Rabu, 6 Mac 2013

Biarlah gambar ajer yang bercerita

Assalamualaikum,

tak mampu nak bercerita..... biarlah gambar ajer yang menceritakan........


Selasa, 5 Mac 2013

Majalah pancinglah pulak

Assalamualaikum,

Since anak bujang aku dah ada jorang and dah syok memancing and now new koleksinya pula ialah majalah pancing...... lupa dah dia punya koleksi hot wheel........ pantang nampak majalah or buku or news paper yang berkaitan dengan memancing pasti akan suruh dibelinya........ and also pantang nampak kolam memancing pasti disuruh ayahnya singgah.........

Jumaat, 1 Mac 2013

"Welcome Back" Party for Ms. Aina

Assalamualaikum,

Tengah hari tadi ada jamuan sikit kat office. "Welcome Back" Party for our English lecturer Ms. Aina yang telah bercuti untuk 2 semester. Dia bercuti kerana menjaga arwah bondanya yang mengidap kanser. Masuk balik bekerja pada hujung Februari hari tu setelah kembali kerahmatullah bondanya.......
kek dari secret recipe
 orang yang diraikan...... our English Lecturer, Ms. Aina
 
 keropok lekor
 ayam goreng berempah
 Nasi briani
 mee hoon goreng
 dalca.....
 kek from King Confectionery........
 my self yang di apit oleh English Lecturer.....
 lagi our english lecturer.......
 ni hero kat our school....... english lecturer jugak......
 me with the lecturer.....
 masing-masing sedang khusyuk menikmati juadah.....
 lecturer in our school/department..... ni english lecturer ajer...... mata pelajaran wajib (bahasa melayu) punya lecturer tah mana hilangnya.........
 my gegirl pun joint sekali..... balik dari sekolah terus bawa ke office.......

Rabu, 27 Februari 2013

Petang semalam banjir kilat near to my office

Assalamualaikum

Ni kejadian petang semalam. Banjir kilat kat are jalan Desa Kasia. Kat area sini kalau hujan lebat ajer sure tenggelamnya..... aku tak lalu jalan ni.... aku belok ke kanan, so selamatlah sampai ke rumah......


Selasa, 26 Februari 2013

Dah dapat dah apa yang dihajatinya

Assalamualaikum

Haaaaa, dah tercapai dah apa yang di impi-impikannya........ dah dapat pancing, sekarang ni pula sibuk ajak kami ke Johol bila munculnya Sabtu dan Ahad, kerumah Nek Langnya untuk memancing. Dah leka nak memancing ajer kerjanya. Pancing ni berjenama seahawk..... suka sangatlah dia...... siap cakap ni boleh gi pancing kat laut ni....... Yalah Abang, nanti kita gi pancing kat Lumut ya!!!!.....

Tapi pancing ni aku tak tinggalkan kat rumah. Aku letak kat bonet kereta, so bila aku pergi kerja, aku bawalah sekali pancing tu...... Kang kalau aku tinggalkan pancing tu kat rumah (diakan sekolah sesi petang), buatnya dia dengan kawan-kawannya pergi ke tasik depan Cempaka Court tu tak ke nahas namanya. Dahlah tasik tu 2 tahun lepas makan 3 nyawa sekali....... Budak-budak yang lemas tu pergi memancing waktu mak bapak dia orang gi kerjalah.......

Bak kata arwah omak aku "Biar dia menangis, Jangan kita yang menangis". Dia menangis kejap ajer, kalau kita yang menangis kang bertahun-tahun........ Beringat-ingat dahulu........ sesal kemudian tak ada gunanya kan?????
 leka dengan pancingnya...... kalau boleh nak dibawa tidur olehnya......
Ahad ni ada pertandingan memancing kat Putrajaya, dah merengek-rengek ajak kami ke sana. Ada kawan sesama kelas dengannya joint pula pertandingan tuuuuuu. Tu yang buatkan ia beria-ia nak joint pertandingan tu..... Kawannya ni ada datang kerumah petang semalam, datang nengok pancingnya, lagilah aku tak akan tinggalkan pancing tu kat rumah...... biar dia menangis.......jangan aku yang menangis........

Isnin, 25 Februari 2013

Balik Kg. en. suami lagi....

Assalamualaikum,

Kalau adik-adik aku baca blog aku ni sure dia orang kutuk aku...... Mesti dia orang akan berkata " balik Linggi tak nak!!! asyik-asyik balik Kuala Sawah ajer"........ jangan marah!!!! terpaksa !!!! huhuhu....... nak buat camnerkan!!!! Driver dah ajak balik ke rumah maknya ikutkan ajer lah kalau tak kang jadi isteri derhaka............ huhuhu......... Lagi pun omaknya tinggal sorang sekarang.......

