Khamis, 14 Ogos 2014

Jalan-Jalan Raya

Assalamualaikum,

Raya ke 6 hari tu kami ke rumah sepupu en. suami di Nilai Impian. Dia hanya ada di Malaysia sekali sekala ajer.........
dan dapatlah ole-ole dari Indonesia....... yang ini for en. suami and  my hero........ 
aku minat yang coklat tu........ rasa macam nak buat baju kurung ajer...........
ni kain tenun Indonesia............
dan untuk mama dan najwa dapatlah.............
telekung Indon juga.........
sepupu en. suami ni tinggal kat Jakarta, bekerja kat sana...........
ole-ole dari Indonesia......
terima kasih.........

Raya Kedua Kami

Assalamualaikum,

Hari ni dah Syawal ke 18, aku baru terhegeh-hegeh nak upkan n3 mengenai Raya Kedua kami.......... 

Akak is sibuklah.......... penattttttt..........

Seperti Raya-Raya yang sebelum ni, Raya kedua lah lagi sibuk dan penuh kat rumah kampung tu...... semua berkumpul di situ......... masak bagailah kami adik beradik...........

Tapiiiiiii Raya Kedua tulah hujan turun dengan lebatnya, rasa macam nak sambung ajer tido.......
Tak boleh sambung tido der sebabnya  pagi-pagi lagi PakCik aku anak beranak akan berkumpul kat Linggi pula........... Jadi kena ke dapur dengan kadar segeralah..............

yang scarft purple tu isteri pak cik aku dan diapit oleh dua orang anak lelakinya....... sorang lagi heronya entah kemana, manakalah satu-satunya heroine mak cik aku ni balik beraya ke rumah mertuanya di Kota Bharu.........
 
 salah seorang menantu pak cik aku dengan heronya yang berbaju tshirt biru dan merah serta dengan sepupunya......... 
yang ini pula ahli keluarga abang sulong aku..........
alahai gambar cucu kembar aku tak ada pula..........


 round kedua, ahli keluarga abang aku pula yang bersantap.......
haaaaaaaa ada pun sekeping gambar sikembar yang tengah di dukung oleh neneknya.........
 yang tudung kuning dan biru gelap tu sepatutnya kita orang panggil pangkat Mak, tapi disebabkan umur hampir sebaya main panggil gitu-gitu ajer..........
 sekeping lagi gambar kaum kerabat yang datang beraya..........
 disebabkan hujan so depa semua duk lepak kat tangga serambi........
 anak-anak pula leka bermain kat serambi..........
belah malamnya baru dapat gerak ke rumah Mak Cik Lijah kami kat Pengkalan Durian........
ingatkan ada kuih khasidah tapi sayang, mak cik lijah tak dapat nak mengacau khasidah sebab dia patah kaki, nak gerak pun tak dapat........ yang ada hanyalah kuih kesirat.........
mak cik lijah ni ajer yang mewarisi nenek moyang punya resepi, yang lain-lainnya tau mamam ajer......... hehehe jangan marah...............

Jumaat, 8 Ogos 2014

Raya Pertama Lagi

Assalamualaikum,

Masih lagi cerita pada hari raya pertama. 

Raya pertama dalam pukul 3 petang baru kami sekeluarga gerak ke rumah MIL di Rantau. Gambar kat sana tak snap pun....... malas....... budak-budak pun tak minat nak bergambar.......... Lepas Maghrib dah gerak balik ke Linggi semula.  OTW tu singgah rumah Tok Cu sekejap, kalau tak singgah nanti jadi macam tahun lepas, tak dapat nak pergi sebab sibuk kat rumah............
inilah Tok Cu aku, tok cu perempuan dan lelaki.
penuh oiiii rumahnya, semua anak cucu, cicit balik........
meriah sungguh kat umahnya......
malam tu dia orang ber BBQ dan ada juga yang sambut birthday..........
yang lelaki berbaju hitam tu cucunya yang sambut birthday dan beliau menetap di Kuantan.
Pak Cek yang sibuk menangkap gambar
anak-anak buah duk sibuk membakar.........
dari rumah tok cu kami ke rumah tok long kat belakang rumah pula ..........
 singgah sekejap ajer sebab anak-anak dah sibuk nak balik main bunga api.........

Rabu, 6 Ogos 2014

Hari Raya Pertama Kami

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada pembaca-pembaca blog aku yang sudi singgah menjengok blog yang tak seberapa ini........

Hari Raya tahun ini dan seperti raya tahun-tahun yang sudah kami anak beranak akan beraya di kampung aku dulu dan lepas sembahyang raya baru gerak ke kampung en. suami........ kampung kami tak jauh, dekat ajer......... satu jalan dan tak jammed pun, 20 minit dah sampai..........

