Sabtu, 29 April 2023

Unboxing Angpow Raya

 Assalamualaikum,

Raya kedua dan ketiga tiada gambar. Sibuk di dapur sampai tak sempat snap photo.

Raya kedua sibuk masak nasi tomato, ayam masak merah dan jelatah.

Raya ketiga sibuk masak spaghetti bolognese dan siap-siap kemas rumah. Basuh segala periuk belanga, pinggan mangkuk dan susun semula ketempat asalnya. Lepas zohor rumah ditutup hingga ketemu lagi dalam masa 2 ke 3 bulan lagi.

Berbalik ke tajuk di atas My Putri unboxing dia punya angpow pada malam raya ketiga.




Alhamdulillah rezeki My Putri
Ada juga yang bagi pakai transfer jer

Hero pun lebih kurang macam adiknya...

Jumaat, 28 April 2023

Raya Pertama: Melayan Tetamu Yang Datang

Assalamualaikum,

Masa sesi bergambar ada satu Bezza masuk dalam kawasan rumah..... anak-anak semua mengatakan yang Pak Su nya balik........ Almaklumlah dah lama sangat Pak Su nya tak balik-balik ke Linggi...... semua merindu akan Pak Su nya!!!! ya ke rindu......  rupanya yang sampai Kak Long Shah Alam (sepupu kami) anak beranak ......


ahli keluarga dari Shah Alam sedang menikmati juadah hari raya bersama Mak Su yang baru sampai dari Seremban......

Anak-anak Mak Su
Baju Hijau, Hitam dan Peach tu....

Anak-anak bujang kami bersama 2 pupunya
ada yang dah berbaring sambil nonton TV.

Berposing Selepas Sembahyang Raya

Assalamualaikum,

Masih cerita hari raya pertama.

Selepas semua dah balik dari sembahyang raya maka sesi bergambar pula. Terjerit-jerit dia orang ajak bergambar. Acara wajib ni, tapi yang Seremban dan Mantin tak sampai lagi, tak cukup family member nya. Siapa yang ada jerlah, sebab ada yang nak balik Ampang, ada yang nak balik Kuala Sawah dah.....

My Hero

Mengadap rumah Nek Nyang yang dah lama kosong
Masa pantang kan dia kat rumah tu lah.....

one more




panas ya amat
siap keluar pergi cari kipas
tapi kedai tutup lah pulak
dah lah mereka-mereka ini suruh pasang air cond pula....
ada yang kata next year raya dia nak raya kat London pula......
alahai bukannya lama duduk kampung pun, tiga hari jer.....
tahan lah sikit kepanasan tu...
malam sejuk ya amat........
berselubung semua.......

Selasa, 25 April 2023

Hari Raya Pertama: Parking Full

 Assalamualaikum,



Ini baru kami adik beradik dan anak-anak Mak Su jer...
Kakak dan anak-anak nya yang kat Mantin belum sampai lagi
Selalunya penuh kat tepi jalan tu...

Hari Raya Pertama: Juadah Di Pagi Raya

 Assalamualaikum,

Juadah di pagi raya.


Ada laksa, nasi impit kuah kacang, sambal sotong, ketupat palas dan rendang

Sabtu, 22 April 2023

Persiapan Syawal

Assalamualaikum,

Nasib tak raya Jumaat....

So masak-masak for hari raya kita buat Jumaat saja lah.... 

Nasi Impit

Rendang Daging dengan Limpa

Sambal Sotong

Kuah Kacang

Kuah Laksa

Lembik badan last day puasa
Cukup panas kat kampung
Memang tak tahan betul
Alhamdulillah cukup 30 hari puasa


Jumaat, 21 April 2023

Mantai

 Assalamualaikum,

Khamis akak cuti dan kebetulan kat Pekan Salak ada Pasar Mantai so dalam hujan-hujan tu gi lah cari daging.

Beli daging kat gerai tu
5 kilo daging 1 kilo limpa 
Beli kan pula untuk MIL 3 kilo daging


Lepas tu beratur pula kat gerai santan

Makcik santan tu ada jual rendang yang dah masak
Rendang daging and ayam
Rendang Ayam RM50 untuk sekor ayam
Ayam dia buat rendang cili api
Yang kat atas meja tu semua dah bertuan

Santan dah dapat
Jom balik Linggi buat rendang...