Sesampai ajer kami kat rumah MIL and park kereta depan rumah maka sampai ajerlah ketua pemuda U (tak nak letak full name coz my blog bukannya blog politik )Kuala Sawah ke rumah MIL untuk mencari en. suami dan menyerahkan sekeping kad jemputan ke perasmian pr1ma peringkat Negeri Sembilan. Suruh kita orang pergi ke perasmian tu sebab tok jib turun...... pergi meramaikan katanya......... Bagi kad ajer???? kalau bagi rumah sebijik naklah pergi!!!! Kami tak pergi pun semalam, tak kuasa nak bersesak-sesak der.......

Sebelah petang semalam dapat pula jemputan ke minum petang katanya kat bilik gerakan BN kat tepi sungai Kuala Sawah tu!!!! siap datang berjemput ke rumah lagi tu !!!! terdesak sangat nampaknya.......... Yang ni kami pergilah...... meramaikan......... kalau tidak kang kerusi ajer yang dengar dia orang berceramah............ Mana tak terdesaknya dia orang ni, sebab kat Kuala Sawah ni U--- terbagi kepada 2..... ada 2 puak lah tu....... sedangkan sesama parti dan sekampung tu pun berpuak-puak...... tak faham aku der......... masa ceramah tu berkobar-kobar, melayu jangan berpecah-pecah tapi dia orang sekampung tu pun berpecah-pecah....... ketua kepada kedua-dua puak tu adalah kawan en. suami so bila dia orang jemput kami pergi ajer......... sekadar memenuhkan kerusi ............

Yang pastinya kami tak berminat dengan politik ni.......... hanya memenuhi jemputan ajer........ sambil-sambil tu mencuba untuk mendapatkan rumah PPRT jugak......... nyelam sambil minum........ hehehe.........
 dimulai dengan bacaan doa....... oleh siapa??? aku tak kenal????
 lepas tu disusuli dengan lagu Negara Ku, lagu U--- dan satu lagu lagi aku tak ingat pulak tajuknya....... hahaha...... handal orang-orang tua Kuala Sawah duk menyanyi....... aku tak kuasa nak nyanyi der...... kerja aku snap gambar untuk diupload kat blog aku ajer........
nilah ramainya yang hadir pada ceramah petang tu........... lebih kurang 30 orang ajer..........
 
 lepas tu dimulai dengan ucapan ketua pemuda U--- Kuala Sawah, Talib Sulaiman....... Dia ni dulu penyokong tegar pembangkang now dah balik ke bn balik since tok mat jadi mb NS........ banyak projek yang tok mb kasi kat dia ni.......... salah satunya projek PPRT tulah........ dulu kerjanya sebagai bell boy ajer now dah pakai hilux.............
 yang ni penceramah jemputan.... cikgu SMKGV.... nama tak tau...........
 hujan turun dengan lebatnya beserta dengan angin kencang masa depa duk beri ceramah..... kecut gak perut aku.... kot tak pasal-pasal nanti keluar kat surat khabar hari Isnin muka aku yang cute miut ni sebab tercedera masa duk gi dengar ceramah kat Kuala Sawah pasai di hempap dik atap-atap pondok bilik gerakan........ hehehe....... jangan marah.........
ada juga yang terlelap tu.......
 lepas tu dijamu dengan mee goreng............
 karipap........
kebun nenas...........

Jumaat, 22 Februari 2013

Aktiviti Ahad lepas

Assalammualaikum

Bila dah balik kampung maka dengan pastinya en. suami akan membersihkan sekeliling rumah emaknya. So pagi-pagi Ahad yang lepas iaitu selepas breakfast (Ahad lepas buat breakfast Mee goreng ya!!! bukannya Nasi goreng tau!!!!  Aku sebut mee goreng ni sebab my sis yang kat Pandan tu asyik kutuk aku, kalau aku balik rumah MIL aku dia kata menu aku hanya nasi goreng ajer......) Ok sambung balik.... lepas breakfast tu maka en. suami and my gegirl pun memulakan tugas depa untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah tu..... my gegirl menyapu daun-daun yang berselerakan while en. suami pula memesin rumput..... aaaakkkkuuuuuu........ hanya memerhatikan ajer........
 rajin my gegirl........
kawasan sekeliling bukannya kecik..... luas pulak tu...... penat depa...... ada adik en. suami yang lelaki duk kat rumah tu, tapi hampeh....... malas nak memesin rumput......