyang pula bila ambil menu macam ini.......

Tak makan nasi malam tu....... tapi untuk en. suami ahkak kena masak another lauk lah untuk dia.......
Dia tak makan makanan macam ni........ untuk en. suami ahkak masak daging lemak cili api........


Jumaat, 4 Oktober 2019

Ke Melaka

Assalamualaikum,

Ahad lepas ke Melaka.........

Tujuan ke Melaka untuk berubat. Tempat yang nak berubat tu hanya kat Lubuk Redan, Kuala Sungai Baru.... Tak jauh dari kampung ahkak la........ Nak ke sana ahkak lalu kampung ahkak lah......... Dah dekat nak sampai kat rumah pusaka tu ahkak suruh my putri ambil video rumah kampung and then ahkak post lah kat whatsapp story...... and then my sisters reply kata lajunya...... nak kemana tu??? hahaha........ memang bila review balik video tu nampak laju sangat...........

Ok balik pada cerita nak berubat tadi........  Kita ikhtiar secara tradisional juga ya......... 1st time ahkak kesana............ itu pun kawan en. suami yang rekomen....... sebab dia pernah bawa anaknya kesana...... ikut ahkak, ahkak nak settle kan kat hospital dulu, tapi en. suami suruh juga berubat secara tradisional, dua dua buat katanya.......  Sayang juga en. suami kat ahkak ya.......
so tercari-cari lah juga rumah orang tu......... Alhamdulillah jumpa rumahnya.......... sampai kat situ dalam pukul 11 pagi.... waktu perubatan tu lepas zohor hingga ke malam..... Setiap kali dia mengubat orang, dia hanya ambil 30 pesakit ajer..........

So pergi ke kaunter pendaftaran dan staff kat situ cakap dah full.......... down sekejap........ dah lah datang jauh dari Nilai and then dah full pula........... so staff tu cakap yang ada kosong hanya selasa ke khamis......... hari-hari tu tak ramai orang............

Pusat perubatan ini tutup pada hari Jumaat dan Sabtu..........

So hampa............ Jom gerak balik........ Anda rasa ahkak terus balik ke Nilai ker?????

Tidakkkkkkkk...... 

sampai kat kereta mulut gatal ajak en. suami jalan-jalan ke Melaka........ Nak tenang kan hati yang hampa ni............ Jalan-jalan 3 beranak ajer coz my hero tak balik.............  Bila makan-makan kat Melaka asyik teringat my hero......... rasa sedih sebab dia tak sama menikmati makanan kat Melaka ini......... walaupun makan yang biasa-biasa ajer hati tetap teringat kan my hero.......... Ini membuat kan my Puteri cemburu........... Both of you adalah kesayangan mama........... kalau adik belajar jauh dari mama nanti, pun macam ni juga.......... mama akan merindui kalian..............

Ok first stop kat Melaka ialah kat Klebang........ apa lagi kat situ kalau bukan coconut shake..............
sampai kat sini memang waktu lunch..........
Hujan pula........
so penuh sesak......
nak cari tempat duduk punya lah payah...........
semua meja penuh, kena menunggu pula............
dah kenyang ingat nak balik dah...........
tak juga...........
ke Bandar Melaka pula...........
Lalu ajer kat Bandar Hilir.........
Tak singgah pun
Lalu Bunga Raya juga tapi
Kami singgah kat Kampung Jawa........ berdekatan dengan Bunga Raya
tempat turun-temurun shopping shopping kat sini, dari zaman kecil lagi.......
tempat ini tak sehebat dulu-dulu.............
tak banyak kedai dah...........
singgah solat zohor kat sini..........
Lepas solat jalan-jalan kat tepi Sungai Melaka..........
Menyusuri Sungai Melaka sambil berjalan kaki
Pelancong naik bot kami jalan ajer..........
Jambatan nak ke Masjid Kampung Hulu
Nampak juga gerai cendol Kampun Hulu yang viral tu........ 
tapi tak singgah pun......... perut dah penuh..........
Lukisan di bangunan nak ke Masjid Kampung Hulu......
Dulu-dulu kat depan Masjid Kampung Hulu ini ada satu kedai jual stationery....
besarlah juga kedainya.........
cari juga hari tu, tak jumpa...........
dah pindah or dah tutup????
Naik balik jambatan ini......
Nak menyusuri sungai kat belah Kampung Jawa.........
belah sisi kanan..........
belah sisi kiri......
Jalan lagi sehingga jumpa kedai sate bot bot kata arwah nenek..........
 tak singgah makan
tapi bungkus sate kerang untuk my puteri......... 
 tempat ni berdekatan dengan kedai sate bot bot......... 

 Ini ajer yang ada gambar dia..........
cukup payah nak bergambar........
jalan-jalan hilangkan stress mama dan dia........
semoga adik berjaya dunia dan akhirat........
Good luck for your SPM.........
 Last sekali OTW nak balik Nilai
Singgah Klebang juga
tapi kali ini avocado pula........
salah order..........
tak nampak coklatnya.......
harga sama ajer..............