Ahad, 4 Disember 2022

Jemputan Kenduri di Bukit Gambir

 Assalamualaikum,

Dapat jemputan kenduri di Bukit Gambir. Jauh jemputan kali ini. 

 
Tudung emak pengantin sama lah pula warna nya.
Yang kat bawah sama dgn my putri tu jiran jiran kami dari Nilai.  

Sebenarnya emak pengantin ini dulu tinggal di Nilai dan Kak Za ini pernah mengasuh anak-anak ahkak yang berdua tu dari kecil. Anak-anak ahkak memang rapat dengan pengasuh ini. 

Dah naik sekolah Kak Za ini jugalah yang menghantar dan mengambil anak-anak ahkak.

Bila my Hero daftar masuk ke Poli di Pagoh dan dia ternampak story ahkak di insta, dia terus call ahkak dan akan datang jemput ahkak dan family di hotel penginapan dan bawa kami makan malam dirumahnya. Dia rindu dengan budak-budak ini katanya.

Selepas dia balik ke Bukit Gambir itu lah pertama kali kami berjumpa semula dan ini kali  kedua kami kerumahnya.

Kak Za siap pesan dengan my Hero datanglah rumah Mak nanti, Pagoh ke Bukit Gambir tak jauh katanya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan