Assalamualaikum,
Since intern kat Maybank Nilai ini rajin pula dia terjah cafe- cafe yang terdapat di Nilai. Dia pergi dengan sorang lagi budak intern. Budak ini dari UiTm.
Assalamualaikum,
Since intern kat Maybank Nilai ini rajin pula dia terjah cafe- cafe yang terdapat di Nilai. Dia pergi dengan sorang lagi budak intern. Budak ini dari UiTm.
Assalamualaikum,
Lunch semalam, 29.12.2022. Tak dapat nak keluar, so suruh kawan tapau kan ajer.
Ambik kau, dia whatsapp gambar lauk pauk. Suruh ahkak pilih mana yang berkenan.
Kali ini dia orang pergi lunch kat Lesung, Restoran belakang MPN.
First time dia orang try kat situ and sedap juga.
Assalamualaikum,
Lunch kat tempat kayangan kau. Kalau ikut level ahkak tak mampu der.....
All my sistas plan nak lunch kat Hilton. So we select 28 December 2022 for the lunch date.
Me, En. Suami and My Putri kena apply cuti lah!!! Yang lain-lain memang ambil cuti tahunan dari 24 December 2022 hari itu hingga ke New Year.
Kenapa pilih Hilton??? Coz My Sis Ita adalah Hilton membership, so ada diskaun lah..... Walaupun ada diskaun tapi still mahal lagi... Each person hanya bayar RM50. Tak makan semua yang ada, makan sikit dah kenyang..... itu pun ambil sikit-sikit.........
Kami sekeluarga sampai agak lewat... Sebab kami menaiki komuter dari Nilai. Masya Allah, so slow, macam kura-kura.......... Balik kamain laju lagi komuter tu........
Assalamualaikum,
Sepatutnya majlis bacaan Yaasin dan Tahlil pada Sabtu, 24 December tapi disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan kami pinda ke Ahad, 25 December. Bacaan Yaasin dimulakan selepas Maghrib yang dihadiri oleh kami anak-beranak jer.
Assalamualaikum,
Sempena cuti panjang (krismas) kami berkumpul kat kampung. Mula buka rumah kampung hari Sabtu. Sepatutnya Sabtu malam Ahad tu kami buat bacaan Yaasin dan Tahlil tapi since Kak Ngah dan anak-anaknya tak dapat balik hari Sabtu maka bacaan Yaasin dan Tahlil di tunda ke Ahad malam Isnin.
Sabtu tu kami hanya kemas dalam rumah ajer, sapu dan moop.
Ahad baru kemas luar rumah, anak-anak bujang baru lah buat kerja setelah disuruh oleh Tok Yik mereka.
Assalamualaikum,
Setiap bulan akan ada orang duk bersih kan persekitaran rumah-rumah ini. Orang tu hanya bersih kan luar rumah ajer manakala dalam rumah kami adik-beradik yang bergotong royong membersihkan, so setiap sebulan or dua bulan sekali kami akan balik membersihkan rumah itu.
Bulan December ini baru mesin balik rumput- rumput itu setelah tanah belakang rumah tu terendam akibat banjir tempohari. Masa orang tu memesin rumput kat belakang rumah arwah nenek dia terserempan dengan 2 ekor buaya tembaga di dalam kawasan tanah arwah nenek, kat lopak-lopak air. Besar juga katanya.
Adik ahkak tanya kenapa tak snap gambar buaya tu, dan orang tu cakap tak sempat sebab dia terperanjat dan buaya itu pun terperanjat. Both cuba menyelamatkan diri.
Dah mari dah buaya kat dalam kawasan rumah kami. Sebelum ini tak pernah jumpa buaya kat belakang rumah tu. Oh ya belakang rumah kami tu ada Sungai. Sungai tu bertembung dengan Sungai Linggi. Entah-entah buaya tu buaya yang pernah naik ke Jambatan Sungai Linggi masa banjir 2021 dulu.
Assalamualaikum,
Sabtu 10 Disember ke Dangi. Officemate En. Suami jemput kenduri doa selamat. Ke Dangi ikut Rembau - Bukit Miku - Inas.