Isnin, 8 Oktober 2012

Minum Petang merangkap Dinner

Minum petang or makan petang ni?????? khamis lepas aku ambil anak-anak tercinta ni kat sekolah. Masuk ajer dia orang kat dalam kereta terus cakap "mama laparlah". So terus bawa dia orang makan kat area rumah aku ajer........
Adik order mee celup
Abang order Nasi goreng kampung....... aku tak order apa-apa..... on dietlah.......

Padahal hari Khamis tu adalah hari usahawan kat sekolah dia orang dan dia orang bawa seorang RM10 dan habis duit tu digunakan untuk beli makanan. Najwa ajer beli 3 ketul burger....... masih lagi lapar.......
 Anak dara aku sekarang makin tembam........ makan ajer kerjanya....... malam tu aku masak untuk en. suami dia pun makan sekali dengan ayahnya........ bila aku suruh dia diet, marah pulak dia tu..... dia cakap tak apa....... time nak makan ni baik adik makan katanya........
 hero aku yang sibuk bermain gasing sekarang ni.......

Jumaat, 5 Oktober 2012

Kenduri @ Kuala Sawah

Ahad lepas ada kenduri kat kampung en. suami...... sepupu MIL yang buat kenduri....... rumahnya tak jauh dari rumah MIL. Kenduri menunaikan haji.....
 tetamu yang hadir.......
 dah pakai dah handbag bonia pemberian boss....... anak dara aku yang duk tukarkan ke semua barang di dalam handbag lama ke handbag baru........
Menu yang simple tapi sedapppp.... berselera dengan kerabu mangganya.....

Khamis, 4 Oktober 2012

Nak tau apa yang aku dapat masa Tea Party tempohari????

Tapi sebelum tu aku nak bercerita dululah........ sebelum tea party tu bermula one of the organizer datang kat aku dan suruh aku hadir pada jamuan ni....... aku pelik jugaklah.... kenapa dia orang beria-ia suruh aku hadir......selama ni apa-apa aktiviti kat school ni memang aku akan hadir...... diwajibkan hadir..... dan untuk tea party ni dia orang (organizer) duk refer kat aku jugak  berapa budget yang boleh digunakan oleh school dan aku jugalah yang mengorder makanan tu..... tak kan aku tak jointkan???? and then dah dekat masa tea party tu boss aku pulak suruh aku pergi segera...... aku tak fikir apa-apa pun, terus ajer pergi ke jamuan tu......... After my boss dah habis bagi medal and certificate kat para olahragawati dan olahragawan, tiba-tiba emcee panggil nama aku...... terkejut beruk aku..... dahlah aku duduk kat belakang sekali dan tengah bersembang dengan one of the lecturer...... Ada appreciation token untuk aku dari my boss announce by the emcee......... Nak tau apa yang aku dapat???? sila scroll ke bawah ya!!!! Tapi sayang gambar aku tengah bersalam dengan boss semasa mengambil token tu kat kamera one of the lecturer..... dia tak upload lagi......... sila scroll ke bawah ya!!!
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
 ni lah yang aku dapat dari my boss......... nak tau apa isinya????? silalah scroll lagi ya!!!!
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Jeng, Jeng, Jeng
"
"
"
"
"
"
agak-agak apa ya???? tak semestinya dari brand Bonia kan???? Mungkin dia guna cover Bonia Ker??? Nak tau???? Scroll lagi ya!!!
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
 Aku dapat handbag dari my boss......... thanks to my boss........  Terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi......... ohhhhhhhh cukup-cukuplah Pn. Zana hoiiiii........ nanti ada yang jealous........ aku tak minta ya!!!! Boss yang nak bagi........ orang dah bagi kita ambil lah kan????? Ada satu lecturer MPW tu cakap kat aku, sudah-sudahlah kak, asyik kau ajer yang dapat hadiah dari boss..... mentang-mentanglah kau anak mas boss katanya...... hehehe....... Dr. Azean...... jangan jealous ya!!!!!.......
Gambar kat atas tu bahagian depan ya!!!!
ok ni gambar kat bahagian belakang pulak.........

