Khamis, 18 Oktober 2012

Nasi Lemak Nabil @ Mambau

Haaaaa, kita stop pasal cerita pertunangan Akmal dulu........... sekarang aku nak bercerita pasal Nasi Lemak Nabil..... Yang sebenarnya nama gerai ni bukannya nasi lemak Nabil ya!!!.... Nasi lemak Nabil ni anak-anak aku yang panggil coz gerai nasi lemak ni kat dengan kampung si Nabil, raja lawak tu.......... Nama gerai ni ialah Warung Hajjah Halimah, Mambau...... warung ni terletak sebelum rumah rakyat Mambau..... tepi jalan ajer....... Sambal nasi lemak makcik ni memang sedap kat tekak aku....... selalu singgah sini bila balik kampung....... Makcik ni berniaga nasi lemak belah malam ya!!! Selain nasi lemak ada juga roti canai.....
 ni Najwa punya.......
aku punya..........., Hero aku ngan en. suami ambil nasi lemak juga........ kononnya tak nak makan nasi lemak, tapi tergoda dengan sambalnya, akhirnya menjamah juga nasi lemak.........

Rabu, 17 Oktober 2012

Majlis Pertunangan Akmal

Sabtu lepas aku ke rumah Abang aku yang sulung, kat Serting 4. Punya lah lama masa perjalanannya...... 2 jam lebih (hujan lebat ya!!! kena slow)...... aku dah cakap dengan en. suami, suruh dia ikut Pilah. En. suami pi ikut Jelebu........ naik nak termuntah aku........ banyak sangat korner kat Jalan Jelebu tu......... dah tu hutan ajer kiri kanan...... adalah jugak jumpa kampung-kampung ya!!!!!! boleh di kira berapa kali dalam setahun kita orang ke rumahnya........ rasanya tahun ni baru sekali ke Serting tu....... Jauhlah beb.........

Ni pun pergi sebab dia buat kenduri tahlil dan majlis pertunangan anaknya. Kenduri tahlil pada Sabtu manakala majlis bertunang pada hari Ahad..... bakal menantunya orang batu 4, Sepang. Tak jauh dari Nilai......

Aku lambat sikit gerak ke rumahnya dalam 5 petang baru sampai Serting. gerak lepas Zohor tau!!!.... kakak dan adik-adik aku gerak dalam pukul 11 pagi dari Mantin..... dia orang gerak awal sebab tak tunggu hingga kenduri habis (kenduri lepas isyak) because one of my sister tu en. suaminya tak ikut so dia kena drive sendiri......
 antara muka-muka yang sampai dulu...... blogger Yati....... heronya demam pulak.....
 sibuk menyiapkan barang hantaran untuk anak buah..........
 Abang Long Hafiz pun dok menolong mengubah barang hantaran........ Abang Long bila lagi????? Mamanya cakap "Single but not available"......... Abang Long Hafiz ni anak kakak aku......
 sebelum bergerak balik ke rumah masing-masing, makan dulu masakan kenduri dan juga sessi membungkus lauk..........
Najwa with anak buahnya........ "Mak Su Najwa"

Waktu balik ke Nilai kami follow jalan Pilah..... tak berani nak ikut Jelebu....... Gelap........

Selasa, 16 Oktober 2012

Coconut Shake @ Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Tak sama macam yang kat Klebang tu... tapi dah teringin, telan lah jugak...... Cair ajer, kalau yang kat Klebang tu blended...... apa-apa pun puaslah rasanya....

Lepas ni nak try yang kat Salak tu....... Nanti aku postkan n3nya kalau aku dah cuba ya!!!!!!!
 inilah rupanya coconut shake kat Taman Warisan tu......

Isnin, 15 Oktober 2012

Kenduri kahwin @ Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Dapat jemputan kenduri kahwin dari sepupu  en. suami, Abang Lan (anak buah isterinya). Dia orang buat majlis kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya......
yang tengah berborak dengan en. suami tulah Abang Lan. Dia menetap di Teluk Intan.
 pengantin perempuan
 ahli keluarga pengantin lelaki
pelamin........

Khamis, 11 Oktober 2012

Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Kami ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya sabtu lepas...... Pergi ke situ bukan untuk membuat lawatan ya!!! kami ke sana kerana menghadiri majlis kenduri kahwin sedara en.suami kat situ........ sebelum aku tempelkan gambar-gambar kat majlis kenduri kahwin tu, sila lah tengok gambar-gambar yang disnap oleh anak dara aku, gambar-gambar sekitar taman warisan pertanian.........
 ini tangga nak naik ke majlis kenduri kahwin tu........
 kaunter informasi dan kaunter tiket juga... masuk RM2 kalau tak silap aku (kalau salah tolong betulkan ya!!!)
 ini pokok sireh ker???? aku tak pasti.........

Ole-Ole dari Indonesia

Dapat ole-ole ni dari second boss aku....... bukan dia pergi Indonesia ya!!!! Bibiknya balik bercuti ke sana. So bila bibiknya balik ke Malaysia balik, bibiknya siap beri aku ole-ole......... bibik pun bagi aku ole-ole.... dah habis pun jajan ni dikerjakan oleh lecturer kat school aku........
Terima kasih kepada yang memberi........

Isnin, 8 Oktober 2012

Khasidah versi Terengganu


 Kuih Khasidah versi Terengganu ni aku dapat dari kakak kantin Nilai U........ aku rasa sikit ajer....... tak sesedap versi Linggi punya...... lain sama sekali....... 
yang ni versi Linggi........ ahhhhhhhhh aku teringin nak makan kuih khasidah versi Linggi......... terliuq aku nengok gambar ni........ tulah kan masa arwah nenek dan emak masih ada tak mau belajar membuatnya...... sekarang, telan air liuq ajerlah.........