Assalamualaikum,
Kelantan lagi kita, kali ini naik kapalterbang. Berdua dengan My Putri sahaja. Tak larat nak memandu. Untuk MUET Session 1 hari itu memandu ke sana, sini, sini, sini dan sini.
Flight kami pukul 12.15 tengahari
Kena Gate K14
Jauh menapak
Pesawat yang akan kami naik
Penumpang mula memasuki pesawat
Pergi ini tak delay pun
Banyak kali turbulent
Masa pergi ni cuaca tak bagus dan hari-hari sebelumnya kan hujan jer
Sesampai di Kelantan pun hujan
Kelantan
Sungai Kelantan
Dah nak mendarat
Alhamdulillah selamat tiba di Kelantan
Dari Airport terus ambil teksi ke hotel penginapan kami
Kami menginap di KB Street Boutique Hotel, betul-betul depan Pasar Siti Khadijah
After check-in dan sembahyang Zohor kami ke Pasar Siti Khadijah untuk makan tengahari
Rezeki kami pada hari tu ada seorang hamba Allah belanja kami untuk makan tengahari.
Satu flight dengan kami tapi jumpa kat Pasar Siti Khadijah, dalam flight dan kat KLIA2 tak jumpa pun.
Dia datang bertugas di Kelantan, under MSN katanya....
Rupanya dia seorang pengadil bola sepak. Sabtu tu kan JDT lawan Kelantan...
Pengadil ini adalah pengadil yang viral dan kontroversi. Netizen kata dia ini berat sebelah, more to JDT.
Kami memang tak tahu dia pengadil bola sepak. Dah balik ke Nilai baru tahu dia pengadil bila My Putri tertengok kat Tiktok.
Lepas lunch terus balik Hotel. Lepak-lepak kat Hotel ajer. Kasi My Putri releks sebab esoknya nak exam.
all the best dalam MUET buat putri Zana :
BalasPadamTerima kasih.
Padamjauhnya nak buat MUET. Semoga lulus dgn cemerlang ye. dtg follow jugak....
BalasPadamSebab dekat area KL dan Selatan Tanah Air penuh dah. Lambat daftar tu yang ada kosong kat Kelantan. Sambil menyelam minum air.
Padam