Bila aku bawa balik pemberian dari boss aku ni, anak bujang aku siap cakap..... lepas ni mama jangan asyik nak merungut ajer cakap banyak kerja...... tengok boss mama dah kasi hadiah dah....... Sedap ajer anak bujang aku sound aku....... Dah banyak dah aku terima souvenir dari my boss ni......... macam-macam........

Hari Usahawan @ SRAI Salak Tinggi

Hari ini kat sekolah anak-anak aku ada hari Usahawan dimana pelajar-pelajar tahun 6 akan berniaga........ since hero aku di dalam tahun 6 juga so dia pun kena berniagalah..... dia cakap kat aku dia jual air, tapi siap suruh aku belikan daging burger, gula dan mineral water........ aisey Abang, modal mama kena keluarkan ker? Dah tu nak daging burger dari Ramly ajer yang lain-lain brand tak mahu........ Semalam petang terpaksalah aku ke Zemart Enstek untuk membeli barang-barang yang nak dijualnya........ Aku tunjukkan daging burger produk lain, tak mahu dia, dia cakap cikgu suruh beli produk Ramly juga......... cikgu..... cikgu...... nak yang ada nama ajer....... ni cikgu yang nak ke or anak murid yang nak menjual????
 daging burger
 sebahagian dari air mineral water dan gula........
tempat untuk dia orang berniaga nanti........

Aku cakap ngan anak bujang aku (saja-saja nak kenakan dia), nanti duit keuntungan meniaga ibu nak..... ibu yang keluarkan modal...... Anak bujang aku cakap, mana boleh..... duit tu nak masuk ke tabung tahun 6 nanti kita orang nak pergi dinner katanya......... hai abang, banyak program yang cikgu plankan nampaknya........ kopaklah ibu nampaknya........

Hari ini ajer dia orang pergi ke sekolah bawa seorang RM10. Si Adik cakap nak support Abang....... hemmmmmm.......

Rabu, 3 Oktober 2012

Rusa kena tembak dek sojar

Kesian skuad rusa.... semalam kena belasah dengan tiga butir peluru M16 kat stadium Paroi........ tergolek badak...... tak apa tahun depan cuba lagi..... Aku tak pergi tapi en. suami dan kawan-kawannya beserta dengan anak-anak ke Stadium Paroi malam tadi.......... En. suami ingat nak parking kereta kat rumah pak cik aku, tapi dia tak ada kat rumah pula....... balik Pilah agaknya........ Sorry tak ada gambar ya, coz dia orang malas nak usung kamera........

Selasa, 2 Oktober 2012

Tea Party

Department/school aku buat jamuan minum petang pada hari Jumaat lepas dan juga penyampaian medal dan certificate kepada olahraga dan olahragawati yang telah mengharumkan department/school kita orang pada Campus Game last 2 semester yang lepas..... banyak acara yang diwakili oleh students/staffs dari school aku telah mendapat tempat pertama..... itu sebab boss aku buat minum petang ni........
 kuih talam order kat Starfield Golf Resort Mantin.....  sedap....
 yang ini pun kita orang order kat Starfield Gold Resort Mantin......
 Carrot Cheese Cake from Secret Recipe
 Vegetarian mee hoon dari cafe NU
 our english lecturer sedang bersiap.......
 english lecturer lagi...... abaikan balang-balang makanan kat lecturer room ni.....
our gorgeous lecturer.......

Ada kejutan untuk aku pada hari tu...... nak tau???? tunggu next n3 ya!!!!!!

Isnin, 1 Oktober 2012

Rezeki jangan ditolak

Orang gomen dapat bonus..... aku.......... dapat tupperware (original ya) pemberian daripada one of American Degree Student yang dah nak transfer ke US......... Terimakasih Aqilah........ selamat berangkat dan semuga beroleh kejayaan nanti.....