Rabu, 19 April 2023

Biskut Sarang Semut

 Assalamualaikum,

Dah lama anak-anak minta. Tahun ini kita buatkan lah.

Buat 2 bancuhan
nak bagi Mak Ndaknya 1 balang
dia duk menguli
mama tunjukkan jer

sebelum di bakar

yang dah masak

Yang buat hanya 1
yang lain tunjuk ajer
kami memang selalu order dekat Amber Cookies dari Johor Bharu
sedap kuih-kuihnya

jauhkan order.
actually tokeynya ini kawan adik ahkak, sama university dulu
deliver ke Negeri Sembilan by anak buah yang bekerja di Johor Bharu.

Isnin, 17 April 2023

Linggi Clans Berkumpul Lagi Untuk Iftar Ke 24

 Assalamualaikum,

Kali ini iftar di Mantin. Rumah my kakak.

As usual Pot Luck...

Gulai Pucuk Paku by tuan rumah

Sambal Sotong by tuan rumah juga...

Kyo Choon Korean Chicken by Sis Ita
ini yang pedas punya

ini yang tak pedas
untuk cucu-cucu

Banat Sandwich by Sis Yati


Sate Kajang by Sis Ida
Ada karipap Ikea juga

Roti jala by ahkak lah
kuah kari lupa nak snap



Menunggu waktu berbuka

Jumaat, 7 April 2023

Iftar Ke 15

 Assalamualaikum,

Semalam idea nak masak tak muncul-muncul and kebetulan My Putri nak Nasi Arab pula. Mamanya tak pandai nak masak nasi arab so kita terjah kat pasar ramadhan Lotus. Kat situ ada orang jual nasi arab.

Lepas tu terjumpa kuih ni kat situ.

orang Terengganu panggil kuih ini Kuih Tok Aji Serban
orang Linggi panggil Kuih Sekalat
cuma kalau orang Linggi buat atasnya kuning
rasa dah sama dengan Linggi punya
lepas kempunan...

Kuih Sekalat

Orang Memberi Kita Menerima

 Assalamualaikum,

Dah orang beri kan!!! terima ajerlah........ 


Letak kat whatsapp status
one of my colleague whatsapp, tanya "Undi PH ke"
Ahkak reply "ehhh awak pun undi PH nampaknya" 
dia pun letak kat status gambar kurma ini
dia reply "demi sebekas kurma undilah PH" katanya..............

tak kira siapa yang memberi, kita terima ajer kalau rezeki kita
janji halal

tapi sticker tu en. suami dah cabutlah.........

Iftar Hari Ke 14

 Assalamualaikum,

Hari ke 14 Ramadhan menu berbuka kami Mee Kari.

Tak taju nak buat apa
terfikir mee kari
so itu jer bahannya
apa yang ada kat peti sejuk jer.....
tu sebab kerang yelek.........

mee yang telah dicelur

Kuah kari.....

Alhamdulillah

Isnin, 3 April 2023

Iftar 10 Ramadhan: Menu Berbuka

 Assalamualaikum,

Antara menu kami berbuka di Bandar Sri Sendayan

Sambal Tumis Udang by tuan rumah

Gulai Labu by tuan rumah

Ikan Bakar dan Sambal Kicap Cili Api by tuan rumah
dan juga Mee Goreng Basah (gambar lupa nak snap)

Roti Jala dan Kari Ayam (lupa nak snap) dari Nilai

Sandwich dari Nilai (Banat Sandwich)

Ayam Percik dari Kajang

Lemang sepupu dari Seputih bawa

Ayam golek sepupu dari Seputih juga


Caramel dari Mantin

Chocolate Kek dari Angsana Hilir - sepupu bawa

Pengat Pisang dari Taman Rashidah Utama - Mak Su bawa

Alhamdulillah rezeki pada iftar ke 10

Meriah kami masa berbuka
kami adik beradik, anak-anak buah, sepupu sepapat, cucu-cucu kami dan the only untie, Mak Su....
Next berkumpul (jika dipanjangkan usia) pada hari raya nanti.... Insya Allah
Raya nanti kita buka rumah Linggi...........