Ahad, 12 April 2020

RMO: Cerita Semalam

Assalamualaikum,

Cerita semalam......

Since RMO ni ahkak memang malas lah nak gi beli barang.... sebab malas nak beratur....... kat Nilai ni mana-mana pasaraya memanjang ajer beratur..... ramai sangat yang keluar shopping..... buat stok setahun agaknya.........

ini kat Zemart Nilai

so disebabkan malas nak beratur maka en. suami jadi mangsa untuk membeli...... bila en, suami yang pergi beli maka barang yang tak ada dalam list pun di belinya (ini barang yang dah habis - stok bulan March) budget tambahan RM100 jadi RM200 pula..... Apa yang terlintas dibelinya..... penuh peti ais.......

Sabtu, 11 April 2020

I Can See Your Voice Malaysia 3

Assalamualaikum,

Kenapa ahkak buat N3 pasal I Can See Your Voice Malaysia 3 ni???? Sebab peserta yang akhir tu adalah kawan sekolah My Hero.... dari sekolah rendah sampai lah ke Kolej.....

Dah lama try to be penyanyi dan akhirnya dapat juga.....

Tahnah Fraz..........


Jumaat, 10 April 2020

RMO: Puding Kastard Jagung

Assalamualaikum,

Ini tak tahu lah  hari yang keberapa RMO.... Apa yang terngin buat or masak ajer.... 

Teringin punya pasal, maka siap lah puding kastard jagung.... tak berapa nak jadi, terlembik sikit.....
follow resepi Azie Kitchen..... Apa yang silap pun tak tau...... 
ini lah hasilnya.....

Khamis, 9 April 2020

RMO: FAM Fries Kitchen

Assalamualaikum,

Masa-masa RMO ini lah asyik nak makan ajer..... Ada ajer yang dia orang request..... Yang boleh mama masak, mama masaklah.... yang tak boleh order ajer lah............

Yang ini anak-anak yang request,,,, dan selalunya dia orang ajerlah yang request.....
Kali ini nak FAM Fries Kitchen pula.....
Sayangnya kedainya yang kat Nilai tak buka pula.... Kat Nilai kedainya kat MMA Santai ya...........

So since kat Nilai tak buka, kita order thru Bungkus It....
Ini lah rupa yang di order tu...
Ini namanya Melted Cheese Fries
Yang ini pula namanya Chilli Cheese Fries....
yang ini sedap.....

Harganya tak lah mahal sangat
Dua tu dalam RM21
Yang mahalnya adalah Farenya.....
Tapi tak apalah, janji anak-anak happy..........
Janji anak-anak dapat makan....
kira bersedekah ajerlah pasal Fare tu.........
dia pun cari makan juga.........

Selasa, 7 April 2020

RMO: Membaking Untuk Kali Ke 2

Assalamualaikum,

Since RMO ini dah 2 kali ahkak membaking Red Valvet Chip Cookies.... Ini semua permintaan my kids..... Kedua-duanya gemar.... Kalau anak dah duk minta, macam mana malas pun kenalah rajin kan untuk membuatnya............. Janji anak happy...........




 Maka hasilnya dapatlah 2 balang
untuk buat kudapan masa RMO ini......

kalau dah membaking
sure lah tak larat nak masak for lunch
maka kami order jer Pizza......
tengahari makan pizza ajer

walaupun bukan bulan ramadhan membaking ini, hausnya mengalah orang yang berpuasa, kering tekak......
maklum lah cuaca sekarang ni bukan main panas....
air bergelas-gelas minum....

kalau bulan Ramadhan macam ni memang tak larat lah nak buat kuah......
jawabnya order ajer kaat Amber Cookies.....

Sabtu, 4 April 2020

RMO: Gambaran Sekitar Nilai

Assalamualaikum,

Credit to Kami Penduduk Nilai kerana ahkak tampal gambar dia orang....... Halalkan ya........


Nampak lenggang kan???

Kat jalan nampak lenggang ya!!!
Tapi cuba hang pergi ke pasaraya, masyaAllah ramainya makhluk.....
Ahkak dah lama tak keluar siince day 1 RMO, so pada 28 haribulan keluarlah dengan tujuan untuk beli barang dapur.....
Tujuan utama ke Zemart lah sebab tak jauh dari rumah....
sampai-sampai Zemart, tengok beratur panjang sampai keluar
so batalkan niat untuk shopping kat situ.....
ahkak kalau ramai orang musim-musim Covid ni tak sangguplah nak ambil risiko untuk beratur tu....
since zemart ramai orang, maka try pula CS.....
sampai CS tengok orang ramai juga, and tak juga sanggup untuk beratur.....
Kita ke Mydin pula.....
Mydin lagilah, melengkok beraturnya...... tak juga singgah...
so ahkak cuba nasib ke Bandar Baru Nilai pula....
Giant tak pergi sebab kat FB Kami Penduduk Nilai dah bagitahu yang Giant pun beratur panjang....
Cuba nasib kat Tesco pun MasyaAllah panjang juga.....
so ke AEON pula, pun sama juga........
Jadinya lansung tak dapat shopping barang dapur.........
Hari Isnin selepas bawa putri ke klinik, cuba nasib nak shopping....
pun sama juga, beratur panjang.........
tak juga singgah.....
last beli barang kat kedai Acheh ajer.......... Mahal nak mampus........
Apalah orang-orang Nilai ini, tak habis-habis shopping barang dapur........
sudah-sudah lah tu, bagi ahkak pula beli barang.........

Rabu, 1 April 2020

RMO: Masak-Masak Masa RMO

Assalamualaikum,

Kawan-kawan blogger sihat tak? Moga semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya.....

Masak-masak hari keberapa dah tak ingat..... tapi tak apalah, post ajer N3 kat sini.........


Sago
Nasi Lemak
Ini semua last week punya cerita.....