Dua hari sebelum raya dah ada di kampung. Bersih-bersihkan rumah yang dah berbulan-bulan tak bukak tu. Sehari sebelum raya kami sibuk pula menyiapkan juadah untuk hari raya........ semua bekerjasama........... anak-anak happy sakan sebab dapat beraya di Linggi bersama sepupu mereka.......
my girl dengan ayahnya............
my hero pula.............
kami sekeluarga........
sekeping lagi gambar kami sekeluarga.....

selepas sesi bergambar, sesi bersalaman pula (anak-anak bersalaman dengan uncle and aunty mereka)
mula-mula mereka bersalaman dengan Pak Ngah dan Mak Ngah mereka......
berbaris you.......
ini giliran yang perempuan pula..........
nilah Pak Ngah dan Mak Ngah mereka.......
lepas habis bersalaman dengan Pak Ngah dan Mak Ngah mereka, giliran en. suami aku pula.........
berbaris lagi dia orang........
Qaseh tengah mengambil giliran sambil di perhatikan oleh abang Adlinya........
yang ini anak adik lelaki aku....... 
dan lepas tu mereka tertunggu-tunggu tokey bank pula keluar dari bilik...........
dan





taraaaaaaaaa
keluar dengan angpow sebeban.............
sedondon hijau tapi sayang.........
gambar en. suaminya tak ada......
adik ipar aku malu u all.........
dah beranak 4 pun masih malu-malu dengan ipar duaiii..............
jangan marah ya cik Yati..............
Yang ini Pak Cik aku, sedang menjamu selera sambil di layan oleh adik aku.......
Pak Cik aku ni tiap-tiap tahun akan balik sembahyang raya di Linggi.....
dari Pilah tu tau....... (Pilah tu kampung isterinya) balik sorang ajer untuk bersembahyang raya di Linggi......
lepas sembahyang raya dia akan singgah di rumah kami menjamu juadah hari raya dan bersalam-salaman dengan cucu-cucunya sebelum balik semula ke Pilah......... Raya Kedua nanti barulah ahli keluarganya yang lain akan balik ke Linggi semula.........
my sis..........
pagi-pagi hari duk melantak manggis dan rambutan dari Pilah............
 my hero terima angpow dari ayahnya.........
lepas tu sesi membakar sate pula......
en. suami dah tukar uniform dah...........
 tukang kipas sate, Rifqi.........

Jumaat, 25 Julai 2014

Duit Raya

Assalamualaikum,

Kat dalam kad raya yang aku dapat semalam tu terselit lah packet angpow, ada tiga packet kat dalam kad raya tu........
Walaupun aku bukan staffnya lagi tapi dia masih tetap ingatkan aku dan anak-anak........
10 tahun jadi personal assisstantnya, banyak kenangan, yang manis maupun yang pahit........
yang hijau tu untuk anak-anak
yang coklat tu untuk aku........
yang ini pula dari orang ketiga faculty untuk anak-anak............
Alhamdullillah rezeki anak-anak............

Khamis, 24 Julai 2014

Kad Raya

Assalamualaikum,
Dapat kad raya dari my x boss
and kat dalamnya ada sesuatu......
nak tau apa terselit kat dalam kad tu, tunggggggguuuuuuuuuu next 3.......

Berbuka Puasa @ Nilai Springs Resort Hotel

Assalamualaikum,

Semalam dapat jemputan berbuka puasa dari pihak management kami untuk staff-staff muslim sahaja. Setelah 16 tahun berkhidmat di syarikat ni, baru ni lah dapat jemputan untuk berbuka puasa. Mimpi apa yer para management kami??? bila aku sent out email to para lecturer kat faculty aku untuk tanya kan kehadiran dia orang, dia orang reply balik dengan pertanyaan "mimpi apa management ni???" tak pernah-pernah nak belanja staff, tiba baik pula tahun ni!!!! dan ada juga staff yang mengatakan "ini tanda-tanda tak ada bonus lah lagi tahun depan"....... hahaha...... macam-macam spekulasi yang keluar samada dari lecturer mahupun staff dari administration.......... masing-masing bersemangat nak pergi, bersemangat bukan untuk makan tau tapi bersemangat nak tau sebab apa dia belanja staff..........
ini table yang aku duduk........ 
orang finance ada, orang registrar pun ada, lecturer pun ada kat table ni........
table aku ini ajer yang terdiri dari staff berbagai department...........
table lain, masing-masing ngan group dia orang lah.........
nampakkan makanan yang dah tersedia kat atas meja tu, masa ni belum penuh satu meja lagi..........
gambar yang penuh satu meja dengan makanan lupa pula nak snap........
ini aku punya portion, tak ada nasi ok, hanya kerabu dan salad sajer.........
satay.....
aku punya jugak.......
murtabak.....
kongsi dengan Kak Yong
 Lemang without Rendang
makan seketul ajer, tak ada rendang tak sedap lah...........
 kambing.....
bukan aku punya, ini member sebelah punya...........
 ketam cili......
terbaik..........
aku duk ratah ini ajer, sedappppppp..........
 air soya, aku punya........
 air mangga dan fresh oren.......
aku punya juga..........
 haaaaaaa ada pun sekeping gambar meja yang penuh dengan makanan.......
yang ni aiskrim dan cendol.......
 Puding Roti
kongsi dengan Kak Yong
 Special Assisstant to the President dengan Asst. Registrar pun duduk semeja dengan kita orang.........
Awatlah depa ni tak mau duduk dekat meja VVIP..........
Akhir sekali, terima kasihlah pada pihak management kerana sudi sponsor majlis berbuka puasa ni..........
harap-harap tahun depan ada lah lagi..................